Sham adalah bukan Saifulsham


Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya dan saifulsham. Saifulsham terdiri daripada 2 orang pelajar UTP dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Internet. Rupa mereka lihat dibawah…

saifulsham

Inilah Saifulsham yang terdiri daripada Syazwan dan jugak Sabri. Mereka dikenali sebagai Saifulsham.Tengok betul betul. Mereka menamakan team mereka sebagai Team Saifulsham. Tak tau kenapa..Tapi itulah mereka.Laman web/blog mereka ialah http://www.saifulsham.com.

Mereka baru sahaja melancarkan ebook mereka yang pertama. Mereka adalah antara pakar dalam perniagaan berkonsepkan produk fizikal. Antara produk mereka adalah model kapal terbang, iphone dan beberapa lagi produk mereka yang tak didedahkan kepada umum.

Boleh dikatakan mereka adalah pakar dalam perniagaan berkonsepkan kedai online ni.

Ini pulak sham atau Shamsuriyadi iaitu saya, penulis blog ni.Urlnya ialah http://www.shamsuriyadi.com

bersama irfan

Saya berada disebelah irfan khairi tu. Itulah sham aka shamsuriyadi iaitu nama penuh saya. Saya menulis post ini kerana ada yang marahkan saya kerana saya trackback tentang Sistem Kedai Online dengan post saya tentang Monsun-Biz, perniagaan paling hot kat surat khabar sekarang ini.

Salah orang la bro. Saya pernah buat kedai online,tapi hanya sekadar untuk presentation ketika saya menyertai MSC Technopreneur Academy Program pada tahun 2006. Walaupun saya tahu untuk membina dan memasarkannya, saya tak buat biz produk fizikal berkonsepkan shopping cart ni.

Memang dua dua ada “sham” tapi kami adalah individu berlainan. Kami mengenali antara satu sama lain. Kadang kadang ada yang bertanya saya bila jumpa, ni saifulsham ke? Huhuhu..

Takkan nak kena tukar nama kot.Nama saya kat IC pun Mohd Shamsuriyadi bin Mamat. Dari kecil sampai besar nama orang panggil, sham. Sebab itulah saya guna sham. Kelakar pulak sampai saya kena terang mcm ni sekali. :p

Apa apa pun, nak komen pape..teruskan je..Saya bersikap terbuka walaupun ada yang mengkritik saya. Boleh la kan sebab tak nampak rupa.Ada berani nak tunjuk muka ke? hohoho.

Takde pulak geng monsun komen kat blog Mail. Ayat mail lagi bisa kot..takut kena laser kat mail agaknya..huhuhu

Harap takde lagi la yang tersalah orang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. kooreen79 April 19, 2008
  2. Mohd Ismail April 20, 2008
  3. sham April 21, 2008
  4. Sabri SaifulSham April 23, 2008
  5. sham April 23, 2008
  6. sham April 23, 2008
  7. titan April 25, 2008
  8. latif May 12, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.