Panduan Cara Buat Ebook


Panduan Cara Buat Ebook

Ebook adalah antara salah satu daripada pendapatan pasif yang kami bina sejak tahun 2006. Ia adalah satu pendapatan yang cukup lumayan untuk mereka yang serius untuk mencipta pendapatan pasif menerusi ebook yang dihasilkan.

Menerusi syarikat Ebook Media Publishing, kami kini banyak menfokuskan kepada penerbitan ebook bagi pasaran antarabangsa terutamanya di Amazon.com. Pasarannnya cukup besar. Malah pasaran ebook kini jauh mengatasi pasaran buku bercetak. Malah penerbit buku kini berusaha untuk menjadikan buku bercetak mereka kepada ebook kerana ia lebih mudah dan menjimatkan kos.

Apakah Ebook?

Bagi mereka yang tidak tahu apakah sebenarnya ebook. Ia sebenarnya adalah singkatan bagi electronic book atau buku digital. Ia mungkin dalam bentuk format pdf, .exe, .mobi dan sebagainya bergantung kepada platform yang ada hari ini seperti tablet, komputer dan sebagainya.

Ebook paling mudah dibuat adalah dalam format pdf. Cara membuatnya cukup mudah. Anda hanya perlu menulis ebook dan dalam format .doc dengan mengunakan perisian Microsoft Word, Open Office dan sebagainya. Kemudian ia ditukar kepada format PDF menerusi perisian ataupun perkhidmatan online.

Antara perisian yang biasa digunakan untuk menukar format kepada fail pdf adalah Adobe Profesional, Open Office dan banyak lagi. Terlalu banyak perisian yang boleh menukarnnya sekarang. Kami mengunakan Adobe Profesional untuk urusan menukar format ini bagi produk-produk kami.

Ecover Untuk Ebook

Bagi memudahkan usaha untuk menjual ebook, cover akan dicipta ia dinamakan Ecover atau Electronic Cover. Ia akan bertindak sebagai satu alatan untuk menunjukkan rupa sebenar ebook yang dihasilkan. Jika tidak, orang sukar untuk membayangkan rupa bentuk ebook. Dengan bantuan ecover, ia menjelaskan segalanya tentang ebook berkenaan. Buku bercetak ditampilkan dengan covernya yang tersendiri. Begitu juga dengan ebook.

Dengan Ecover, urusan untuk menjual lebih mudah kerana orang dapat melihat covernya. Cuma ada segelintir yang menyangka ebook berupa byku bercetak kerana ecovernya seperti buku bercetak. Namun, keadaan semakin berubah. Sudah ramai yang dapat membezakan kini.

Isu Hakcipta dan Cetak Rompak

Ketika saya menulis artikel ini, ada beberapa ebook saya diedarkan secara percuma di laman perkongsian fail. Inilah isu yang sangat sukar dihadapi. Ia dalam format digital dan ia sangat mudah untuk diedarkan secara percuma walaupun anda menjualnya. Cara mengatasinya ialah membuat laporan kepada pengendali laman perkongsian fail agar membuang ebook anda yang diedarkan secara percuma.

Jangan risau. Pihak berkenaan akan memberikan kerjasama yang baik. Malah jika dicetak rompak sedemikian bermakna karya anda adalah bagus. Pihak kami sendiri agak sukar untuk mengaawal keadaan ini. Yang yang boleh dilakukan ialah berserah kepada Yang Maha Berkuasa untuk membantu.

Panduan Cara Buat Ebook Mudah

Bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan ebook mereka sendiri. Pihak kami sebenarnya ada menghasilkan panduan khas untuk mereka yang ingin menulis dan menghasilkan ebook mereka. Ia dinamakan Rahsia Penulis Ebook. Ia mula dijual pada tahun 2007 dan sehingga kini ia menjadi panduan kepada beribu orang untuk menghasilkan ebook mereka sendiri.

Dalam Rahsia Penulis Ebook, kami menerangkan secara jelas bagaimana untuk membuat dan memasarkan ebook yang anda buat. Ia mempunyai 3 pakej iaitu Penerbitan Ebook, Sistem Affiliate dan juga Minisite. Dengan 3 pakej ini, anda boleh memilih apa yang ingin anda tahu dalam penerbitan ebook dan pemasaran.

ebook03-back200

Anda boleh dapatkannya di http://www.penulisebook.com

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi kami bila-bila masa. Kami akan cuba membantu sekadar yang termampu.

Ebook Merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mereka yang ingin memcipta pendapatan pasif di internet. Jika anda menjual ebook pada harga RM30. Dengan jualan sebanyak 30 unit sebulan boleh menghasilkan pendapatan tambahan RM900 untuk anda. Itu hanya menerusi satu ebook. Jika anda mempunyai pelbagai ebook. Pastinya ia cukup lumayan untuk anda menghadapi situasi ekonomi sekarang.

Apa yang boleh anda tulis? Bagaimana untuk membuat kajian? Itu akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang. Jangan lupa untuk subcribe artikel daripada blog ini. Anda boleh masukkan nama dan emel di sisi kanan anda. Terima kasih.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • panduan buat e-book
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.