Tok Mun Bertanding Dalam Pilihanraya Lagi


Saya pernah menulis tentang Tok Mun ini ketika pilihanraya ke 13 lepas.Dalam Utusan hari ni,beliau berhasrat untuk bertanding lagi.Bagi saya, baik jangan lagi sebab beliau terpaksa merayu untuk mendapatkan dana bagi membayar deposit.

Itu belum masuk belanja sepanjang kempen.Deposit adalah RM10,000. Sebelum ni, beliau telah habiskan RM20,000 simpanan beliau untuk bertanding. Keinginan beliau untuk mengasaskan ‘Tanah Melayu Parti Beragama Islam’.Sekarang ini, Tanah Melayu dah menjadi Malaysia.

Tapi jika ada yang nak sponsor tu, tak kisah la. Susah nak menang kalo nak lawan Pas & BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu tu. Saya tak mengundi sebab saya bukan berada dalam Parlimen Kuala Terengganu. Saya berada dalam Parlimen Marang.

Kita akan mengikuti perkembangan ini lagi nanti. Pilihanraya kecil adalah pada 17hb Januari tahun depan. Nampaknya meriah la pada kat sana nanti. Harap tak banjir @ ujan lagi masa tu walaupun ia masih dalam musim tengkujuh lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.