Setahun Berlalu


Sedar tak sedar, pada hari ini Shamsuriyadi.com berusia setahun. Dalam setahun jagung ini, banyak yang telah dicapai untuk dibawa ke tahun kedua. Blog ini sebenarnya mula ditulias pada 7hb Mac 2008,iaitu pada hari pilihanraya ke 12 tahun lepas.

Ketika itu saya pulang ke Terengganu untuk mengundi.Sambil melihat suasana keadaan kehangatan pilihan raya, saya mulakan blog ini untuk branding nama Shamsuriyadi sebaris dengan IM lain yang mengunakan nama mereka seperti Irfan Khairi, Irwan Dahnil, Osman Affan dan banyak lagi penulis buku yang membina branding dengan nama mereka. Ia sebenarnya satu langkah yang agak lambat buat saya.

Saya sepatutnya memulakannya dari awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan internet lagi. Ia merupakan kesilapan saya dalam mencipta brand saya di dalam dunia perniagaan internet Malaysia. Setelah setahun, ia mula menampakkan kesan positif. Nama Shamsuriyadi mula dikenali bukan lagi Raja Adsense. hehehe. Ada yang panggil saya tuanku..itu yang lawak tu… :p

Matlamat tahun ini ialah untuk menghasilkan buku yang pertama saya. Insyaallah. Saya akan cuba fokus untuk mencapai matlamat ini pada tahun ini. Semoga ia juga akan memberikan satu impak yang baru kepada industri perniagaan internet di Malaysia.

Sedikit statistik Shamsuriyadi.com

Statistik Visitor 2008

Statistik Visitor 2008

Seramai 147,003 telah melawati blog ini pada tahun 2008 dengan 96,528 adalah pelawat unik.

Statistik Pelawat 2009

Statistik Pelawat 2009

Pada 2009 sehingga bulan ini, 43,421 pelawat telah “tersesat” ke sini. Ini adalah statistik yang tak seberapa dari server shamsuriyadi.com. Blog orang lain mungkin lebih hebat terutama IM lain yang turut berjuang memajukan perniagaan internet di Malaysia ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. bantingboy March 9, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!