Ni gambar ketika di Terengganu pada 17hb baru ni. Saya lupa nak ambik gambar suasana kat sana disamping bateri kamera yang “kong”. Saya lupa nak beli yang baru. Ambik 5,6 snap dah nak ambis bateri.Kuat betul makan bateri kamera digital ni.
Pada kenduri di Terengganu, pada asalnya ialah 4 ekor dikorbankan. Akhirnya 5 ekor yang terkorban apabila pertengahan jalan nampak lauk mcm tak cukup je. Majlis bermula pukul 10 pagi sampai kul 7 petang walaupun secara rasminya ia bermula pada pukul 11 pagi berakhir pada 5 petang. Malam pun still ada yang datang kerana tidak dapat datang kerana berkerja..Yela, saya buat hari ahad..Di Terengganu, adalah hari bekerja.
Lauk & nasi ngam ngam je bile majlis tamat. Alhamdulillah! Tinggal 1 baldi je lauk bila berakhir. Lauk tu kami bagi bagikan pada yang datang malam.Kami tak lalu makan daging banyak. :P. Nasi 7 kawah pun cukup cukup je.
Semua berjalan dengan lancar. Majlis dilaksanakan dengan majlis gotong royong. 4 ekor lembu siap dilapah & siang dalam masa 1 jam setengah. Saya tak sempat nak pegang pun. Jadi saya serahkan pada orang kampung & saya p mesin kelapa bagi mendapatkan santan.Hampir pukul 10, gulai kawah yang pertama dah masak dan mula dihidangkan. Ia ala bufet. Jadi orang boleh ambik & makan sebanyak mana yang larat la.
Lauknya…nasi putih,nasi minyak,sayur campur,sayur buah sentul(laku benor,kejap je abis),ikan kering,acar timun,sambal belacan,gulai kari daging (kat terengganu kami panggil gulai je). Letih benor.Pada esoknya, terpaksala basuh periuk & kawah. Pagi jela sebab kebanyakan pinggan & barang barang lain dah dibasuh oleh orang kampung.
Tengahari,saya bawa isteri jalan jalan di Kuala Terengganu.Bawa dia p shopping kat Pasar Kedai Payang dan Stesen Bas MBKT. Ini adalah kali pertama isteri saya sampai di Terengganu. Kami bertunang pun, saya tak pernah bawa ke Terengganu bagi mengelakkan fitnah. Dah kahwin baru la sampai di Terengganu. Cuti isteri pendek je, jadi kena balik awal la.
Ni gambar di Terengganu pulak..
- Berarak depan umah
- Kena tabur beras kunyit bila naik umah
- posing di bilik pengantin lagi
- akan ku ingat
- gambar famili
- famili isteri & saya
klik gambar untuk besarkan..

titan
sekali lagi. Tahniah!
rizal komenebook
wau…hebat! hebat!..yang paling penting…dah jadi suami isteri yang sah.. 🙂 honeymoon plak kat mana Sham?
sham
honeymoon tak tau lagi…dah dekat puasa dah…lepas raya la kot..
AmirulFaisyal
Lama tak jenguk blog ni…alik2 buka nampak gambar kahwin.
Hopefully it’s still not too late to say ‘Tahniah!’. 🙂
Semoga dimurahkan rezeki dgn kehadiran org baru ni yek.
Amirul Faisyal