Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah? Duh…


Setelah kerajaan menaikkan tarif elektrik, ramai orang menjadi alternatif untuk menjimatkan elektrik. Macam-macam gajet yang muncul di pasaran. Alat penjimat ada, yang jenis kad ajaib pun ada.Adakah ianya berkesan?

Inilah persoalan yang sering menjadi persoalan ramai orang. Adakah ia taktik penjual semata-mata untuk melariskan produk mereka. Satu gambar ambil kat meter rumah ini dan satu lagi di meter rumah lain.Erk.. Ada yang lebih canggih, sihirkan meter elektrik..hahaha

Sihir Meter Elektrik Untuk Dapat Elektrik Murah?

Sihir? Ia satu perkara yang agak lawak. Saya mengambil snapshot daripada seorang sahabat yang menjual alat penjimat elektrik ini.

sihir-meter-elektrik

 

Serius saya tak pernah terfikir akan penggunaan ilmu sihir untuk menjimatkan elektrik. Bila benda ini “terkeluar”, saya tergelak mengenai ayat akhir beliau. Walau bagaimana pun saya hormati pandangan beliau. Beliau ada hak untuk skeptikal tentang alat penjimat elektrik yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Adakah Penjimat Elektrik Benar-Benar Berkesan?

Untuk yang jenis kad, saya tidak pasti kerana tidak pernah melihatnya beraksi. (Cewah). Namun untuk jenis penjimat elektrik, saya mengunakannya di rumah saya. Hasilnya ia memang menurunkan bil elektrik rumah saya. Kebiasaanya bil elektrik sekitar RM250+ (selepas tukar meter baru), selepas penggunaan penjimat elektrik, kini bil sekitar RM175-RM185 setiap bulan.

Jadi ada penurunan sedikit, cuma kelemahannya ia perlu dipasang pada plug yang berdekatan dan secara terus dengan fius elektrik di rumah. Jika jauh, ia akan meningkatkan lagi bil elektrik. Jadi kena tambah plug yang dekat dengan fius jika tiada. Dirumah saya mengunakan 2 unit penjimat elektrik sekarang ini.

Memang elektrik masih tinggi lagi selepas meter ditukar kepada meter digital. Semasa ia mengunakan meter analog, bil elektrik hanya dibawah RM100 setiap bulan. Jadi agak terkesan apabila tarif elektrik dinaikkan lagi baru baru ini. Jadi kena tambah pendapatan lagi. Faktor lain elektrik tinggi di rumah disebabkan terdapat banyak alat elektrik di rumah dan rumah juga bersambung dengan bengkel bakeri yang mengunakan bekalan elektrik yang sama.

Bila la nak turun lagi elektrik ni ya? ( Berangan jela, sebab takkan berlaku di Malaysia kita ni).. 😛

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara perlahankan meter elektrik
  • ayat lawak
  • adjust meter elektrik rumah
  • alat elektrik di sihir
  • kerimo tipu
  • kaedah menurunkan bil elektrik
  • cara rosakkan meter air
  • cara perlahankan meter air
  • cara melambatkan meter elektrik
  • penjimat meter eletrik
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. Abdullah November 18, 2014
  2. sham November 18, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!