Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah
Berita

Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah

sham No Comments

Disaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang cuba mencari jalan bagaimana untuk mengantikan pendapatan yang hilang akibat PKP ini.Bagaimana cara untuk buat duit tanpa perlu menjual apa apa. Semua orang tengah risau dan menyimpan duit incase tempoh PKP dilanjutkan. Jadi kurang berbelanja untuk barangan tidak perlu. Buat duit online merupakan salah satu cara menambah pendapatan secara pasif.

Mereka yang menjual hand sanitizer dan mask pula buat duit kaw-kaw sebab ada rakan yang menjualnya habis stok dalam masa beberapa minit sahaja. Kini ada yang menjual mask yang sebelum ini berharga RM8.00 sekotak menjadi RM250 sekotak dengan 50 helai mask.

Berikutan kekurangan mask atau topeng mulut dan hidung ini, kerajaan membenarkan import produk ini walaupun sebelum ini kerajaan mengatakan stok adalah cukup. Namun segenap farmasi tidak dalam stok sudah agak lama.  Harga syiling bagi mask juga dah dinaikkan kepada RM100 sekotak berikutan kekurangan facemask.

Face mask dan hand sanitizer kini menjadi satu keperluan penting. Tetapi mampu ke kalau nak beli facemask sekotak pada harga RM250? Ini cukup untuk beli keperluan makanan untuk 2 minggu tempoh PKP. Harap Covid 19 ini segera dapat dibendung. Belajar apa yang berlaku di negara lain seperti kejayaan China mengawal pandemik ini dan kegagalan iran dan Italy dalam membendung wabak ini.

Kegagalan berpunca daripada sikap tidak peduli rakyat mereka kini memakan diri. Ramai yang menjadi korban Covid 19 ini. Keadaan kini masih belum terkawal. Di Malaysia sendiri berlaku kes baru ratusan kes setiap hari. Ia merupakan satu perkara yang membimbangkan.

Duit semakin takde dan mungkin ramai yang sudah kehabisan duit untuk membeli barangan keperluan terutamanya peniaga kecil dan penjaja yang mengharapkan hasil jualan mereka untuk menampung keluarga.

Bagi mereka yang buat duit online akan berkata, apa susah. Jual la barang online! Tapi mereka tak cerita, tanpa kajian teliti. Produk yang dijual mungkin tak laku pun. Kalau jual face mask dan hand sanitizer memang laku la sekarang tapi kat mana nak dapatkan stok?

Sebenarnya ada jalan lain yang kita boleh buat duit secara online tanpa perlu menjual apa apa. Ia adalah program Google Adsense. Ia program daripada Google. Youtube juga adalah salah satu daripada program ini. Sebab itulah ramai Youtuber muncul. Ia adalah program perkongsian pendapatan pengiklanan Google.

buat duit online

Income mereka ini tidak terjejas dan mungkin meningkat mendadak kerana peningkatan penonton video mereka kerana ada banyak masa di rumah kerana PKP. Lebih banyak view pada video mereka, lebih banyak income mereka perolehi.

Sebabnya mudah, ada iklan akan muncul dalam video mereka. Mereka akan mendapat bayaran daripada iklan berkenaan. Ya. Tak perlu menjual apa apa pun.

Mereka buat video yang disukai ramai orang. Kemudian duit masuk dalam matawang USD ke dalam akaun bank mereka. Tak mustahil income mereka mencecah ratusan ribu ringgit, malah ada publisher Google Adsense ini memperoleh jutaan dollar hasil daripada kerja  video mereka.

Selain itu, artikel yang ditulis juga boleh memberikan hasil pendapatan daripada program yang sama. Samada ada menulis atau menghasilkan video, kedua duanya akan mengunakan program yang sama iaitu Google Adsense.

Namun, kunci utama program ini adalah pelawat. Jika ramai yang melawat blog mereka atau menonton video mereka, maka besar lah pendapatan mereka.

Tapi buat duit cara ini bukan senang juga tetapi ia berbaloi untuk jangka masa yang panjang. Bukan senang nak menulis artikel yang jadi viral. Bukan senang nak hasilkan video yang viral. Namun, ia tidak mustahil kalau anda nak belajar dan berusaha dengan bersungguh sungguh.

Inilah yang saya ceritakan dalam ebook Panduan Raja Adsense. Ebook ini saya hasilkan pada tahun 2006, kini sudah lebih 14 tahun dipasaran. Konsepnya tetap sama. Ia menjalani beberapa kali kemaskini.

Ini bukan kerja duduk diam buat duit. Buat duit online bukan begitu. Anda tetap perlukan ilmu untuk menghasilkan duit dengan konsisten. Ramai yang putus asa kerana hasilnya yang cukup lambat. Namun setelah anda mendapat komitmen, ia menjadi mudah kalau tau strategi penarik pelawat.

