Penternakan Lebah Madu Di Malaysia


Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang cukup banyak. Ada diantaranya ialah lebah. Terdapat dua jenis lebah diternak di Malaysia iaitu lebah madu(sting bee) dan juga lebah kelulut(stingless bee). Terdapat 5 spesis lebah bersengat iaitu Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Mellifera (Lebah Import), Apis Cerana (Lebah kampung/keran), Apis florea (Lebah lalat), Apis Andreformis (Lebah kecil). Namun hanya 2 spesis yang boleh dijinakkan dan diternak di Malaysia iaitu lebah import dan lebah keran.

Bagi lebah kelulut terdapat 39 spesis telah dikenalpasti namun hanya 9 spesis yang sesuai untuk diternak. Bagi tujuan komersil, hanya 2 spesis paling banyak digunakan untuk penternakan iaitu H.Itama dan juga G.Thoracica yang aktif dalam penghasilan madu dan propolis.

Namun penternak perlu memastikan semua pemangsa bagi lebah dikurangkan untuk membolehkan lebah yang diternak berkembang dengan baik. Antara pemangsa utama lebah adalah burung berek-berek (bee eater) yang mengancam penternakan lebah di Malaysia selain tebuan. Burung ini memakan beratus ekor lebah setiap hari dan boleh menyebabkan koloni lebah menjadi lemah.

lebah-madu

Burung ini merupakan satu spesis burung migrasi yang diancam kepupusan. Menurut undang-undang negara, mereka yang menangkap burung ini boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 jika didapati bersalah. Namun ia menjadi satu ancaman besar terhadap industri ternakan lebah kerana burung ini makan dalam kuantiti yang sangat banyak.

burung berek

Kemuncak kehadiran burung ini adalah sekitar Ogos-Oktober setiap tahun. Tempoh ini merupakan tempoh yang sukar bagi penternak lebah madu diluar sana.

Masa Depan Ternakan Lebah Madu Malaysia

Permintaan untuk madu lebah dari Malaysia sangat tinggi. Negara seperti Asia barat, US dan China memandang tinggi madu daripada Malaysia kerana ia terhasil daripada pelbagai jenis bunga di Malaysia. Berbeza di negara mereka yang terhad kepada nektar daripada sesejenis pokok sahaja.

Di Asia barat terutamanya di Dubai, saya dimaklumkan madu daripada malaysia dijual pada harga RM1000 sebotol. Dan permintaan tidak cukup. Namun penghasilan madu di Malaysia tidak banyak. Ditambah dengan lambakan madu tiruan merosakkan industri madu di Malaysia. Terdapat sendikit yang menghasilkan madu sintetik daripada bahan kimia yang seakan akan madu asli. Apa yang membezakannya ialah enzim yang terdapat dalam madu.

Penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu telah menunjukkan hanya ujian makmal sahaja yang boleh mengesahkan ketulinan madu. Selain itu, ujian seperti penyerapan pada tisu, membakar dan melihat cara madu dituangkan di dalam gelas memberikan hasil yang sama diantara madu tiruan dan asli.

Inilah cabaran utama negara. Madu asli seperti yang dinyatakan di dalam al-quran ia menjadi penawar kepada penyakit, madu tiruan pula menjadi penyebab pelbagai penyakit. Ketiadaan standard untuk madu Malaysia menyebabkan perkara ini berlaku.

Langkah Penjenamaan Madu Malaysia Sebagai Superfood Malaysia

Sejak kebelakangan ini, media hampir setiap hari menyiarkan berita berkenaan Madu Kelulut sebagai Superfood Malaysia. Ia satu langkah bijak dalam mempopularkan industri ini. Namun ia perlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Ia telah membuka mata ramai orang untuk mengamalkan madu sebagai satu makanan sihat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

p/s: Nampaknya harga madu dan juga sarang kelulut akan meningkat dengan mendadak selepas ini berikutan permintaan tinggi dan kekurangan bekalan.

Channel Youtube Pasal Ternakan Lebah Madu Malaysia

Anda boleh layari https://www.youtube.com/channel/UCHUdugaDKrcuLgur-uA1Pvw

Itu channel saya. Harap boleh sama-sama belajar. Boleh subcribe ya. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • industri madu lebah di malaysia
  • madu ternak malaysia
  • industri madu malaysia
  • penternakan lebah madu
  • penternakan lebah madu di
  • peternakan lebah di malaysia
  • spesis lebah yang ada di malaysia
  • ternak lebah madu malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. Azmi March 3, 2017
  2. sham March 4, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.