Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti?

Adakah Produk Kedai Rakyat 1 Malaysia Tidak Berkualiti?

Sekarang ini ada banyak isu tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) yang dikatakan tidak berkualiti, kurang zat, terlebih zat dan sebagainya sebagai isu politik. Adakah ia benar?

Sebenarnya produk yang dijadikan produk ini adalah produk yang sama jika anda beli jenama Mydin iaitu Myrasa dan mungkin barangan pasaraya lain yang ditukar jenama sahaja. Saya pernah beli produk ini dan rasanya lebih kurang sama sahaja dengan jenama terkenal.

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Gambar diatas saya ambil ketika melawat booth Kedai Rakyat 1 Malaysia di sebuah ekspo di Pulau Pinang. Sebagai rakyat biasa, kebanyakan daripada kita mahukan barangan keperluan pada harga yang rendah. Sebab itulah ramai daripada kita yang memilih produk yang tidak terkenal malah produk jenama pasaraya yang berkenaan.

Malah Tesco, Carrefour,Giant dan Mydin mengunakan kaedah ini untuk menjual produk mereka pada harga yang lebih rendah. Ia mungkin dihasilkan dikilang yang sama kerana ada kilang yang mengambil tempahan untuk produk yang boleh ditukar jenama kepada jenama pembeli. Perkara yang sama berlaku dalam industri Kosmetik. Pelbagai produk dikeluarkan, yang berbeza hanyalah jenama. Kandungannya adalah sama.

Saya lihat isu ini sengaja ditimbulkan oleh Tony Phua atas desakan persatuan perniagaan cina. Kenapa? Mudah sahaja, ia akan mengurangkan kebergantungan orang ramai kepada peniagaan yang dikuasai oleh bangsa Cina. Inilah realiti keadaan di Malaysia.Penentuan harga barangan di negara ini dikuasai oleh kuasa kuasa besar cina. Harga ayam contohnya, semua peniaga lain bergantung kepada bekalan yang dibekalkan oleh peniaga berkenaan.  Tiada siapa pun boleh menyanggah kenyataan ini.

Jika serangan sebegini tidak dibuat, pastinya barangan di Kedai Rakyat akan mendapat sambutan. Ya serius. Malah Mydin iaitu pengeluar barangan KRIM ini sangat mesra akan IKS Bumiputera. Mydin banyak menyokong dan memberi peluang kepada IKS Bumiputera untuk bertapak dan memulakan langkah untuk berkembang di Pasaraya mereka.

Susu Tidak Cukup Zat atau Terlebih Zat?

Setiap susu bayi dihasilkan mengikut keperluan. Malah ia biasanya mempunyai syarat minimum dan maksimum kandungan zat yang terdapat dalam susu.Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kandungan zat dalam susu bayi di kedai rakyat menepati syarat nutrisi antarabangsa.

Yang tidak melepasi syarat ialah Sos Tiram. Iaitu kurang kandungan protein di dalamnya. Produk lain tiada isu kekurangan zat ini. Pastinya orang yang memulakan isu ini akan terdiam dan mencari jalan untuk menjatuhkan konsep ini.

Saya bukan seorang yang gemar menulis tentang politik. Namun, sebagai pengguna dan rakyat Malaysia, saya menyokong penubuhan Konsep Kedai rakyat ini. Kebanyakan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana memerlukannya. Kami memerlukan barangan keperluan yang murah.

Kedai Rakyat 1 Malaysia Untuk IKS

Malah menerusi KRIM ini juga memberi ruang kepada usahawan kecil Bumiputera untuk memasarkan produk keluaran mereka. Saya membesar dengan produk Mydin.  Mydin bermula di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia adalah negeri yang majoriti didiami oleh orang Melayu.

Malah ramai rakan-rakan saya yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana dibantu oleh Mydin untuk memasarkan produk mereka. Daripada bengkel kecil di belakang rumah, kini telah memilik kilang kerana permintaan tinggi daripada Pasaraya Mydin. Daripada bawa motor, kini memeliki kereta dan lori untuk menghantar produk mereka. Jika anda ke Mydin, mereka adakan rak khas untuk IKS.

Ini tidak dilakukan oleh Pasaraya lain. Mereka tidak banyak membantu IKS. Jika mempamerkan barangan IKS sekalipun, ia berada dibelakang dan sukar dilihat. Ya. Mungkin pakaging tidak menarik berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat besar.  Namun , ia tidak boleh dijadikan alasan.

IKS terdiri banyak daripada usahawan bumiputera. Pastinya tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa bantuan daripada pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka. Dengan kedai Rakyat, ia membuka ruang untuk menambah saluran pengedaran produk mereka.

Saya pelik kenapa DAP beria ia hendak menutup operas kedai Rakyat 1 Malaysia ini. Pastinya ia bukan hanya sebab politik tetapi pengaruh di belakang tabir untuk menghalang usahawan bumiputera untuk mencari pasaran untuk produk mereka. Sedangkan barangan yang dibuat oleh syarikat orang C bukannya berkualiti sangat pun. Lebih kurang sahaja.

Itulah pandangan peribadi saya. Ia agak pelik apabila sesuatu yang bagus, ditentang habis habisan kecuali ada sesuatu yang mempengaruhi. Perkara yang sama berlaku apabila ada pihak memulakan kempen memulau roti Gardenia yang dimiliki oleh orang Melayu. Alasanya sebab gardenia tidak membeli tepung daripada FFM iaitu syarikat robert kuok, orang paling kaya di Malaysia. Malah mereka memberi komen dan memaki orang melayu.  Ia pernah dibuktikan dalam blog PPIM( google dah delete!).

Apa yang rakyat mahu ialah barangan yang murah dan tidak merbahaya kepada mereka. Ia langsung tidak berkenaan dengan politik. Ia berkenaan dengan keperluan dan kemahuan rakyat. Kenapa perlu dipolitikkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • apa yang boleh dikatakan tentang kedai
  • produk kedai rakyat 1 malaysia ada di pasaraya mydin
  • produk kedai 1 malaysia keluaran siapa
  • produk jenama malaysia
  • produk 1msia dipek oleh siapa?
  • pengeluar produk kedai rakyat 1 malysia
  • Komen tentang produk Olicandy
  • kelemahan barangan iks
  • keburukan kedai rakyat 1 malaysia
  • Kebaikkan dan keburukkan aiskrim 1malaysia

Comments 12

  1. sham January 20, 2012
  2. Haris January 21, 2012
  3. sham January 22, 2012
  4. zuki January 22, 2012
  5. sham January 24, 2012
  6. nor April 1, 2012
  7. nor April 1, 2012
  8. sham April 2, 2012
  9. annisa June 25, 2012
  10. sham June 26, 2012
  11. zuki July 7, 2012
  12. zie July 18, 2012

Leave a Reply