Hari ini terdapat satu lagi email phising yang kononya daripada Maybank2u. Memang semakin galak “Nigerian Scammer” sekarang ni. Jika dilaut, lanun dari Somalia. Tetapi di internet, ia dari negeria. Ia juga mungkin dari orang nigeria yang berada di Malaysia. Sebab itulah mereka focus untuk menipu penguna …
Kerajaan baru (pening dengan keadaan di perak) negeri Perak hari ini telah mengeluarkan borang untuk tender bagi memiliki kenderaan Toyota Camry yang dibeli ketika pemerintahan Pakatan Rakyat. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, …
Pada tahun 2006, saya telah menulis satu laporan “Internet Scam: Penipuan Internet Yang Perlu Anda Tahu”. Ia mendapat feedback yang perbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Ada yang berterima kasih, ada juga yang membalas dengan makian kerana tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis. Kebanyakan yang memaki …
Tahukah anda bahawa anda boleh menganalisa tarikh lahir anda? Anda boleh mengetahui kelemahan dan kekuatan anda menerusi analisa tarikh lahir anda. Saya lahir pada 6.05.1983. Ini adalah analisa tarikh lahir saya.. Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. …
Semakin hari semakin banyak pulak email phising email ni. Ini adalah yang terbaru. Yang lain saya telah dedahkan sebelum ini. Harap tiada yang tertipu lagi lepas ni ye. Ini adalah email phising terbaru Maybank2u yang mengatakan akaun Maybank2u telah ditahan/ block. Mereka telah menghantar email meminta …
PM Baru Malaysia, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. Tengok tengok MECD atau Kementerian Usahawan dan Koperasi dimansuhkan. Terkejut jugak kerana dibawah MECD banyak sumbangan yang telah dilakukan untuk membantu usahawan bumiputera seperti MARA,MDEC dan sebagainya. Antara lain yang saya rasa banyak membantu meningkatkan …
Saya pasti ramai yang tertunggu tunggu keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Air ini. Saya pun. Saya nak tau adakah DS Najib menjadi PM ke 6 dan juga kembalinya TUn Mahathir ke dalam UMNO dalam mempengaruhi keputusan pengundi. Peratus pengundi yang …
Keadaan di pilihanraya di “2 Bukit, satu batang” semakin panas. Saya memang ternanti nanti keputusan pilihanraya esok. Kemudian teguran Mufti Perak berkenaan tindakan ahli politik bukan islam mentafsir al quran. Ada yang mempertikaikan tindakan Mufti Perak ini. Kenapa? Bagi saya yang ilmu agama yang tidak seberapa …
Pada akhbar harian Metro, akhirnya seorang pelajar dari Nigeria dipenjara 16 bulan kerana menipu menerusi email. Makhluk perosak ini telah membuat penipuan yang kononnya penerima email telah menerima loteri USD1 juta dari Microsoft. Ini keratan artikel utusan malaysia tersebut: KUALA LUMPUR 24 Mac – Seorang wanita …
Saya berjaya mengesan satu kaedah baru scammer untuk menarik minat “mangsa” mereka yang kesempitan wang. Saya nampak ia lebih kepada pengubahan wang haram dimana mereka menawarkan sesiapa sahaja untuk menjadi ejen menerima wang dari untuk mereka. Ia sebenarnya adalah kaedah untuk cuci wang haram dengan memasukkan …
Tadi sempat merayau ke dalam panggung wayang untuk menonton filem yang saya nantikan sejak sekian lama, DragonBall Evolution. Saya merupakan colector Dragonball, saya kumpul semua komik & CD anime Dragonball. Filem Dragonball? Rasanya perlu dinilai balik kalau nak kumpul. Ia bukan seperti yang saya jangkakan. Awek …
Semalam saya meluangkan masa untuk menulis satu laporan percuma khas untuk mereka yang inginkan menambah pendapatan mereka menerusi blog. Tapi pastikan ianya blog dot com, bukannya blog percuma seperti blogspot dan sebagainya. Download Laporan Percuma Ecover saya hasilkan sebelum tidur pada pukul 3 pagi. Jadi saya …
Sedar tak sedar, pada hari ini Shamsuriyadi.com berusia setahun. Dalam setahun jagung ini, banyak yang telah dicapai untuk dibawa ke tahun kedua. Blog ini sebenarnya mula ditulias pada 7hb Mac 2008,iaitu pada hari pilihanraya ke 12 tahun lepas. Ketika itu saya pulang ke Terengganu untuk mengundi.Sambil …
Dalam ruangan Macam Macam hari ini ada satu berita yang mencuit hati saya. Ia berkenaan seorang wanita yang mahu membuang kutu membasuh rambutnya dengan gasolin (minyak tanah). Kebetulan ia berada berdekatan dengan pemanas.Apa lagi terbakar la rambut. Ni artikelnya : EVANSVILLE: Seorang wanita yang tenggelam punca …
Ok.Ini adalah email phising terbaru yang berjaya dikesan. Kali ini mereka gunakan email berwarna kuning yang nampak seolah olah daripada Maybank. Ia sebenarnya tidak.Maybank tidak akan email kepada anda untuk kemaskini akaun apatah lagi meminta anda berikan nombor TAC. Anda boleh lihat email ini di bawah: …
Semalam saya tergelak besar bila tengok berita sidang tergempar ADUN Perak dilakukan bawah pokok. Terus terang ia mengimbas kembali cerita P Ramlee iaitu Laksamana Do Re Mi dimana pemerintah yang terbuang bersidang dibawah pokok. Semuanya angkara Menteri Pasola (BN ke?). Dalam filem P Ramlee ia hanyalah …