Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia
Berita

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

sham 1 Comment

Bagi peminat sukan, nama Datuk Hasbullah Awang bukanlah seorang yang asing. Dengan suara yang garau yang memikat dan beraura. Setiap ulasannya membuatkan ramai orang teruja ketika berlangsungnya siaran langsung acara sukan terutamanya bola sepak.

datuk hasbullah awang meninggal

Kredit: Bharian.com.my

Berikut adalah keratan artkel mengenai berita ini.

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

Sumber: Bharian.com.my

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pastinya suara Allahyarham akan terus diingat oleh semua peminat sukan tanahair. Yang hidup pasti akan mati. Yang menentukannya ialah masa dan bila ia akan terjadi.

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang. Semoga tabah bagi menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Artikel Berkaitan
  • Takziah Buat Keluarga Taqiyudin
    Hari saya agak terkejut apabila mengetahui salah seorang sahabat IM yang meninggal dunia di WangCybe...
  • Abam Bocey Meninggal Dunia, Anak Baru 5 Bulan
    Berita yang cukup mengejutkan diterima pagi ini, Abam Bocey meninggal dunia. Arwah merupakan antara ...
  • Himpunan RUU 355
    Himpunan RUU 355 adalah perhimpunan aman bagi menyokong cadangan memperkasakan rang undang-undang sy...
  • Senarai Kabinet Kerajaan 2013
  • Panduan Untuk Menerbitkan Buku Sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 13
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:datuk hasbullah awang meninggal dunia hasbullah awang hasbullah awang meninggal

Related Articles

Gambar ini adalah daripada kamera saya. Saya sedang menunggu gambar …

Sedikit Gambar Kahwin 1

pos laju prabayar
Pos Laju Prabayar Pos Malaysia telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu …

Harga Pos Laju Prabayar

One Response

  1. Noriza Rahman

    Dah kehilangan seorang pengulas sukan yang dikagumi..lepas ni tinggal Datuk Rahim Razali la…

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

[Wajib Baca]- Panduan Peperiksaan Pegawai Akauntan W41

Panduan Peperiksaan Pegawai Akauntan W41 Pada 6hb Mei 2014,  calon peperiksaan P…

Baca Ebook Seperti Anda Membaca Buku

Bagi mereka yang bosan dan tertekan membaca ebook pdf dengan skrol ke bawah. Kin…

PRU 12: 685 Undi Untuk Tok Maimun

Saya terkejut apabila Tok Maimun berjaya mendapat lebih dari 500 undi. Saya hany…