Selamat Hari Raya AidilAdha


Tahun ni kedua dua raya saya terpaksa beraya di kampung isteri. Perancangannya nak beraya di Terengganu pada raya haji. Disebabkan cuaca yang tak menentu disamping isteri cuti skit je, terpaksa la beraya kat sini  pada hari raya haji ni.

Ayah saya dah pun reservekan 1 bahagian korban, nampaknya adik saya atau kakak dapat bahagian tu tahun ni. Tahun lepas turn adik gan mak. Tahun ni sepatutnya saya. Takpe la. Takde rezeki nak masuk tahun ni ibadah korban.

Tak tau la samada orang kampung kat kuala kangsar ada wat korban ke tak. Kalo tak,boleh la tolong lapah kulit. Saya memang dah expert melapah kulit lembu ni. Maklum la dah biasa. Tiap tiap tahun 2,3 ekor lembu akan dikorbankan. Biasanya orang bandar akan masuk kampung bagi mengambil bahagian dalam ibadat korban.

Ayah saya seorang penternak & penjual lembu. Antara pelanggan tetap beliau ialah Istana Raja Muda. Biasanya istana akan beli 2@3 ekor untuk dikorbankan. Mungkin lepas tengkujuh kot baru balik. Mak saya tak benarkan balik waktu malam merentasi Lebuhraya Grik. Sebelum ni pun diorang dah beberapa kali terserempak dengan Gajah. Sebab tu kot. Sebab lain,isteri saya sedang mengandung anak sulung.

Kata orang tua tua, tak elok wanita mengandung anak sulung merentasi bukit pada waktu malam. Itu adalah kepercayaan orang dulu dulu. Mungkin untuk tujuan keselamatan. Saya sendiri tak berapa berani untuk memandu di Grik pada waktu malam. Mudah nak terbabas.Biasanya saya balik waktu siang hari.

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. titan December 15, 2008

Leave a Reply

error: Content is protected !!