Ulasan Episod Ketiga The Apprentice Asia

Saya telah di”sound” kerana tidak menulis review episod ketiga..Maafkan saya, bukan terlupa. Cuma agak sibuk dengan beberapa kerja yang tertangguh. Untuk episod 3 ini saya tengok 2 kali. Dalam episod ini, agak beberapa kejutan antaranya ialah pengunduran Dressadee daripada  Thailand. Beliau merasakan situasi persaingan dalam  The Apprentice tidak sesuai dengan personaliti beliau. Terlalu banyak main tikam belakang. Komen daripada Tony Fernandes, ” ia adalah perkara biasa dalam perniagaan. Malah kita akan berjumpa apa yang lebih teruk.”

Sekarang ada beberapa isu tentang Air Asia tentang kaedah mereka menguruskan pelanggan mereka. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Tony Fernandes. Adakalanya pekak kan telinga je dan hidup diteruskan. Follow the book la katakan.heheheh

Kembali kepada review Episod Ketiga The Apprentice Asia..

Dalam episod ketiga, mereka ditugaskan untuk membuat rundingan perniagaan. Kumpulan yang paling berjaya membuat jualan akan menang. Mereka perlu memilih 3 jenis produk keluaran Taiwan untuk dipersembahkan kepada bakal pembeli mereka. Dalam episod ini, mereka perlu membuat persembahan kepada Giant dan juga SOGO.

Pada awal episod, Tony telah meminta Andrea berpindah ke kumpulan Mavericks dan menjadi Project Manager. Manakala pasukan Apex, Celina menjadi project manager. Bagi memilih produk, Mark mengunakan kaedah balingan syiling untuk ketua kumpulan memilih produk.

Celina memilih basikal lipat warna oren, kamera dan juga power bank.. Kalau ikutkan ia mudah untuk dijual. Manakala pasukan Mavericks, memilih basikal lipat warna putih, periuk nasi dan juga projektor. Kedua dua kumpulan ini telah memecahkan kumpulan mereka kepada 2 pasukan kecil, satu untuk fokus kepada  peruncit kecil dan satu kepada oganisasi besar.

Dalam meeting perancangan pemasaran mereka, pasukan APex kelihatan tenang berikutan ketiadaan Andrea. Di Mavericks pula, mereka menolak cadangan Sam tentang strategi harga dan juga diskaun yang diberikan kepada pelanggan mereka.

Pada persembahan Mavericks kepada Giant, prestasi mereka sangat buruk. Pihak Giant, langsung tidak membuat sebarang tempahan. Tony agak terkejut sehinggakan bertanya beberapa kali kepada Kathleen ketika board meeting. Ia berikutan kesilapan strategi harga. Mereka hanya berikan diskaun 10% sahaja dan tidak berganjak dengan keputusan diskaun tersebut. Namun, mereka bangkit pada persembahan kedua kepada SOGO. Mereka membuat research tentang SOGO yang akan melancarkan kedai online mereka dan membuatkan SOGO menempah barangan lebih RM900ribu.

Bagi Apex, persembahan mereka agak bagus. Mereka berjaya menjual keseluruhan lebih RM1juta keseluruhan. Namun, mereka kalah RM80ribu berbanding pasukan Mavericks. Jualan yang dihasilkan oleh Mavericks hanya daripada SOGO dan juga peruncit kecil- kecilan. Bagi Apex, mereka mendapat jualan daripada ketiga-tiga segment iaitu peruncit kecil kecilan, SOGO dan GIANT. Namun ia tidak cukup untuk menang.

Kesilapan utama APex adalah pemilihan produk. Mereka memilih produk yang berharga rendah iaitu kamera dan juga powerbank. Ia memang mudah untuk dijual, namun biasanya retailer tidak akan membeli stok yang banyak kerana teknologi berubah dengan cepat. Pelanggan tidak akan beli barangan yang outdated. Jadi mereka akan membeli produk berkenaan pada kadar yang boleh mereka jual dengan cepat.

Berbeza dengan Mavericks yang memilih projektor dan juga periuk nasi. Produk ini mempunyai “life cyle” yang lebih panjang. Orang akan tetap beli periuk nasi. Perkembangan teknologi projektor juga tidak sepantas kamera. Jadi ia lebih mudah dijual oleh peruncit. Bagi basikal, kedua dua pasukan ada basikal ini. Jadi effort ini adalah biasa.

Prestasi peserta Malaysia? Prestasi mereka agak kurang memberangsangkan. Mereka tidak mengeksloitasi kelebihan beraksi di negara sendiri. Mereka boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia bila menjual, namun mereka mengunakan bahasa inggeris. Pastinya menyukarkan dalam proses presentation. Mereka sepatutnya faham budaya membeli di Malaysia. Nik daripada APex, saya lihat cukup lemah. Kalau Apex kalah lagi, beliau mungkin akan dipecat kerana tidak cukup tegas.  Malah alasanya baru tinggal di KL 3 tahun,sebab tidak tahu jalan di KL adalah tidak patut. Takkan ke ulang alik ke pejabat-rumah je.

Peserta terbaik saya lihat dalam episod ini adalah ALEX. Beliau menjalan tugas dengan cukup berkesan. Malah kaedah closingnya juga cukup memukau. Alex adalah antara faktor Mavericks menang dalam cabaran kali ini. Malah beliau juga pandai menenangkan kegugupan Andrea dikalangan peserta lelaki. Memang seorang yang gentlemen. Saya rasanya, beliau akan menjadi The Apprentice Asia yang pertama jika mengekalkan momentum ini.

Esok akan ada episod 4.. nantikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • komen mengenai apprentice asia

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.