Kerimo – Cecair Penghalau Binatang Perosak Tanaman dan Kebun


Kerimo adalah singkatan kepada Kencing Rimo dalam bahasa Perak. Ia merupakan satu produk inovasi yang telah memenangi Pingat Emas Anugerah Guru Inovasi Negeri Perak 2015. Saya kira produk ini boleh membantu ramai petani dan pekebun yang mengalami masalah gangguan kera dan babi di kawasan perusahaan mereka.

Kos pencegahan yang digunakan seperti pagar elektrik boleh digunakan namun kosnya pastinya tinggi dan mungkin membahayakan diri dan mungkin manusia lain. Alternatif lain ialah mengunakan KERIMO untuk menghalau makhluk perosak seperti kera dan babi daripada menghampiri kebun dan dusun anda.

KERIMO Alternatif Mengahalau Perosak Lebih Murah

Kerimo dihasilkan hampir menyamai bau kencing harimau. Saya terus terang tak pernah hidu bau kencing harimau ni. Silap hari bulan kena ngap terus dek harimau. Namun dengan inovasi sains hari ini, kita boleh menghasilkan cecair seakan akan bau kencing Raja Rimba ini.

kerimo

Makhluk perosak seperti kera dan babi sememangnya takut akan Raja Rimba ini. Jika terdapat bau atau kelibat Harimau pasti mereka lari bertempiaran. Atas dasar itulah pihak seperti PLUS telah meletakkan patung harimau di R&R dan tepi lebuhraya kawasan yang mempunyai masalah kera berkeliaran. Namun, ia hanya seketika. Sebab patung itu perlu dialih dan diletakan di tempat berlainan seolah olah “harimau” itu “hidup” dan berjalan jalan. Jika dilihatnya statik ditempat sama, kera akan jadi imun dan tidak lagi takut akan patung harimau.

Terdapat 2 jenis iaitu dalam bentuk Gel dan juga Cecair. Namun saya sarankan anda dapatkan jenis Cecair kerana dengan 500ml ia boleh dicairkan dengan 10 liter air. Anda boleh masukkan ke dalam spray tangan dan spray pada kain dan diletakkan pada tempat strategik. Anda juga boleh sembur terus pada pokok-pokok dikebun anda. Ini adalah cara yang saya gunakan untuk menangani masalah kera dan babi di sekitar kebun dan rumah saya.

Setakat hari ini, hasilnya cukup positif kerana kera langsung tidak datang menghampiri kawasan yang disembur  cecair KERIMO ini. Jika mengunakan gel, ia perlu diletakkan pada jarak 15 meter antara satu sama lain. Tapi saya sangat sarankan untuk gunakan jenis cecair kerana lebih mudah dan pelbagai guna. Ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus dan kelawar daripada kawasan rumah dan juga kebun.

Ianya merupakan inovasi produk daripada penduduk tempatan tempat saya tinggai di Kuala Kangsar. Jadi jika berminat boleh hubungi saya jika nak beli. Betul gel saya tak galakkan sebab ia mudah pecah ketika pos. Beli dalam bentuk cecair kerana ia boleh dipelbagaikan dan disembur di tempat strategik tempat permainan kera ataupun laluan babi di kebun anda.

Berikut adalah antara testimoni pengguna Kerimo setakat ini. Ia baru sahaja cuba dikomersilkan. Namun, feedback sangat positif. Jadi saya menulisnya disini agar ia bermanfaat kepada anda yang mengalami masalah yang saya hadapi iaitu kera dan babi. Pokok yang baru ditanam dikorek keluar manakala pokok yang berbuah habis dimakan kera dan monyet. Beberapa hari lepas ada kanak-kanak diserang oleh kera di R&R. Ia soal keselamatan.

Testimoni Pengguna KERIMO

 

Hasil daripada pengguna KERIMO, ia sangat positif dalam membantu para petani menangani masalah perosak tanaman seperti kera, monyet, babi hutan, tikus dan kelawar.  KERIMO bukan sejenis racun. Ia hanya cairan bauan.

Ia memang melekat kat tangan bila saya gunakan untuk menyembur di sekitar kebun dan rumah. Tentang Babi hutan saya agak terlambat kerana kebanyakan pokok kelapa yang baru ditanam telah dicabut keluar daripada kebun saya. Agak menyedihkan. Harapnya ia dapat menyelamatkan pokok-pokok yang masih ada daripada ganguan babi hutan ni.

Setakat ini belum ada tanda-tanda baru kedatangan babi hutan kat kawasan pokok kelapa yang sedang membesar. Memang sangat geram kat babi hutan ni. Kalau tahu ada KERIMO awal awal lagi sembur kat kebun kelapa baru tanam.

Tak datang ke rimo betul kat kebun? Kot depa cari kawan..hehehe.. Itu tak dapat dipastikan lagi sebab belum ada tanda-tanda rimo datang lagi..hehehe.. Seram..

Orang yang membangunkan produk ini bukan orang bisnes. Jadi saya akan bangunkan satu laman web untuk jualan dan pamasaran produk ini.

NAK Cuba? Nak Order?

Boleh Wassap saya >>> 0129565256

Atau layari www.kerimopower.com

Kalau ada kebun yang jadi mangsa makhluk perosak, memang geram habis. Babi memang Babi.. suka cari pasal dengan petani dan pekebun. Dah la kos benih pokok dah keluar, baja dah keluar…baru pokok nak besar sikit kena cabut dek babi. Hangin beb..

Apa lagi order sekarang… kasi halau semua babi dan monyet tu dari kebun..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kerimo
  • kencing harimau
  • gel kencing harimau
  • racun monyet
  • jual kencing harimau
  • jarak meletakkan kerimo di kebun
  • gambar racun kencing harimau
  • Ubat kerimo
  • perosak monyet
  • cara buat kencing harimau
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!