Saya baru menerima email jemputan ke program ThinkExport with Google sekejap tadi.
Ia adalah program untuk advertiser mengenali mereka yang terlibat secara langsung berkenaan Google di Asia Tenggara. Masih belum ada orang Melayu dalam organisasi Google tu.. Teringin jugak nak tengok ada anak melayu yang bekerja di organisasi besar seperti Google atau Facebook ni.
Antara penceramah yang terlibat ialah
1.Aliza Knox (Regional Managing Director, Google Japan and Asia Pacific)
2.Elias Ghanem (General Manager, Southeast Asia & India, PayPal)
3.Sajith Sivanandan (Head of Travel, Google Southeast Asia)
4. Dipanjan Chaudhuri (Business Acquisition Manager, Google Southeast Asia)
5.Michael Galvez (Google HQ)
6.Vinoaj Vijeyakumaar (Google Analytics Solutions Consultant at Google Singapore)
Saya tak pasti program ini terbuka atau diatas jemputan. Program ini berlangsung pada 15hb Disember di Hilton Kuala Lumpur Sentral, Ballroom A. Bayaran pula saya tak pasti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari
https://sites.google.com/site/thinkexportmy/home
Ada nombor telefon kat site tu. Saya tak dapat menghadiri program berkenaan.