Pagi tadi saya telah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi hantu yang sah. Saya mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2005. Pada pilihanraya pada 2004, saya baru sahaja memasuki umur 21 tahun. Jadi tak dapat la mengundi ketika itu. Jadi hari ini merupakan kali pertama saya mengundi!
Tadi terdapat satu insiden di mana penyokong parti Islam membelasah seorang yang didakwa sebagai pengundi hantu. Ganas betul diorang. Bukan nak kutuk ke apa. Belasah orang tanpa usul periksa. Jika ianya terjadi kepada kita sendiri macamana? Kena belasah tak tentu pasal. Mesti marah & bengang bukan?
Rupanya orang tersebut baru sahaja mengundi di Adun Kuala Terengganu, kemudian beliau tolong hantarkan seorang kawannya yang mengundi di Bukit Payung bersama keluarganya. Apa yang saya kesalkan ada kanak kanak dalam kereta tersebut. Saya pasti budak tu pasti fobia tentang bila naik kereta lepas ni. Mereka membelasah lelaki tak bersalah ni tanpa usul periksa. Itu bukan perangai orang Islam. Kita tidak boleh menghukum seseorang jika belum terbukti bersalah. Ini hukum dulu baru nak periksa.
Kenapa di takutkan pengundi hantu? Takkan anda semua tidak kenal orang kampung sendiri yang keluar mengundi? Terlalu banyak persoalan yang menjadi tanda tanya tentang dakwaan tersebut. Dah la bas siswa&siswi yang balik mengundi pun ditahan dan dipecahkan cermin. Jika ada dikalangan mereka adalah penyokong parti terlibat? Macamana? Parti tersebut pasti kehilangan undi dari siswa&siswi tersebut.
Keganasan bukanlah budaya orang Islam. Apa yang ditunjukkan oleh segologan penyokong parti Islam ini bertindak diluar batasan agama. Tindakan mereka seolah olah menunjukkan bahawa agama Islam ni ganas. Ini apa saya kesalkan bila tengok apa yang terjadi tadi dan semalam. Semua kejadian ini hanya berhampiran dengan rumah saya.
Kejadian pemandu lori Peladang yang dibelasah kerana lori yang dipandunya tidak sengaja tersangkut dengan kepala lori yang berada di atas lori. Jika difikirkan akal yang logik,ia memang akan tersangkut la kalo digantung rendah sedangkan lori trailer adalah tinggi. Mereka membelasah pemandu tersebut tanpa belas kasihan,apa yang tak disangka ialah pemandu tersebut adalah penyokong tegar parti berkenaan. Saya pasti juga dia pun kesal apa yang terjadi. Tak pasal pasal tangan patah dibelasah orang sendiri yang fanatik.
Tentang kejadian keganasan hari ini rasanya akan dipaparkan di berita malam nanti.Terdapat jugak rusuhan di Rusila. Panasnya pilihanraya di Marang kali ini. Susah jugak kalo terlalu fanatik terhadap parti, apatah lagi sebuah parti islam yang sepatutnya menjadi role model kepada pentadbiran islam. Kenapa ia terjadi? Perlu ke berperang semata mata kerana pilihanraya? Perlu ke kita berperang di negara kita yang aman damai ini?
Jika ini terus berlaku, para pelabur pun takut untuk melabur di Terengganu. Media luar negara pasti akan mengambarkan bukan bukan tentang Malaysia nanti. Ia dah banyak kali terjadi dan ia akan terjadi lagi kali ini.
Saya cukup kesal perkara ini berlaku di negari dan negara yang tercinta ini. Tidakkan mereka sayangkan negeri dan negara tempat tumpahnya darah kita. Adakah kita mahu menumpahkan darah saudara seagama kita kerana politik yang kotor? Yang pasti yang ganas akan berakhir dengan keganasan jugak. Ia pernah berlaku di Terengganu dan akan berlaku lagi nampaknya.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

smartzul
Sepatutnya pemimpin utama parti PAS kat situ pesan awal-awal kat anak-anak buah dia. Tak tau lah ada buat ke tak. Pasal fanatik ni, kita tak hairan sangat. Di kampung saya pun ramai ahli PAS meragui keislaman orang UMNO. Ini tak wajar sama sekali. Tak kisahlah UMNO ke apa ke, selagi mereka tak murtad, jangan sama sekali mengata orang UMNO kafir.
