Trajedi Pasar Ramadhan

Saya baru je balik dari pasar ramadhan kat Simpang, Taiping. Hujan lebat sungguh tadi.Saya datang masa ujan tak berapa lebat & parking la kat tepi jalan. Pastu jalan jalan la kat pasar tu. Ujan turun dengan lebat. Tak sedar keta yang parking kat tepi jalan dah naik air.

Huhuhu.. “Alamak,keta kelisa aku dah nak tenggelam tayar depan”. Orang meniaga kat situ dah bising bising keta kelisa nak tenggelam. Tinggal kelisa tu je lagi kat situ. Tak tau la pulak kat situ “banjir” kalo ujan lebat. Saya pun apa lagi, berenang menharung la air kat betis tu.

Kat depan keta, ada longkang. Tak nampak dah tenggelam dek air.

Saya pun cepat cepat masuk dalam keta..

fuh nasib baik tak masuk dalam keta…

Lepas tu start keta.. “idup lagi kelisa aku ni”..

Bila nak reverse, tak gerak ke belakang tapi makin ke depan..terus tarik hand brake..

Pastu saya reverse la slow slow, mata orang memandang semakin ramai..

saya buat dono je..

Kipas enjin dah mcm kipas bot dah..tersembur sembur air..huhuhu

Akhirnya dapat kuar dari air.. terus balik umah..tak jadi dah singgah nak beli air kelapa kat tepi jalan yang isteri saya pesan.. Tak yah minum air kelapa la..

Air tea suam cukup la berbuka nanti..

Oh.. trajedi pasar ramadhan.. kelisa ku hampir tenggelam kerana terlalu asyik beli makanan berbuka. Nasib baik tak balik jalan kaki.huhuhu

Ni la agaknya Taiping, bandar ujan lebat & paling lembap di malaysia.

Lepas ni nak parking, cari tempat tinggi tinggi skit..

Hp takde kamera..kalo tak, dah masuk dalam blog ni dah macamana kelisa hampir lemas air..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 2

  1. nadzal September 26, 2008
  2. tunepal October 11, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.