Panduan Exam Online PTD


Pada tahun 2015, exam online ptd ini tidak dilaksanakan berikutan pembekuan pengambilan jawatan baru oleh JPA. Jika tidak, exam ptd dilaksanakan setiap tahun. Kini exam online ptd kembali dan bakal dilaksanakan pada 19hb Januari 2016.

Exam online ptd ini merupakan exam online spa yang pertama pada tahun ini. Kali terakhir pada bulan 11 iaitu peperiksaan separa perubatan. Kebiasaanya peperiksaan online ini melibatkan 3 seksyen iaitu Pengetahuan Am, Daya Penyelesaian Masalah dan juga Psikometrik. Namun kali ini, ujian psikometrik digugurkan daripada exam ptd.

Ia berita buruk atau berita baik? Bagi saya ia satu berita baik. Namun, saya ada terdengar ura-ura bahawa PAC untuk PTD akan dilaksanakan kembali. Pada tahun 2014, mereka yang lulus exam akan terus ke peringkat temuduga. Mungkin sebab tertentu atau inginkan calon yang lebih baik, ia dijalankan kembali. Saya pernah menghadiri PAC PTD ini. Memang sangat mencabar!

Namun, menjawat jawatan PTD pasti lebih mencabar. Pasti sibuk memanjang. Saya boleh lihat sepupu yang menghadiri PAC bersama yang kini menjawat PTD di Kementerian Dalam Negeri tersangat sibuk dan juga stress. Bak kata orang, lebih tinggi gaji…lebih besar tanggungjawab.

Panduan Exam Online PTD

Kepada calon exam ptd yang bakal berjuang menentukan kerjaya mereka pada 19 Januari nanti. Semoga berjaya. Berita baiknya ada rujukan untuk anda membuat rujukan. Exam ni penentuan kepada kerjaya anda sebagai ketua atau bos kepada kebanyakan agensi. Sebab itulah yang mereka yang terbaik akan dipilih.

>>Nak Rujukan Exam Online PTD Klik Sini

Rujukan ini akan membantu anda membuat persediaan awal menjelang hari penentuan anda pada 19hb Januari. Jika lulus peperiksaan ini, anda akan ke PAC atau terus temuduga. Namun ini adalah antara ujian yang bakal anda tempuhi.

  1. Seksyen Pengetahuan AM

    Dalam seksyen ini, anda akan ditanya dengan pelbagai topik seperti sejarah, kenegaraan, isu semasa,sahsiah dan pelbagai lagi bentuk soalan pengetahuan am. Jadi bagaimana anda nak ulangkaji? Ketika saya menduduki exam ini dahulu, memang tak tahu nak mula dari mana sebab ia merangkumi banyak topik. Last gamble sahaja. Saya hadiri 3 kali dan lulus sekali. Tetapi ketika itu ia dilakukan secara bertulis. Sekarang lebih mudah. Semua online sahaja.

  2. Daya Penyelesaian Masalah

    Dalam seksyen ini melibatkan soalan penyelesaian masalah, statistik, matematik dan juga mentafsir data. Semua ini tahap SPM. Tapi jangan pandang ringan sebab ia tetap susah walaupun anda semua sudah ada degree. Sakit juga otak menjawab walaupun jawapan sudah ada cuma tak tahu mana satu yang betul. 😛 . Jawapannya cuma A, B, C, D..tapi mana satu yang betul? Itu kena asah balik skill anda. Dah berkarat tu..

Terdapat 2 seksyen sahaja pada exam kali ini. Berdoalah agar tiada masalah server berlaku ketika exam anda dijalankan. Jika ada masalah, mungkin ada peperiksaan ulangan bagi mereka yang bermasalah. Namun ia bergantung tahap serius. Tidak semua ada masalah, ada sesetengah server tidak mampu menampung user yang ramai dan crash. Itu yang berlaku sebelum ini. Saya rasa mungkin SPA sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

exam online ptd

>>KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD RUJUKAN EXAM PTD ANDA

Ini cabaran pertama anda untuk menjawat jawatan di utama di negara ini. Anda akan jadi pegawai daerah, ketua cawangan dan ketua bagi pelbagai agensi kerajaan. Anda akan diasuh menjadi seorang ketua. Inilah yang akan anda tempuhi sepanjang menjalani latihan nanti.

Namun ujian pertama anda ialah exam online PTD ini. Andainya anda gagal, maka tertutuplah peluang anda kali ini walaupun kemungkinan ia dilakukan setiap tahun. Jumlah kekosongan pula ialah 300 orang. Jumlah calon yang dijangka? 70,000 orang menurut data yang tidak dapat disahkan. Yang pastinya ramai..

Rujukan ini adalah dalam bentuk ebook. Jadi jangan tunggu ia dipos ke rumah anda kerana masa sudah suntuk. Anda boleh mendapatkan rujukan ini bermula 9hb Januari ini dan ia akan ditutup jualan menjelang tengah malam 17hb Januari, 2 hari sebelum exam. Sebab? Ia untuk memberi ruang kepada calon membuat persediaan.

Jangan berlengah lagi dapatkan sekarang rujukan ini.

>> KLIK  SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN EXAM ONLINE PTD

Harga minimum RM40. Terdapat pakej-pakej lain, terpulang pada bajet anda. Semoga ia dapat membantu anda menghadapi peperiksaan ptd ini dengan lebih yakin.

Money back guaranteed jika ia tidak membantu anda dalam peperiksaan nanti. Tiada masalah.

Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.