Tips Membeli Iklan Di Internet


Tips Membeli Iklan Di Internet

Bagi mereka yang ingin membeli iklan di internet tidak kira Pay Per Click ataupun media buying. Pastikan ia adalah berkenaan dengan niche atau target market anda. Jangan membeli membuta tuli. Walaupun sesebuah laman web berkenaan mempunyai pelawat yang ramai. Ia bukan bermakna ia akan convert dan menghasilkan jualan.

 

Pastikan Ia Targetted!

Apa yang dimaksudkan targetted ialah membeli iklan pada laman web kumpulan sasaran. Contohnya anda ingin menjual produk berkenaan wanita. pastikan anda membeli di laman web yang mempunyai ramai kaum wanita yang melawati laman web berkenaan. Dengan ini, ia lebih dekat dengan jiwa wanita. Jadi ini akan memudahkan pelawat tersebut menjadi pelanggan anda.

Pilih Platform Terbaik dan Lihat Kemampuan Untuk Berbelanja

Dalam pemilihan membeli iklan. Pastikan platform yang digunakan adalah sesuai dan di dalam kemampuan kita. Membeli iklan adalah satu perbelanjaan hangus. Anda mungkin mengalami kerugian jika membeli iklan di tempat yang salah.

Jangan terlalu teruja melihat statistik pelawat laman web berkenaan. Ia mungkin tidak membawa sebarang keuntungan kepada anda. Sebagai contoh, laman web Harakah Daily mungkin adalah satu laman web yang mempunyai trafik yang tinggi. Ia tidak bermakna ia sesuai untuk semua jenis produk. Anda perlu tahu apakah demografi pelawat laman web berkenaan. Rata rata pelawatnya adalah lelaki. Jadi produk yang berkenaan dengan lelaki lebih sesuai.

Kedudukan Iklan

Kedudukan iklan juga memainkan peranan. Jangan membeli jika ia menawarkan kedudukan yang tidak sesuai atau terlalu kecil. Contohnya iklan banner, jika banner tersebut terletak di bahagian bawah atau terlalu banyak banner. Elakkan sahaja. Pelawat biasanya inginkan maklumat. Jika ada ruangan yang mempunyai banyak iklan, ia akan dielakkan oleh pelawat.

Orang inginkan maklumat. Bukan melihat iklan.

Banner Animasi atau Statik?

Ada yang bertanya, apakah banner yang terbaik. Banner beranimasi, yang bergerak gerak atau banner statik iaitu banner yang mempunyai ayat statik. Hasil daripada pemerhatian saya, jika terlalu banyak animasi. Pelawat tidak akan klik iklan banner tersebut. Memadai banner yang mempunyai animasi yang ringkas. Malah banner tanpa animasi pun boleh memberikan kesan yang cukup baik.

Di blog ini, saya ada gunakan banner statik. Ia menjana klik yang lebih banyak berbanding banner yang mempunyai animasi. Ia nampak lebih natural tanpa animasi yang berkelip kelip yang boleh menghilang fokus pelawat.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. Jamal April 17, 2012
  2. sham April 17, 2012
  3. Jamal April 17, 2012
  4. proffads January 4, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.