Pentingnya Mailing List & Berapa Yang Saya Ada..

Apa khabar buat pembaca blog ini. Topik kali ini adalah tentang mailing list. Ramai yang masih teragak agak untuk membina list mereka. Mereka masih takut untuk melaburkan wang untuk dapatkan autoresponder berbayar. Mereka takut rugi. Sebenarnya anda yang rugi jika anda gunakan autoresponder free atau self host autoresponder dan diinstall pada server yang dikongsi.

Server biasanya hanya berkeupayaan untuk menghantar email sebanyak 1000 email dalam satu masa. Jika lebih secara automatik server tersebut akan dikategorikan sebagai spam. Apabila ini berlaku, pihak hosting akan mengelabah kerana kemungkinan server mereka akan diban atau ditutup.

Sebab itulah jangan gunakan server biasa. Gunakan server khas untuk email atau perkhidmatan autoresponder berbayar seperti aweber atau getresponse. Ia akan menjaminkan keselamatan list anda dan email yang anda hantar. Jika anda ingin berjaya, saya wajibkan anda untuk laburkan untuk autoresponder berbayar. Ia lebih menjimatkan dan kurang berisiko.

Kenapa menjimatkan? Jika anda telah mempunyai 3000 list dalam masa 6 bulan. Jika ianya ditutup disebabkan mengunakan autoresponder self host, anda rugi kerana lubuk emas dalam perniagaan internet adalah pada list. Sebab itulah dikatakan “money is the list”.

Berapa list yang en.sham ada? tak banyak. 2oK je.. 🙂

Tak percaya? Lihat dibawah:

Autoresponder 1

Autoresponder 1

Autoresponder 2

Autoresponder 2

Saya mempunyai 17,530 list pada autoresponder pertama. Dan 3008 pada autoresponder kedua. Jadi ianya lebih daripada 20,000 list yang berdaftar dengan saya dari pelbagai niche.

Dengan list ini, ia membantu saya untuk membuat ribuan ringgit dengan satu email. Saya mengumpul list dalam pelbagai niche dan saya pastikan untuk email berkaitan sahaja pada list berkenaan. Ia adalah untuk memastikan keselesaan subcriber anda. Jika tidak, mereka akan opt out jika terlalu banyak email yang merapu dan tidak berkenaan.

Mereka subcribe kerana berminat dengan perkara yang berkenaan. Mereka tidak mungkin berminat dengan perkara yang lain.

Dapatkan autoresponder berbayar untuk perniagaan anda. Jangan memperjudikan perniagaan anda kerana masa depan perniagaan anda akan dibantu oleh senarai list yang anda anda.

Jumpa lagi dalam post akan datang. Saya agak sibuk kerana ada “orang baru” dalam keluarga. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 11

  1. abrablog July 13, 2009
  2. fadli July 19, 2009
  3. sham July 19, 2009
  4. humayrabalqis July 27, 2009
  5. humayrabalqis July 27, 2009
  6. sham July 28, 2009
  7. humayrabalqis July 28, 2009
  8. Hadi June 28, 2010
  9. sham June 29, 2010
  10. Hadi June 29, 2010
  11. sham July 4, 2010

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.