Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan, keamananan dan keharmonian sekarang ini akan terus berkekalan sampai bila bila. Harap kita akan terus aman dan makmur.

Semalam sempat jugak tengok bunga api kat Taiping ni dari rumah. Tak p kemana pun. Just dok dalam keta kat parking giant kat depan umah. Kat situ nampakla bunga api skit skit.Yang besar kat Taman Tasik Taiping, saya tak p sebab malas nak berasak nak parking keta. Nak p gan motor? hohoho.. Banyak roadblok semalam…

Walaupun ada lesen & roadtax, tak nak p jugak sebab pernah ada pengalaman kena angkut ke balai untuk urine test walaupun semua lengkap.Pada hari tersebut ada majlis tahlil sepupu yang meninggal sehari sebelum tu. Dari pukul 5 petang sampai kul 12 mlm,mintak nak p solat maghrib pun diorang tak bagi.. Hampeh betul polis tu..

Tapi lepas tu, saya tak pernah kena tahan kalau melepasi roadblok polis.Saya tak risau sebab lesen saya 3,4 tahun baru mati,roadtax saya akan perbarui 1 bulan sebelum ia mati…

Esok kemungkinan, kita akan bermula puasa. Selamat Menyambut Ramadhan ye. Matlamat saya tahun ni nak khatam Quran. Tahun lepas tinggal beberapa juzuk. Harap tahun dapat khatam la satu Quran sepanjang ramadhan ni. Tahun lepas dok kampung,lepas terawih ada tadarus. Kat sini, ada jugak rasanya tapi masjid jauh skit la sebab saya kat Aulong,Taiping…Kawasan majoriti orang cina..Masjid takde..Nak solat Jumaat pun saya ke Asam Kumbang..

Oklah. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Ramadhan! Jangan tinggal puasa ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.