Mencabar betul pada bulan November ini, 2 jenis minyak yang menjadi nadi kehidupan rakyat telah naik harga. Harga minyak masak telah meningkat berikutan subsidi minyak telah ditarik balik kecuali minyak kampit. Persoalannya.. Adakah minyak kampit ini mudah untuk diperolehi kelak? Itu kena tunggu jawapan pihak KPDNKK sebagai badan yang memantau bekalan minyak masak di negara ini. Ini adalah harga terkini minyak masak berkuatkuasa 1 November 2016.
Dan sebaran mengenai harga dibawah dikatakan sebagai palsu. Diatas adalah keratan akhbar pada hari ini. Cuma minyak masak biasa RM13.35 tidak ada dalam senarai. Harga RM14.70 adalah harga minyak masak campuran. Jadi maklumat akhbar ini juga tergantung. Atau disengajakan…hahaha
Harap ada peniaga yang baik hati menjual minyak masak pada harga yang lebih rendah kerana tidak lagi terikat dengan harga barangan kawalan.
Update:
Berbeza daripada kenyataan di akhbar. Banyak premis menjual minyak pada harga yang dikatakan palsu ini. Kini sudah mula banyak gambar resit pembelian dipamerkan. Saya nak beli juga tadi tapi kedai yang saya pergi semuanya sudah kehabisan stok minyak dan dijangka sampai esok.
Jadi kenyataan mana yang palsu jika dilihat pada resit pembelian ini..
Minyak Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Meningkat 15 Sen Seliter
Perit juga apabila minyak bahan api juga meningkat 15 sen. Saya rasanya tiada perubahan ketara pada harga minyak dunia. Saya masih tak faham bagaimana penentuan harga ini ditetapkan oleh kerajaan. Macam tinggi sangat peningkatan kali ini. Jika 5 sen, rasanya boleh bertahan.. Tapi meningkat 15 sen, perit juga bagi mereka yang berkerja jauh.. Ia satu jumlah besar sebab kita isi 20-50 liter minyak dalam kenderaan. Sekejap sahaja kita merasa minyak murah sebelum ni.
Tak tahulah berapakah harga bahan api ini jika harga minyak mentah dunia kembali kepada USD100+ setong seperti sebelum ini. Boleh jadi harga minyak boleh mencecah RM4-5 seliter kot. Kita semua pakat naik basikal la kot.
Yang pasti, harga barangan akan meningkat lagi berikutan peningkatan kos bahan api dan juga bahan mentah. Pisang goreng dan cucur dijual di tepi jalan pun akan naik harga sebab harga minyak masak kini dalam kategori premium. Nak dapatkan minyak kampit pastinya agak sukar.
Kuasa Beli Berkurangan
Situasi perniagaan juga akan berkurangan berikutan kuasa beli akan turut berkurang.Orang ramai akan lebih mengutamakan survival dan akan berkurang dalam membeli barangan yang berbentuk kemahuan. Barangan keperluan akan diutama. Saya sudah nampak trend ini sejak GST dijalankan. Banyak perniagaan sudah gulung tikar kerana tidak mampu untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang muram.
Masalah Kesihatan Akan Meningkat
Apa yang dikhuatiri.. masalah kesihatan akan meningkat kerana pengunaan minyak masak berulang kali kerana tidak mampu untuk membeli minyak masak baru. Secara asasnya minyak masak boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja. Ia akan bertoksik jika digunakan lebih daripada itu. Jika tidak mampu, pasti ada yang akan mengoreng sehingga minyak kering.
Jadi kos rawatan akan meningkat… Ia seolah-olah gali lubang untuk menutup lubang.. Subsidi berjaya dikurangkan tetapi kos rawatan yang ditanggung kerajaan juga akan meningkat. Kerja kakitangan awam dalam sektor perubatan juga akan meningkat kerana jumlah pesakit juga akan meningkat. Akhirnya kos rawatan yang ditanggung oleh rakyat juga akan dinaikkan jika tidak mampu ditanggung oleh kerajaan. Tiada lagi RM1.00.
Perubahan Harga Terlalu Tinggi
Sebotol minyak masak kini telah meningkat dari RM1.40 sehingga RM8.00. Sebagai sebuah negara pengeluar utama minyak sawit, ia sesuatu yang agak janggal. Segenap tempat penuh dengan ladang sawit tetapi harga di pasaran tempatan…agak perit untuk rakyat menanggung.
Motto “Rakyat didahulukan” rasanya sudah tidak releven dengan situasi sekarang. Pilihan Raya Umum juga tidak jauh lagi. Mampukan kerajaan yang berkuasa kini mempertahan kuasa? Barisan alternatif sudah bersedia untuk mengambil alih tangungjawab?
Kerajaan pada dasarkanya berkhidmat untuk rakyat…Situasi sekarang rakyat terpaksa berhempas pulas demi kerajaan untuk menanggung hutang.. GST dan pelbagai subsidi telahpun ditarik balik.. Ia sebenarnya menekan rakyat..Pastinya kerajaan pun tahu..Wakil Rakyat yang mewakili rakyat pun tahu..
Kita nantikan pada 2017 atau 2018 sebagai penentu samada angin baru atau kerajaan sedia ada bertahan.
Adha
Memang tak patut. Kita faham yang nilai tanggungan subsidi tinggi. Tapi kalau nak tarik subsidi sekalipun jangan 100 peratus.