Rahsia Buat Duit Di Amazon Dibongkar! Baca dan Aplikasikannya…


Assalamualaikum WBT.

Bermula Julai lepas, saya update perkembangan eksperimen buat duit di amazon yang saya lakukan. Matlamat utama adalah menghasilkan komisen sekurang kurangnya USD100 setiap bulan secara berterusan. Sebelum ini memang saya dapati, memang susah untuk membuat jualan daripada Amazon.

Kadang-kadang terliur dengan earning yang ditunjukkan oleh mat salleh di forum-forum antarabangsa. Sebelum bermula eksperimen ini, saya memang ada buat juga site amazon. Hasilnya….memang tak balik modal langsung..

Jadi pada Jun, saya menyediakan modal sebanyak USD300 untuk eksperimen Amazon kali ni. Memang sudah nekad untuk buang lebih kurang RM900 untuk eksperimen. Ia macam saya buat untuk eksperimen adwords suatu masa dulu. Tapi zaman tersebut, polisi tidak ketat. Jadi sempat juga mendapat komisen 4 angka USD daripada clickbank pada beberapa tahun lepas.

Keadaan berubah, Google semakin ketat polisi. Malah algoritma enjin carian juga semakin sukar untuk dimanipulasi. Panda Update yang berulang kali. Penguin Update..EMD Update dan banyak lagi pembaharuan yang Google lakukan. Malah Adsense pun merudum sakan apabila banyak blog hilang (delist) daripada enjin carian. Ia sangat mencabar! Perkara ini rasanya turut dirasai oleh semua IM.

Dengan modal sebanyak USD300, saya membuat kajian dan menyenarai pendek 4 kategori yang saya ingin saya rempuh.

1. Toys & Games
2. Home & Kitchen
3. Sport
4. Automotive

Setelah membuat kajian mendalam dan melihat kepada persaingan. Saya akhirnya menfokuskan lebih kepada Toys & Games.

Saya bangunkan 8 blog secara berperingkat dengan 6 autoblog dan 2 blog secara manual.

Fasa 1 : Julai- 4 blog daripada niche Toys
Fasa 2: Ogos- 4 blog daripada niche Home Kitchen,Sport dan Automotive

Beberapa hari kemudian, jualan terhasil.

Julai —-> USD18.86
Ogos —-> USD19.21
September —>USD53.49
Oktober —-> USD102.42
November —->USD283.61
Disember —->>USD320.++
Saya ada update status eksperimen ini di facebook saya … www.facebook.com/shamsuriyadi . Boleh juga tengok video di

http://www.youtube.com/watch?v=Xt_0YLHKShw

Pada bulan Oktober, saya menambah satu lagi blog menjadikannya 9 blog keseluruhan.

Ok…Itu baru Introduction.. hehehehe

Apa yang saya buat…

A. Kajian Produk Dan Permintaan

Apa yang yang saya buat sentiasa tengok pada:

1. http://www.amazon.com/bestsellers
2. http://www.amazon.com/gp/new-releases/
3. http://www.amazon.com/gp/top-rated/
4. http://www.amazon.com/gp/most-wished-for/
5. http://www.amazon.com/gp/most-gifted/

Namun saya fokuskan kepada New Releases. Sebab utama, kemungkinan IM lain belum buat lagi produk yang baru muncul dipasaran. Jadi ia memudahkan kita dan mengurangkan persaingan. Namun, perlu dipastikan niche yang dipilih mempunyai lebih daripada 10 produk yang lebih kurang sama. Contohnya… Furby

Dalam siri produk Furby, ada pelbagai lagi pilihan warna. Malah Amazon ada membuat Pre Order sebelum pelancaran produk berkenaan. Ini memberi peluang untuk kita mensasarkan produk sedemikian. Saya bagi contoh Furby je.. Lain cari sendiri..

Cari juga carian di keyword tool untuk cari keyword terbaik untuk kita sasarkan.

B. Harga Produk 

Ada beberapa ajaran tentang harga ini.. Ada suruh cari produk dengan harga USD100 keatas agar komisen yang dapat, lebih besar. Saya pula memilih produk berharga USD20 ke USD70 sahaja. Sebabnya mudah. Ia lebih senang dijual berbanding produk yang berharga USD1000. Orang biasanya tidak akan beli “on the spot” bagi produk mahal2. Diorang akan fikir dulu. Bila ini berlaku, kita mungkin hilang komisen bila dia klik affiliate orang lain atau cookie amazon expired. Cookies amazon atau tracking amazon hanya bertahan 24 jam sahaja. Jadi jika dia beli 2 hari lepas tu, kita tidak mendapat komisen. Rugi…

Berbeza pula dengan produk murah2, mereka mudah untuk masukkan no kad kredit diorang dan beli. Ini ditambah dengan plugin khas yang memanjangkan cookies sehingga 90 hari. Komisen berulang boleh berlaku sebab amazon mempunyai sistem jualan yang unik. Mereka akan hantar emel notifikasi berkenaan produk yang kita layari di amazon. Ini yang membantu jualan amazon. Jika kita sudah tanam cookies 90 hari, komisen tidak mudah hilang.

Tapi ingat, saya bangunkan 9 blog. Jadi saya pelbagaikan. Setelah 5 bulan, hasilnya produk bernilai rendah lebih banyak jualan. Bagi produk bernilai tinggi, jualannya amat kecil. 98% adalah daripada blog bernilai murah.

C. Domain Names 

Sebaik baiknya cari nama domain yang sama dengan produk. Tetapi JANGAN guna nama jenama seperti panasonic, apple,toshiba,amazon & etc. Ada IM terus buat nama model produk, namun bagi saya ia merugikan sebab ia akan jadi spesific untuk satu produk sahaja. Kalau nak promote benda lain, kurang sesuai pula jadinya.

Penting ada keyword sasaran dalam domain.. contohnya furbyreview.com ke, furbyshop.com dan sebagainya.

D. Bangunkan Blog WordPress

WordPress memang terbaik. Banyak plugin yang membantu dalam SEO. Ia sangat memudahkan kerja. Kalau nak buat autoblog, boleh install plugin yang berkenaan. Dalam eksperimen ini, saya gunakan WP RObot. Di forum ini pun ada orang yang menawarkan servis buat autoblog. Cuma hasilnya sahaja berbeza.

E. Promosi 

Dalam bab promosi, saya hanya menfokuskan kepada backlink yang berbentuk contextual backlink seperti press release, wiki, blog commenting, artikel directory dan social media. Anda boleh cari outsource di Fiverr. Cari orang yang mempunyai rating yang tinggi. Jangan lupa baca review penguna servis sebelum ini.

Langkah terakhir…. Pantau prestasi, tingkat backlink jika mula ada hasil…. Dan Nikmati hasilnya..

Disclaimer: Hasil mungkin berbeza sebab tiada jaminan akan berjaya membuat jualan sebab ia bergantung kepada persaingan bagi katakunci sasaran anda. Fokus kepada kata kunci buying keyword.

Tips: Contohnya buying keyword:

*FOR SALE
*DISCOUNT
*REVIEW
*CHEAP

Dan banyak lagi… search kat google…hehehe

P/S: Laman web saya tak rank kat Google. Tapi rank di Yahoo dan Bing. Google ada algoritma mengesan autoblog kot sebab langsung tak ranking. Berbeza di Yahoo dan Bing. Ranking semakin baik jika banyak backlink. 

Semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rahsia amazon
  • rahsia buat duit amazon
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. Ferdy Fauzi December 26, 2012
  2. Ariff January 21, 2013
  3. sham January 22, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.