Lawak Teladan

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu

kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam

tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan

ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama

isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah

hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab… “ya, itulah isteriku…”

Pari Pari pun marah, “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu

telah menjadi tamak”.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, “Aku bukan tamak, kalau aku kata

‘tidak’ pada Angelina Jolie… kau akan bawakan pula Pamela Lee…kalau

aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata

‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…”. Aku yang miskin ni tak

mampu tanggung mereka semua”.

p/s:Moral of the story. Berusaha untuk menjadi kaya! 😛

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. tunepal October 11, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.