Selamat Hari Raya Aidilfitri


Hari raya ketiga baru saya ucapkan Hari Raya ek.Tapi takpe kan, Raya kan sebulan. 😛

Sempena di Hari Raya ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada anda semua jika anda yang terkasar bahasa dan menguris hati anda dalam tulisan saya di blog ini. Saya hanya insan biasa yang tidak dapat mengelak daripada kesilapan. Jadi 0-0 la ye.

Komisen jualan ebook saya akan selesaikan sedikit masa lagi. Harap maaf diatas kelewatan. Beberapa hari sebelum raya, saya demam teruk. Hari raya ini pun disambut biasa biasa sahaja sebab risaukan risiko H1N1 bagi anak kecik saya tu.

3 Hari lagi, Anak saya Aisyah akan berusia 3 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu. Aisyah pun dah mula pandai menegur orang walaupun tak paham apa yang dia cakapkan. Gelak pun dah terer kalo usik dia.

Walaupun kita seronok bergembira, ada diluar sana ada yang dalam kesedihan.Malah ada ahli WangCyber telah kehilangan anda tunggal mereka. Takziah saya ucapkan kepada Zamjabi dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah ini. Kepada pembaca blog ini, sedekahkan lah Alfatihah buat Arwah anak Zamjabi. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman di syurga.

Al- Fatihah…

Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga syawal ini memberi seribu makna kepada kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. KomenEbook September 23, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.