Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar
Berita

Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar

sham 13 Comments

Akhirnya produk pertama saya bagi tahun 2012 telah siap. Ianya adalah hasil eksperimen yang dilakukan sebelum ini untuk menjadi seorang penulis dalam pelbagai tempat dan kaedah. Bermula dengan penulisan ebook, kemudian menukarnya kepada penulisan di akhbar dan terbaru dalam bentuk buku.

Buat duit dengan menulis

Anda boleh dapatkan Video Buat Duit Dengan Menulis sekarang kerana ia telah dimulakan penjualannya. Ia adalah satu perkongsian saya terhadap hasil eksperimentasi saya sebelum ini.

Buku kedua saya juga bakal diterbitkan pada awal Februari nanti. Ia merupakan percubaan saya untuk menceburi segala genap ruang bidang penulisan yang ada. Ia merupakan satu perkara yang cukup mencabar bagi saya. Namun, ia telah diharungi dengan agak berjaya.

Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar

Ia merupakan sesuatu yang asing pada saya pada mulanya. Sebenarnya saya tak menyangka sebenarnya ada peluang untuk orang biasa biasa untuk menulis di akhbar ini. Dengan panduan daripada  Tuan Zamri Mohamad, saya mula menghantar artikel artikel ke akhbar. Kadar ia diterima juga sangat tinggi iaitu 90% artikel yang dihantar diterima dan disiarkan.

Selebihnya ia ditolak, mungkin kandungan yang dirasakan tidak sesuai kot. Sebab antara artikel yang ditolak adalah berkenaan saya menghentam  sebuah bank kerana membiarkan orang lain mengunakan nama domain yang hampir sama dengannya untuk menganjurkan skim cepat kaya. Hohohoho.

Boleh Buat Duit Dengan Menulis di Akhbar?

Oh..sudah tentu. Terdapat ruang untuk anda menyumbang kandungan untuk disiarkan di akhbar.

Perlu kelulusan akademik?

Tidak sama sekali. Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang penulis bebas dan menikmati pendapatan tambahan hasil daripada menulis di akhbar dan majalah.

Anda boleh lihat jika di akhbar, ia ditulis oleh penulis bebas. Nama penulis sahaja akan disertakan pada artikel yang disiarkan. Jika ianya ditulis oleh sidang redaksi akhbar, akan ada emel selepas nama penulis. Anda boleh memerhatinya di akhbar pilihan anda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya.

Ruangan Manakah Yang boleh diterokai?

Banyak sebenarnya. Antara ruangan yang mudah ialah ruangan rencana. Anda juga boleh menulis review buku, filem, dan artikel berkenaan dengan agama seperti sejarah. Anda perlu membuat pemerhatian dengan kandungan akhbar yang ada.

Jumlah patah perkataan? Susah nak cakap sebab perlu mengiranya sendiri. Biasanya untuk rencana pendek, ia hampir 2 muka surat pada Microsoft Word. Kalau malas mengira, anda boleh akhbar online kemudian copy and paste artikel yang disiarkan pada ruangan sasaran anda.

Jadi anda boleh menulis pada berdasarkan jumlah patah perkataan tersebut.

Berapakah kadar yang dibayar?

Ia bergantung kepada akhbar. Biasanya ialah diantara RM50 sehingga RM200 per artikel yang disiarkan. Banyak kan? Jadi jika anda artikel anda tersiar setiap hari, banyak juga tu. Silap hari bulan ia boleh melebihi gaji yang anda. Sebab itulah ada orang yang menjadikan penulisan sebagai kerja tetap mereka.

Semua ini didedahkan dalam Video Buat duit dengan Menulis . Ia mengandungi 23 Video yang menerangkan bagaimana untuk anda menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu cara untuk meningkat pendapatan anda. Kini anda  tiada alasan untuk tidak membuat duit dengan menulis di akhbar.

Artikel Berkaitan
  • Google Adsense di Harian Metro
    Nampaknya kumpulan NSTP semakin banyak mengunakan iklan Google Adsense jika tiada pengiklan menempah...
  • Penulis Blog Upahan Untuk Blog Politik?
    Saya terbaca dalam akhbar berita harian yang menyarankan SKMM memantau blog upahan oleh parti politi...
  • Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI
    Dah lama saya tak menulis ebook percuma. Semalam tergerak hati untuk menulis satu ebook percuma yang...
  • Wajar ke dedah kelemahan Melayu?
  • Buat Duit Amazon Secara Malas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • buat duit dengan menulis artikel
  • https://www shamsuriyadi com/berita/buat-duit-dengan-menulis-di-akhbar/
Post Views: 1,714
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:bagaimana menulis di akhbar Buat Duit Dengan Menulis Di Akhbar hantar artikel ke akhbar menulis akhbar menulis di akhbar

Related Articles

Segmen Blogger di RTM1
RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. …

Segmen Blogger di RTM1

Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. …

Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook

13 Comments

  1. Afiffuddin

    Wah.. ada produk baru. Terbaik! 🙂

  2. sham

    tak fully launch lagi tuan. Kurang sihat. Tunggu sales letter baru siap untuk relaunch balik. Saya hanya umumkan pelancaran di FB sahaja.

  3. zuki

    menarik ni… sya suka menulis…:)

  4. paklong

    adakah video dalam bentuk dvd atau video download

  5. sham

    dua dua…ada cd dan juga versi download.

  6. ahmad yumni abu bakar

    Assalamualaikum wrt….saya Ahmad Yumni Abu Bakar pensyarah Acis uitM kEDAH……Saya ingin menulis mengenai liberalisme dan pluralisme agama…

    sekian terima kasih

  7. ahmad yumni abu bakar

    lihat buku saya yang bertajuk menjawab Islam Liberal Pendedahan Agenda Jaringan Islam Liberal dan sisters in islam

  8. Muhammad Mustakiim Bin Hamidun

    bagaimana mahu menghantar penulisan kpd akhbar? saya mahu hantar penulisan saya berkaitan lawatan ssaya ke takengon acheh indonesia boleh ke?

  9. sham

    Emel sahaja kepada editor akhbar yang berkenaan. Cari emel kat akhbar.

  10. Nurul

    Assalamualaikum.. Nak tanya. Mcm mana ya mereka buat byran kepada penulis?adakah sblm mnghantr artikel trsebut, kite sptutnya memberitahu kpd pihak akhbar ttg kita? Kena minta prstujuan kpd mreka ye utk mmbri artikel? Ataupun hantr shj artikel trsebut ke email mreka?

  11. sham

    Emel sahaja. Hanya ruangan rencana sahaja yang dibayar.

  12. Muhammad zulqarnain Razali

    semasa menghantar emel ke editor, perlu sertakan apa-apa tak? maklumat diri atau sebagainya?

  13. Nory

    Baru tahu boleh buat duit. Masa belajar dulu pernah publish article. 2@3 kali je la

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

petai menangis

Petai Menangis Rupanya Kencing Reriang

Sejak 2,3 hari ini dalam akhbar agak kecoh tentang pokok petai yang dikatakan aj…

Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta

Nampaknya mawi dah nak kawin dah. 20 Disember 2008. Pertengahan cuti sekolah,sen…

Ebook Seni Adwords Dilancarkan

Akhirnya setelah mengumpul data dan tertangguh hampir setahun, akhirnya Ebook Se…