Minggu lepas saya ke rumah Ustaz Ismail, seorang perawat di Darul Shifa Kuala Kangsar. Beliau juga merupakan Imam Masjid Ridwaniah, Kuala Kangsar. Rupanya beliau merupakan saudara jauh isteri saya. Ini merupakan kali pertama rasanya saya berada di alam misteri apabila berubat santau yang dah lama bersarang dalam tubuh ni.
Saya sampai kat rumah Ustaz Ismail kira kira pukul 9.30 malam. Ketika itu, ustaz belum sampai ke rumah dari Masjid kerana beliau bertugas menjadi imam pada malam tu. Apabila sampai, dah ramai orang sedang menunggu beliau di rumah.
Ketika rawatan, pelbagai karenah pesakit dapat dilihat. Ada yang menjerit jerit kesakitan apabila dipegang oleh Ustaz. Apa yang saya tengok, ustaz hanya menunjukkan jari di tapak kaki sambil membaca ayat al-quran. Setelah tengok karenah pesakit ganguan jin sebelum sampai la giliran saya kira kira pukul 1 pagi.
Ustaz dah keletihan ketika itu. Setelah beliau berehat sekejap. Beliau meminta saya duduk terlunjur. Kemudian dibacakan ayat al quran sambil ditepuk belakang. Sekali sekala dipegang kepala.
Kemudian, saya diminta untuk berbaring. Ketika itu saya rasa di awang awangan dah. Kemudian dibacakan ayat al quran sambil menekan satu jari di celah ketiak. Apabila tersentuh jari tu,terasa seperti terbakar dicucuk api.Secara spontan gak saya gelak walaupun ketika itu terasa sakit yang amat sangat. Saya sedar saya gelak tetapi tak boleh mengawalnya.
Ketika memang tak boleh control badan ni. Ketika itu saya mendengar Ustaz mengarahkan “benda” tu keluar dari badan.. dan saya terus tergelak…ia masih belum nak keluar. Minggu ni sambung balik rawatan.
Badan saya lebam dan bengkak dibuatnya. Sedangkan Ustaz tekan slow je. Itulah keajaiban Al-Quran apabila menentang Syaitan dan Jin. Misteri kan?
Incoming search terms:
- darulshifa
- darulsyifa
- https://www shamsuriyadi com/umum/pengalaman-berubat-di-darulshifa/
saiful anuar
Salam Sham,
Setahu aku kau sejak dari bujang lagi dah kena buatan org kan Sham? Sabar je la Sham…mesti ada kebaikannya..
Semoga tauhid kau terhadap Allah swt semakin bertambah…
p/s cari la jalan-jalan zikir supaya dapat prevent benda2 tak baik ni…amin.
sham
yang lama tak ilang lagi..tambah yang baru. Iktiar jela. Mungkin ini ujian Allah untuk saya.
kadang2 pengamal ilmu santau kena lepaskan ilmu diorang. kalau tak, ilmu makan diri.
nasib la kalau terkena kat sesape. Tapi orang yang dah pernah kena, berkemungkinan akan terkena.
pelik betul manusia ni..makin moden..semakin ke arah khurafat.
apa yang saya harap, biar saya sorang jela yang tanggung. Jangan sampai terkena kat family yang lain.
saiful anuar
Memang betul pun..sesape yg pernah kena santau takkan clear 100%…nak clear memang makan masa…lg pun santau ni memang ilmu kuno kategori kelas pertama!!
Hanya Ibadat Sempurna+Al-Quran+Tauhid+Zikir Nafas sahaja yang boleh buang santau ni…tp dengan keizinan Allah la…amin
Ima
salam..saya pernah pergi berubat dengan ustaz ismail ni..cara perubatan sama seperti yang saudara ceritakan..tapi saya sekali je berubat dengan beliau sebab tak tahan menanggung sakit..saya sekarang berubat dengan perawat lain dan alhamdulillah beransur sihat walaupun ambil masa..hanya orang yang mengalaminya yang tahu deritanya.Moga tuhan beri kekuatan kepada saudara untuk menghadapi dugaan ini..
sham
Ujian itu pelupus dosa.. 🙂
Fitri
Salam en sham..mcm mana keadaan en sham selepas berubat dgn ustaz ismail..sy bercadang untuk merawat ibu saya…
sham
Ok. cuma sakit skit kalau ada gangguan.