Saya harap pihak pimpinan PAS melihat kejadian tersebut sebagai satu benda yang SERIUS. Tapi sejak dulu saya lihat tak banyak sangat perubahan dari segi kefanatikan ni.
Walau kita betul, Islam tak kata kena merusuh. Gunalah akal yang ada. Soalnya, ke mana iman dan taqwa yang dilaung-laung selama ni? Ini bukan akhlak Islam.
Jangan sebab nila setitik, orang bukan Islam atau sesiapa sahaja akan melihat PAS hanya cantik pada luar sahaja, tapi tidak di dalam. Mcm mana tu?
sham
Saya setuju sangat sangat Zul..Tak kira parti apa, keganasan patut dielakkan. Ia bukan budaya kita sebagai orang melayu dan Islam.
titan
Agak-agakla. Itu dah terlalu melampau sangat tu. Tangan tu ringan sangat kenapa..
zaidirazali
pandangan saya. tindakan mereka tu bukan mewakili semua yang ada dalam parti tu…biaselah, mesti ada yang fanatik, macam skim cepat kaya, dah dedahkan berkali-kali pun, dok nak makan gak benda haram tuh…
kalau nak banding antara dua parti, yang parti agama lagi bagus, walau tak perfect lagi..sekarang rakyat dah beri peluang pada pembangkang tadbir negeri selain kelantan, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang dilakukan mereka..semoga mereka lebih memakmurkan lagi bumi allah ini..dan yang kerajaan, kuatkan kerja, jangan buat cara lama,nampak batang hidung bile time pilihanraya jer, rakyat dah makin bijak…utamakan kebajikan rakyat lebih dari kepentingan diri sendiri, jadikan khalifah umar sebagai contoh,setiap malam turun padang cari rakyat yang memerlukan bantuan..
selamat menjalankan tanggungjawab pada pihak kerajaan negeri dan negara malaysia. keputusan dah diberikan, sekarang masanya tanggungjawab dilaksanakan…
smartzul
Saya baru je tengok video rusuhan tu. Memang tak wajar sama sekali. Kalau saya jadi pimpinan PAS tu, dah lama dah ‘ajar’ sikit budak-budak yang buat rusuhan tu. Tapi nampak macam PAS senyap jer. Tak leh lah senyap macam tu je.
Kesian omputih yang datang nak melancong, lain pulak jadinya. Then, lagi rosak teruk nama Islam. Aiyyo, apa nak jadi. 🙂
Kalau ada hantu ke, takder ke, tu bukan kerja kita nak halang. Percayalah kat kuasa Allah. Tirulah cara Nik Aziz kat Kelantan. Elok jer doa dan serah 100% kat Allah selepas usaha. Inilah sifat Islam sejati.
Kalah menang, Allah yang tentukan. Buatlah mana yang kita mampu. Jangan sampai merosakkan harta orang, kan haram tu dalam Islam.
ps. Geram tengok saudara seIslam buat benda yang Islam tak ajar. So sad..
sham
zul, nak buat mcmana kalo “bos” yang suruh buat mcm tu..tu yang senyap je tu..
Saya suka cara Nik Aziz, cool je..sejuk mata memandang kalo dia bercakap..dia cukup hormat kat orang lain.
Hj Hadi pulak, dia agresif.Tak macam Arwah Presiden dulu.Kalo berperang pun dia sanggup sebab untuk menang politik kotor ni. itu yang saya kurang suka tentang dia..
titan
bos suruh? hehe. betul tu. Tapi bende nih dah jadi perkara biasa. Kat mana-mana pilihan raya pun camni..