Pihak Pos Malaysia telah membuat rasionalisasi harga pos laju pada 15 Oktober lepas. Tiba-tiba je naik harga. Kita ditekan dengan GST dan kenaikan harga barang yang tak pernah nak turun walaupun sebelum GST ada menteri jamin harga akan turun. Menteri scammer betul…hahaha
Bermula 15 Oktober 2016 lepas pihak Pos laju telah menaikkan harga bagi perkhidmatan Pos Laju Prepaid. Saya antara pengguna tegar perkhidmatan ini. Menyesal pulak tak beli banyak-banyak sampul tu masalah kempen promosi baru ini. Nak beli banyak ada due date pulak kat sampul. Risau pula tak boleh guna.
Berikut adalah harga terbaru Pos Laju Prepaid. Harga ini sudah termasuk GST. Kadar pos di Malaysia sebenarnya tinggi berbanding negara jiran. Tak pernah pula mereka buat comparison. Jika harga minyak petrol, mereka kerap sangat buat perbandingan. Saya pernah suarakan perkara ini dalam satu akhbar suatu masa dahulu tentang kadar pos laju yang tinggi ini.
Mungkin disebabkan perniagaan online kini menjadi pilihan ramai orang mencari duit tambahan. Jadi mereka pun naikkan harga berikutan peningkatan traffik bagi produk pos laju prepaid ini. Namun, mereka yang guna pos laju biasa. Kadar masih sama. Bagi mereka yang mempunyai akaun Pos Laju, ia satu advantage sedikit la. Dapat harga murah sikit.
POS LAJU Mohon Perbaiki Mutu Perkhidmatan!
Bagi penguna tegar Pos Laju, saya betul betul berharap akan mereka meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Jika dulu mereka jamin sampai esok. Kini esok pun tentu sampai. Ada yang sampai 3-4 hari baru dapat. Jadi mereka bukan lagi laju seperti yang di dakwa. Jadi mohon pos laju mohon perbaiki masa penghantaran ini. Sampai malam pun takpe. Bagi la OT kepada abang posmen yang lumayan sikit. Semangat sedikit mereka bekerja untuk menghantar barang. Kadar pos kan dah dinaikkan ni.
Parcel seringkali rosak…
Ini adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna perkhidmatan ini. Walaupun dah ditampal dengan stiker FRAGILE. Namun, ia diuruskan dengan sembarangan. Malah dicampak-campak ketika diproses di pusat pos laju. Ada sampai barang hancur dan remuk habis. Please jangan main campak-campak parcel pelanggan anda. Yang rugi ialah peniaga apabila kena ganti balik produk yang rosak kerana perkhidmatan pos laju yang teruk. Jangan layan barangan yang dihantar oleh pelanggan anda seperti sampah.. dicampak-campak. Itu belum lagi kes dipijak-pijak.
Parcel Hilang Tanpa Dikesan
Saya juga pernah mengalami kehilangan parcel yang dihantar. Sampai sekarang mereka diamkan sahaja laporan saya. Mereka katakan mereka nak siasat. Sudah 6 bulan dah, diam sahaja. Rugi RM180 kerana perlu pos balik produk yang baru kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak Pos Laju.
Belum ada respon tentang aduan ini. Malah tracking tergantung tiada serahan dilakukan. Sepatutnya Pihak Pos Laju perlu memastikan setiap parcel yang dihantar oleh pelanggan mereka dihantar dengan selamat. Jika ada kes tergantung seperti hilang seperti ini. Pihak mereka perlu membayar ganti rugi diatas kecuaian mereka. Itu belum kira aduan lain yang tiada respons sebelum ni.
Rasanya ramai pelanggan lain mengalami masalah yang sama. Setiap tahun cakap dalam laporan untung je. Tapi sebegini dipandang sebelah mata.
Please ya POS MALAYSIA DAN POS LAJU perbaiki perkhidmatan anda kalau nak naikkan harga. Jangan kerana nak kejar KPI kamu untung berjuta-juta setiap suku tahun. Belajar bagaimana perkhidmatan pos negara maju terutamanya JEPUN dalam pengendalian barangan pelanggan mereka.
Nampaknya bertambah lagi kos operasi bisnes kami…huhuhu.

Incoming search terms:
- harga pos laju 2017
- harga parcel pos laju 2017
- harga pos laju mengikut berat 2017
- harga parcel pos laju
- harga poslaju 2017
- harga parcel poslaju 2017
ytlim
Prabayar baru ini ada ukur saiz volume berat tak?
sham
yang baru rasanya dah tak kira berat. asalkan muat seperti sebelum ni.