Melayu Sukar Menerima Kritikan dan Teguran?


Saya ambil satu artikel daripada utusan berkenaan Tun Dr. Mahathir:

Kritikan terhadap kepimpinan UMNO tidak akan hancurkan parti – Mahathir

LANGKAWI 6 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.

“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk allahyarham kakaknya Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut Padang Matsirat di sini malam tadi.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan beberapa menteri kabinet yang juga pemimpin Umno yang menegur beliau supaya jangan keterlaluan mengkritik kepimpinan parti ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas.

Antara mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib.

Ketika berucap sebelum itu, Dr Mahathir meminta umat Islam Malaysia supaya bersyukur kerana rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku perbalahan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.

Beliau yakin Malaysia akan terus aman yang membolehkan rakyat hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.

— BERNAMA

Sumbe:Utusan

Adakah kita sukar menerima kritikan? Atau sengaja untuk tidak menerima teguran? Nabi ada berpesan “Tegur Menegur lah ke arah kebaikan” (lebih kurang, saya tak ingat samda ia hadis atau Quran). Ini menunjukkan kita sebagai umat islam perlu sentiasa menegur. Jika kita ditegur,kita patut menerima dengan hati yang tenang dan redha. Ini adalah teguran adalah untuk kebaikan kita bersama.

Perkara yang sama terjadi apabila saya menegur produk MIRSB. Ada yang menuduh saya cuba menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Adakah orang melayu memang pantang ditegur?Adakah salah jika saya nyatakan kelemahan mereka untuk mereka memperbaiki? Malah saya tidak menyatakan kelemahan semata mata, malah terdapat saranan yang untuk mereka memperbaiki.

Saya menerima kritikan dari sudut positif. Saya tak kisah dengan kritikan kerana saya yakin ia boleh membantu saya untuk memperbaikinya agar ia lebih baik. Kita semua dikurniakan akal dan perasaan. Jangan sampai perasaan mengaburi keputusan oleh akal kita. Kita perlu seimbang dalam perasaaan dan juga akal pemikiran kita.

Jika kita nak menjadi yang terbaik…Kita perlu menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan. Kritikan akan menjadi sejarah apabila kita telah lakukan pembaikan. Pada pandangan saya, kekalah BN baru baru ini disebabkan mereka mengabaikan kritikan yang dilakukan oleh BA. Mereka gagal untuk menangani kritikan yang dilakukan oleh parti lawan. Itu yang menjadi faktor terbesar.

Itulah yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengubah persepsi penerimaan kritikan untuk kebaikan. Kritikan adalah bagus untuk memperbaiki diri. Anda boleh lihat American Idol, mereka mengkritik “kaw kaw” peserta mereka walaupun kita rasa dah sedap dah peserta tu nyanyi. Mereka buat sedemikian kerana mereka yakin ia mampu memperbaiki peserta mereka menjadi lebih baik, lebih bagus dan tidak “syok” sendiri.

Kita sendiri telah meniru di kebanyakan program realiti TV kita pada hari ini. Ada yang mengangap ia adalah suka suka.Mereka tidak mengambil maksud tersirat disebalik apa yang dilakukan oleh negara maju untuk bertambah maju. Mereka tahu kritikan tidak akan menjatuhkan mereka jika mereka memperbaiki kesilapan dan membuktikan mereka adalah yang terbaik.

Memang tiada yang sempurna di dunia ini! Ini lah tujuan kritikan. Anda tidak akan nampak “keburukan” jika anda hanyut dalam pujian. Anda tidak nampak kesilapan yang anda lakukan melainkan ada yang menegur anda. Persoalannya, adakah anda sanggup menerima kritikan?

Kritikan mungkin sangat pedas. Adakah anda membalasnya? Atau mengambilnya sebagai pedoman & memperbaiki diri anda. Kita tak nampak keburukan dan kelemahan diri kita jika kita terus menerus mendabik dada..I’m the Best, Aku terhebat & etc. Sebab kita semua tak sempurna! Pasti ada kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.

“Lu Fikir Sendiri La”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. PONING April 6, 2008
  2. sham April 6, 2008
  3. PONING April 21, 2008
  4. sham April 21, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.