Menegur atau Biarkan Sahaja Mereka Hanyut

Saya menerima pelbagai pendapat tentang cara menulis dan menguruskan blog ini. Ada yang berterima kasih dan ada yang mencemuh kerana terkena teguran daripada saya. Malah ada daripada rakan seangkatan saya menegur saya tentang perkara “jangan kacau orang lain dan orang takkan mengacau kita.”

Ia seolah olah membiarkan masyarakat kita terus hanyut dengan godaan pelbagai skim cepat kaya dan akhirnya akan merosakkan bangsa sendiri. Sejak 2006, saya memulakan kempen Anti Skim Cepat Kaya dan Anti Penipuan di Internet sehingga ia juga dilaksanakan di Forum Wangcyber.com iaitu forum usahawan internet terbesar di Malaysia. Saya sebenar lebih cenderung kepada blogger. Saya suka menulis!

Bermula dengan laporan percuma Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu, kemudian disusuli dengan pelbagai pendedahan di blog-blog saya. Agak banyak skim cepat kaya yang mula mendapat tempat dalam masyarakat akhirnya terkubur setelah penulisan saya diterbitkan di blog. Ia mungkin hanya kebetulan kerana skim cepat kaya mudah untuk ditutup setelah tiada orang menyertainya.

Saya jarang melancarkan produk, boleh dikatakan saya hanya buat satu atau dua produk sahaja dalam masa setahun. Jadi saya ada banyak masa berbanding rakan-rakan yang lain yang lebih cenderung dengan pelbagai pelancaran produk dan perniagaan internet. Saya menulis setiap hari sebab saya ada kira kira 15 blog yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Namun, menerusi blog ini, ia akan difokuskan tentang perniagaan internet dan perkongsian pengalaman dalam bidang ini. Insyaallah, ia akan terus beroperasi selagi saya mampu untuk terus menulis.

Jika anda merasakan ia bermanfaat, ambillah ia sebagai ilmu untuk anda manfaatkannya. Jika anda rasakan ia tidak bermanfaat, anda boleh tinggalkannya. Walau apapun, anda semua memang best kerana membaca blog ini. Tanpa anda, saya mungkin tidak bersemangat untuk terus mengemaskini kandungan blog ini dari masa ke semasa.

Saya dalam proses untuk menambah satu lagi blog berbahasa Melayu. Sekarang saya sedang merangka kandungan yang ingin dimuatkan dalam blog berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 8

  1. sham October 19, 2011
  2. sabri69 October 19, 2011
  3. sham October 19, 2011
  4. M.G.R November 22, 2011
  5. syuk December 22, 2011
  6. sha myheart March 14, 2012
  7. Abdfatah November 9, 2014

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.