Perkongsian: Pengorbanan Harta atau Terkorban

Ini adalah satu perkongsian tentang isu ibadah korban dalam temubual IKIM.fm bersama Dr.Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Semoga video ini bermanfaat untuk kita bersama.

Dalam video ini juga terdapat ulasan berkenaan persoalan hudud sudah sesuai atau tidak, hukum dividen epf, taubat pinjaman bank konvensional, hukum akaun emas, ulasan ringkas terhadap tuduhan negatif seorang ustaz popular terhadap kewangan Islam dan berkenaan hal seksualiti merdeka yang sedang hangat di media sekarang ini. Moga beroleh manfaat.

Saya memang menantikan setiap sesi UZAR di radio IKIM pada hari Rabu jam 5.00 petang. Biasanya waktu ini, pelbagai isu akan dibincangkan oleh UZAR dan terdapat banyak soalan dan jawapan yang membuka minda. Malah saya tertarik dengan kenyataan UZAR ini:

Harta haram khususnya RIBA & RASUAH adalah ibarat virus yang kronik & sangat merbahaya, apabila ia memasuki pendapatan harian kita seolah virus memasuki tubuh, ia akan merebak sedikit demi sedikit sehingga menjadikan seseorang ‘tuli’ dari sebarang nasihat, ‘buta’ dari sebarang panduan, hilang daya tahan terhadap harta, sehingga over-cinta harta yg melimpah ruah, tiada lagi endah dan sensitif pada yg halal dan haram. Akhirnya hati bernanah dan mengeras seperti batu, amalan jadi berat, ibadah tiada sempat, pakaian jadi sekerat, iman makin terangkat, doa hanya singkat, akhirnya mangkat tak sempat taubat. Nauzubillah..Ya Allah berikan kami suntikan ubat iman.

Semoga ia dijauhkan daripada diri kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.