Saya sering menerima email yang bertanya apakah perniagaan internet yang paling sesuai untuk mereka. Terus terang saya tidak tahu apakah yang sesuai kerana saya tidak tahu kemahiran,pengalaman malah demografi kawasan tempat tinggal anda. Dari situ terhasilkan 101 Idea Pernigaan Internet.
Ianya adalah untuk memberikan anda sedikit idea bagi mencetuskan idea anda sendiri bagi memulakan perniagaan internet anda sendiri dari rumah. Ia bertujuan untuk membantu anda mengenalpasti perniagaan yang paling sesuai dengan diri anda. Setiap individu mempunyai kemampuan dan skill yang berlainan. Jadi saya tidak boleh menganggap anda semua adalah sama.
Jadi Ebook 101 Idea Perniagaan Internet disentuh secara umum bagi membimbing mereka mengenal peluang dan potensi perniagaan internet menerusi persekitaran dan juga diri mereka. Ia adalah untuk mengaktifkan idea anda yang masih terpendam dan perlu disiram agar ia boleh tumbuh mekar.
Perniagaan internet semakin diterima ramai. Malah ketika ini kegawatan ekonomi mula dirasai oleh kebanyakan orang. Ada yang diberhentikan kerja,VSS dan sebagainya. Apakah langkah yang sesuai untuk golongan ini untuk menghadapi masalah sebegini? Bagi saya…. Berniaga!. Allah telah menjanjikan bahawa 9/10 rezeki adalah menerusi perniagaan. Tidak kira apakah perniagaan anda… perniagaan pasar malam, MLM, perniagaan internet atau apa sahaja perniagaan yang halal.
Jangan sesekali terlibat dalam perniagaan yang meragukan dan menimbulkan rasa was was. Begitu juga pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap setiap bulan. Sesetengah syarikat yang menawarkan peserta untuk membeli produk kemudian menjual kembali kepada syarikat tanpa perlu melihat produk berkenaan pun. Bagi saya ia meragukan. Malah adakah ia benar benar menjalankan perniagaan berkenaan atau hanya semata mata memusingkan duit yang menyertai mereka untuk membayar ahli yang lama telah masuk seperti Sistem Pak Man Telo.
Perniagaan adalah suatu perkara untuk anda terokai sendiri dengan bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Anda boleh mempelajari sendiri.Jatuh bangun dalam perniagaan memang perit.Malah ada yang tidak mampu untuk bangun setelah jatuh menerusi perniagaan. Mungkin sebab itulah 9/10 rezeki daripada perniagaan. Ini adalah kerana ia sangat sukar! Namun, apabila ia berjaya. Ia memang berbaloi.
Untuk berjaya, ia menuntutkan pengorbanan yang tidak terhingga. Malah ada keluarga yang bercerai berai kerana tidak tahan menanggung cabaran dalam perniagaan. Nasihat saya, sebelum berniaga.Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin. Ia akan membantu dikala anda memerlukannya.
TIMBA…ia bermaksud perlu berulang ulang, sedikit demi sedikit. Jadi jangan ingat dengan membaca satu buku, anda mahir segalanya dalam bidang perniagaan. Samalah seperti anda mandi dengan timba, adakah anda puas dengan satu timba? Pasti tidak bukan? Apabila mandi, kita akan timba air berkali kali sehinggalah kita puas mandi. Samalah dalam perniagaan. Timbalah ilmu sehingga anda puas dan berjaya memanfaatkan ilmu yang anda perolehi.
TIADA JALAN SINGKAT! Itulah yang saya ingin sampaikan. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Anda bacalah kisah kejayaan usahawan berjaya di Malaysia. Mereka semua melalui proses yang sangat sukar sebelum mereka berjaya pada hari ini.
Hanya anda boleh mengubah nasib hidup anda…Saya hanya mampu membantu sedikit sebanyak.
Bagi yang makan gaji, anda pasti akan mengalami sedikit culture shock kerana anda tidak lagi perlu menunggu bayaran gaji. Lebih memeritkan lagi, mungkin anda tidak menerima bayaran langsung. Yakin la dengan janji Allah. Tawakal kepada-NYA. Insyaallah, pasti ada rezeki untuk anda.
Bagi memilih perniagaan internet yang paling sesuai untuk anda… anda boleh cermin diri anda..apakah kemahiran, pengalaman dan kemampuan anda. Begitu juga dengan persekitaran anda. Anda fikirkan…apakah perniagaan yang paling ideal untuk anda bermula..
Selamat Maju Jaya
-shamsuriyadi
Incoming search terms:
- perniagaan
Zairi Zaidi
Memang agak sukar nak cari idea perniagaan pada permulaannya
MohdHafizKamal
Memang pd sy susah nak cari idea biz internet ni….kena beli gak ebook 101 idea perniagaan internet.
Dhiaqis
Mula-mula sekali nak komen gambar motor tu.. aku tak faham macam boleh bawak motor dengan 100% menentang angin? confuse aku hehe.. apa2 pun nak mencari idea di dalam perniagaan kena lah betul dan banyak timba ilmu kalau tidak jadi mcm gambar motor tu.. memang lain dari yang lain tapi tak betul.
Zool
Bagi saya, melalui pembacaan la..ada teknik yg mudah untuk mencari IDEA bisnes internet ni. Kalau boleh saya ingin kongsi 1 formula yg tok guru saya ajar..dengan menggunakan teknik niche. Walaupun ia bukan jaminan, tp sekurang-kurangnya ia membantu utk mengetahui adakah wujud pasaran perniagaan kita nnt.