Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
HantaVirus Meragut 1 Nyawa Di China Cetus Panik Baru
Berita

HantaVirus Meragut 1 Nyawa Di China Cetus Panik Baru

sham No Comments

Selepas wabak coronavirus kini hantavirus menyerang. Kini sudah mencatatkan 1 kematian di China. Virus ini berpunca daripada tikus iaitu air kencing,air liur tikus. Ia juga menyerang sistem pernafasan seperti coronavirus. Ianya macam kes kencing tikus kat Malaysia ni kot.

hantavirus

Di China, ada yang panik kerana risau ianya berjangkit sepertimana Covid 19 yang menyerang dunia sekarang menyebabkan seluruh dunia lumpuh. Ia turut membawa bersama kelesetan ekonomi yang dijangka akan melanda dunia.

Kejayaan China Mengekang Covid 19 Harus Dipelajari

China sudah berjaya mengawal penyebaran wabak Covid 19 yang kini meragut hampir 20000 orang di seluruh dunia dan dijangkan akan terus meningkat terutama di Italy dan Sepanyol. Kerajaan Italy sudah menyerah kalah dengan wabak Covid 19 ini berikutan tidak dikawal daripad awal. Italy kini lumpuh. Sistem penjagaan kesihatan mereka tidak mampu untuk mengawal penularan wabak coronavirus.

HantaVirus Pula Muncul

Hantavirus ini mula viral apabila seorang lelaki daripada Yunnan meninggal dunia ketika dalam bas di Shandong, China. Netizen di China mula panik dan mempopularkan Hantavirus ini. Semua penumpang bas berkenaan telah diuji untuk memastikan mereka bebas daripada virus berkenaan.

Menurut Center for Disease Control (CDC) virus ini tersebar menerusi roden seperti tikus dan tupai. Ia boleh menjangkiti manusia menyebabkan Hantavirus Pulmunary Syndrome (HPS). Ia merupakan virus yang dah lama ditemui. Di Malaysia, kita lebih mengenali Leptospirosis yang disebabkan bakteria leptopspira di dalam kencing tikus dan spesis rodensia.

Apa yang boleh kita buat, jaga kebersihan. Jangan biarkan perumahan kita di serang orang tikus yang tidak terkawal. Virus dan bakteria merupakan musuh yang kita tidak nampak di mata kasar. Ia seolah olah musuh yang halimunan. Kita perlu jaga kebersihan dan elakkan daripada bakteria dan virus baru muncul.

Perintah Kawalan Pergerakan kini mecapai hari ke 8 pada hari ini. Semoga tiada wabak baru muncul selepas ini. Covid 19 ini telah melumpuhkan dunia. Semua event utama dunia telah dibatal atau ditangguhkan termasuklah Sukan Olimpik yang bakal berlangsung tahun ini.

Jangan Risau Akan Hantavirus

Mengekang penyebarang Covid 19 lebih utama. Tentang HantaVirus ini, ia mungkin tidak sekuat coronavirus yang menyerang dunia. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, sentiasa basuh tangan dengan sabun. Tiada virus pun boleh memasuki badan kecuali jenis airborne yang tersebar menerusi udara.

Coronavirus dan hantavirus ini tersebar menerusi sentuhan. Hentikan penyebarannya. Ia akan mati dengan sendiri kerana virus tidak boleh bertahan lama jika tiada perumah untuknya hidup.

Bagi mereka yang terjejas dengan wabak Covid 19 seperti di kuarantin dan dimasukkan wad kerana jangkitan Covid 19, anda boleh memohon bantuan kewangan daripada NADMA. Bagi mereka yang diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan juga boleh mendapatkan Bantuan RM600 daripada Perkeso.

Baca juga : Buat Duit tanpa perlu menjual

Stay safe. Ikuti semua arahan pihak berkuasa untuk membendung penyebaran Covid 19.

Artikel Berkaitan
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
    Ebook Lubuk Murah China telah dilancarkan oleh Tim ChinaMethod . Namun adalah ia bagus? Jangan beli ...
  • Sedihnya..Rakyat Palestin Menderita, Kita Bergembira
    Setiap kali melihat berita tentang penderitaan rakyat Palestin,rasa nak menitis air mata. Apa yang b...
  • Teknik Bijak Tetapi Kotor Syarikat ISP China
    Saya baru menerima email daripada satu syarikat registrar dari China. Ini adalah email diorang: ToÂ...
  • Something Wrong Dengan Perintah Kawalan Pergerakan?
  • Perang Gaza cetus perang siber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 16
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:covid 19 hantavirus hantavirus sydnrom

Related Articles

Semua Selamat
Majlis perkahwinan saya berlangsung dengan lancar walaupun pihak keluarga saya …

Semua Selamat

Pemilihan UMNO Semakin Hangat
Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan …

Pemilihan UMNO Semakin Hangat

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?
  • Pagar Cyclone Atau Pagar Elektrik Lebih Jimat?

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2022 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

pakej rangsangan ekonomi

Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah

Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekono…

petai menangis

Petai Menangis Rupanya Kencing Reriang

Sejak 2,3 hari ini dalam akhbar agak kecoh tentang pokok petai yang dikatakan aj…

Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook

Bagi mereka yang tahu akan potensi jual ebook di internet. Ramai yang akan berus…