Majlis Fatwa Malaysia dan Dunia telah mengistiharkan bahawa merokok adalah haram buat umat Islam. Fatwa ini telah bertahun tahun difatwakan. Namun, masih ramai perokok di Malaysia. Malah, apabila kerajaan ingin menaikkan cukai rokok ramai juga yang bising agar tidak dinaikkan. Ia bertujuaan untuk mengurangkan tabiat mereka. Rasanya tindakan ini masih belum memadai untuk menghalang penjualan rokok. Peniaga Melayu juga yang menjadi penyumbang. Secara tidak langsung dapat juga saham akhirat kerana menjual sesuatu yang haram kepada orang Islam.
Sebabnya, mereka yang terlibat dalam penghasilan,penjualan,pengedaran dan seangkatan dengannya berdosa.Ia sama seperti arak yang diharamkan. Biasanya ulamak mengambil daripada hadis tersebut untuk menghukuhkan hujah pengharaman sesuatu yang memudaratkan. Hadis tentang arak:
Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak:
1. orang yg memerah arak
2. orang yg diminta arak diperah untuknya
3. orang yg meminumnya
4. orang yg membawanya
5. orang yg meminta dibawa arak kepadanya
6. orang yg memberi minum arak kepada orang lain
7. orang yg menjual arak
8. orang yg mendapat hasil drp arak
9. orang yg membeli arak
10. orang yg meminta dibelikan arak untuknya “
(riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Surah Al-Baqarah Ayat 219:
“219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, “
Bagaimana dengan rokok?
Rokok sebenarnya diilhamkan oleh seorang Yahudi ketika era permulaan Amerika Syarikat.
Bagi perokok, mulalah berhenti merokok. Ia langsung membawa kebajikan kepada anda dan orang disekitar anda. Malah ia membawa mudarat kepada diri sendiri dan mereka disekitar anda.
Fatwa Pengharaman Merokok
Anda boleh rujuk Fatwa daripada Majlis Fatwa JAKIM ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Sebabnya ia diharamkan? Berikut adalah keterangan/ hujah pengharaman rokok yang saya salin daripada laman web Fatwa JAKIM.
Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)d. Kaedah Usul Fiqh: ??? ??????? ???? ??? ??? ??????? yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.Antaranya seperti berikut:a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Incoming search terms:
- merokok
Anak Kelate
Adakah merokok hukumnya sunat…????
Ambo perokok tegar.
Ado pendapat mengatakan merokok itu adalah sunat. Kawe-kawe ambo yang cerita.
Sebabnya para perokok sanggup berkorban di atas kesihatan mereka, setiap hari mereka merokok kerana falsafahnya ialah bagi membantu rakyat secara amnya dan kerajaan secara umumnya.
Bagaimana? Iaitu melalui cukai rokok, jutaan ringgit kutipan setahun dan digunakan oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat.
Bagi peminum arak, INI TAK BOLEH kerana sudah disebut dalam Al-Quran. Walau apa jua niatnya, ia tetap haram.
Umat Islam kena sedar, dalam Islam bukan sajo berpandukan Al-quran dan hadith, tetapi juga berpandukan qias dan ijmak ulamak. Apapun, merokok haram kena terima. Wallahualam.
sham
merokok sunat? Kali pertama dengar. Antara ulamak dan kawan-kawan tuan anak kelate, siapa yang lebih pandai dan boleh dipercayai? 🙂
Sekarang dah boleh mulakan langkah untuk berhenti merokok. Perokok tegar memang susah dan tak boleh berhenti mengejut sebab ketagihan nikotin. Kena kurangkan secara perlahan-lahan. semuanya nak tak nak je.
Bagi perokok, ia memang sukar diterima. Namun, hukum tetap hukum. Setiap orang Islam wajib mematuhinya. Ia bukan untuk menyusahkan tetapi untuk kebaikan bersama.
squardpips
aku dh berhenti rokok sebulan dah.. gara2 ader jangkitan kuman kat tekak aku,.
mmg susah nak bernafas… n aku stop terus… mmg gigit bibir la tgk orang isap rokok sbb aku ni heavy smoker