Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
Berita

Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit

sham No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Topik hari ini berkaitan dengan peluang untuk anda tambah duit dengan ilmu dan kemahiran anda di saat pandemik sekarang.

Hari ini merupakan hari ke 4 PKPB fasa 2 dan kemungkinan PKPD lebih besar akan dilaksanakan di tempat saya ni berikutan ada kes covid dalam masyarakat setempat. Pada awalnya hanya sebuah sekolah tahfiz, kini semakin banyak kes muncul  dalam masyarakat selepas saringan kontak rapat dijalankan.

Masing-masing semakin risau akan keselamatan diri, keluarga dan juga ekonomi keluarga. Mau taknya, bagi yang kerja kerajaan. Kesan ekonomi kurang terasa kerana gaji tetap masuk walaupun bekerja dari rumah. ( Eh keje ke? :P)

Bagi yang di bidang swasta atau berniaga sendiri, impak daripada covid ini semakin menekan. Hutang tetap kena bayar, minyak kereta tetap kena isi, anak bini tetap kena bagi makan. Nak hutang kawan-kawan pun, mereka pun sekapal dengan kita.

Di saat ini, pelaburan terbaik ialah untuk meningkatkan ilmu dan gunakannya untuk meningkatkan pendapatan walaupun dari rumah. Kita boleh tambah duit hanya dari rumah.

Saya bernasib baik kerana terdedah dengan ilmu online marketing sejak 2005 lagi disaat tahun akhir ketika di university. Jadi sejak dulu, walaupun kerja. Income daripada online ini tetap ada. Tapi saya belajar cara langgar dinding. Kena tipu pun ada. Masa tu famous macam-macam program. Swiss cash la.. Nasib baik tak terjebak dalam pelaburan sebegitu sebab ada didedahkan sedikit dengan pengetahuan pelaburan.

tambah duit

Income saya mostly daripada hasil pengiklanan Google Adsense, Youtube dan program affiliate selain daripada produk digital yang saya bangunkan. Inilah yang saya fokuskan sejak dulu. Sejak dari dulu jugak saya tak berhenti untuk topup ilmu dalam bidang ini. Saya juga ada kedai makan.

 

Jangan malu nak belajar walaupun sudah di level Prof, Doktor dan sebagainya. Ilmu sangat luas.

 

Saya beli ebook dan produk yang diterbitkan di pasaran Malaysia dan Antarabangsa. Matlamat utama ialah topup ilmu dan refresh balik benda yang kita dah tahu.

 

Pemikiran kita akan mati jika menyangka kita sudah tahu segalanya.

 

Buat Di Duit Di Kala Pandemik?

Ramai yang belum tahu mereka boleh jadi pakar buat duit di kala pandemic ini dengan kemahiran yang mereka ada. Seorang doctor boleh menghasilkan ebook ataupun video bagi menyelesaikan masalah orang. Macam macam penyakit orang nak tahu.

Seorang mekanik boleh hasilkan produk untuk membantu orang DIY repair kenderaan ataupun barang rosak.

Ustaz boleh buat kelas mengaji online.

Kunci penting ialah MENYELESAIKAN MASALAH ORANG!

Orang mencari penyelesaian masalah segera. Mereka sanggup bayar untuknya.

Peluang di depan mata…. Sekarang ini semua benda dilakukan secara Online…

 

Dari kesusahan, pasti ada kesenangan.

Dari masalah, pasti ada penyelesaian.

 

Tugas kita mencari masalah dan tawarkan penyelesaian.

 

Jadilah Penerbit Konten Online. Ini lubuk buat duit anda sekarang!

 

Jika tak pandai menulis, kita boleh buat video. Gunakan telefon pintar kita tu rakam, tutorial ataupun kelas online kita tu.

Takkan nak rakam video guna telefon pun tak reti kot.

Anak saya umur 3 tahun dah pandai main handphone ni tau. Rakam video, selfie bagai. Zaman dah berubah betul.

Maklumat di hujung jari je sekarang ni.

Jadilah pemberi maklumat dan buat duit daripadanya.

 

Kita diberi lebih masa dirumah sekarang, jadi manfaatkan untuk kita belajar dan laksanakan apa yang kita belajar.

Inilah yang saya tawarkan dalam Pakej Rahsia Penulis EBook. Jika tak pandai menulis pun, boleh tukar kepada format video yang lebih mudah untuk kita lakukannya. Rakam je video dengan HP.

Cuma langkah lain adalah sama, format produk yang kita nak hasilkan itu je berbeza.

Buat Duit Dengan Ebook atau Video

Ia adalah produk digital. Jadi anda hanya perlu buat sekali sahaja untuk menikmati keuntungan selagi anda menjualnya. Orang akan sentiasa dapatkannya jika ia memberikan penyelesaian pantas kepada masalah mereka.

Yang perlu anda belajar ialah untuk kenalpasti idea yang boleh buat duit untuk anda.

Tak semua idea boleh dikomersilkan dan boleh dijual.

Contoh cara rebus telur. Carian ratusan ribu di internet. Tapi tiada nilai komersil dan eksklusif yang menjadikannya unik.

Jika nak belajar cara nak buat ebook dan produk digital, anda boleh dapatkannya di

https://www.penulisebook.com

 

Ia merupakan produk yang saya bangunkan sejak 2007 dan telah membantu ribuan orang menghasilkan produk digital mereka yang pertama.

 

Yang paling penting ialah tindakan. Belajar je tapi tiada tindakan, ia satu kerugian. Jadi lepas dapatkannya, buat apa yang ditunjukkan. Jika ada masalah, saya sedia membantu anda.

Hanya anda yang boleh mengubah hidup anda.  Orang lain termasuk saya hanya boleh mendorong anda. Tindakan tetap ditangan anda.

Belajar untuk buat produk digital anda sekarang. Semua benda dah orang buat online, takkan nak tertingggal bas pulak.

Jadi layari www.penulisebook.com dan tempah sekarang!

Saya sedia membimbing anda untuk bangunkan produk anda yang pertama dan tambah duit di saat pandemik ini.

 

-sham

Artikel Berkaitan
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Hampir? Betul ke?
    Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Lama betul tak update blog ni. Saya kini cenderung kep...
  • Sedikit Gambar Kahwin 1
    Gambar ini adalah daripada kamera saya. Saya sedang menunggu gambar daripada jurukamera yang diupah ...
  • Ebook Percuma – Panduan Buat Duit Dengan GDI
    Dah lama saya tak menulis ebook percuma. Semalam tergerak hati untuk menulis satu ebook percuma yang...
  • Idea Bisnes Untuk Raya, Bulan Ramadhan Hampir Tiba
  • 10 Cara Cari Duit Raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 273
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:buat ebook cari duit online tambah duit tambah duit online tambah pendapatan

Related Articles

Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang
Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang Rasanya ini kali pertama …

Budak 17 Tahun Dirogol 38 Orang

Buat Duit Dengan Menjual Perisian
Sahabat saya Zamri Nanyan akan melancarkan produk terbaru beliau dan …

Buat Duit Dengan Menjual Perisian

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?

Sekarang kenaikan harga barang semakin terasa. Semua barang naik harga. Hujan je…

Buat dan Jual Ebook – Bagaimana Mengesan Permintaan

Pada hari ini industri penerbitan buku semakin mencabar berikutan penurunan perm…

buat duit online

Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah

Disaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang cuba mencari jalan bagai…