Jadi melaburkan dalam mendapatkan ilmu. Sepanjang tempoh PKP ini, gunakan masa ini untuk menimba pengalaman dan merancang untuk buat apa. Jika anda blur tentang bagaimana nak buat duit cara ini, boleh dapatkan Panduan Raja Adsense.

Anda modul blogging dan juga Youtuber. Boleh pilih kaedah mana yang sesuai untuk anda. Sekarang kita perlukan multiple income untuk survive dunia sekarang. Andainya pandemik seperti Covid 19 ini muncul, ramai orang kehilangan pendapatan. Dengan ada pendapatan lain, ia akan dapat membantu menampung sedikit sebanyak pendapatan anda yang hilang.

Klik Sini Untuk Dapatkan Panduan Raja Adsense

Masih belum terlambat nak mula sebab penguna internet cukup banyak. Nak market lebih besar, boleh buat kandungan bahasa Inggeris. Kalau tak reti, kandungan Bahasa Melayu pun boleh sebab ada 4 negara yang memahami Bahasa Melayu – malaysia, brunei, singapura dan indonesia. Ini pun sudah ratusan juta penguna internet.

Ada banyak pilihan niche yang boleh anda cuba seperti resepi, tips, info , kerjaya dan banyak lagi. Sebabnya orang sentiasa mencari resepi untuk memasak, tips kehidupan, maklumat tentang sesuatu perkara dan orang sentiasa cari kerja sebab graduan keluar stiap tahun. Ianya berterusan.

Jadi anda sudah ada idea untuk mulakan perjalanan anda dengan Google Adsense. Saya tidak janjikan bulan dan bintang. Jika anda serius dan fokus pasti anda akan berjaya. Semua ditangan anda.

Internet sudah anda. Peralatan untuk merakam video sudah ada (telefon bimbit anda), komputer ada. Sekarang hanya tunggu anda bertindak untuk belajar dan bermula.

Sekarang mulakan misi anda untuk menambah pendapatan anda. Ia mengambil masa, namun hasilnya kelak pasti akan berbaloi kerana ada daripada pelanggan ebook panduan raja adsense yang berjaya membeli kereta idaman mereka.

Mereka pandai mengambil peluang untuk menambah pendapatan mereka. Setiap bulan mereka menerima “gaji” mereka daripada Google. Siapa nak bagi kan?

Bila time sesak sesak seperti PKP ini, duit ini pasti menjadi penyelamat anda. Ada yang menjadikan digita marketer ini sebagai satu pekerjaan tetap mereka.

Mereka tak perlu menjual apa apa. Kita pun tahu betapa susahnya nak menjual. Namun mereka tetap memperolehi pendapatan walaupun tidak menjual apa apa. Apa yang dilakukan ialah eksploitasi informasi menjadi satu senjata mendapatkan pelawat yang banyak dan berterusan.

Buat duit online tanpa perlu menjual bukan satu mitos. Cuma nak tak nak je bertindak dan belajar untuk melakukannya.

Kita dizaman informasi. Ia menjadi satu senjata atau peralatan terbaik untuk menghasilkan pendapatan menerusi internet. Dengan maklumat yang ada, ia mampu mengubah hidup anda. Tidak kisahlah kemelesetan apa yang muncul, pasti anda boleh hadapinya dengan tenang dengan aset digital anda  ini.

Artikel Berkaitan
  • Tak Perlu RM50,000 untuk mulakan Perniagaan Internet!
    Pada pukul 11 pagi tadi, Team Saifulsham telah melancarkan ebook mereka yang pertama. Ia dinamakan S...
  • Panduan Paypal: Mengeluarkan Duit Dengan Debit Kad
    Dah lama saya tak buat ebook percuma. Tadi saya mengambil masa 1 jam untuk menulis satu lagi ebook p...
  • Cara Jadi Kaya Tanpa Menang Loteri
    Hebat betul tajuk ebook ini. Ia merupakan ebook Team Penang yang digunakan untuk jualan amal. Anda b...
  • Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga
  • Cari Duit dan Buat Duit Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 24
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat duit dengan adsense buat duit dengan google adsense buat duit online buat duit tanpa menjual cara buat duit online duit mudah di internet duit online google adsense tambah pendapatan

Related Articles

Debat Anuar Ibrahim & Shabery
Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat …

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Pemilihan UMNO Semakin Hangat
Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan …

Pemilihan UMNO Semakin Hangat

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI

Dah lama saya tak menulis ebook percuma. Semalam tergerak hati untuk menulis sat…

Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Topik hari ini berkaitan dengan peluang unt…

Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video

Anda Ingin Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video? Berada di halaman pertama …