Lagenda Pulau Bidong memang tidak asing buat rakyat Terengganu. Semua sedia maklum pulau berkenaan memang “keras”. Ketika perang Vietnam, pulau berkenaan menjadi lokasi penempetan pelarian Vietnam selama 3 tahun.
Malah nelayan tempatan pun tak berani singgah di pulau berkenaan walaupun ketika ribut. Alternatif mereka ke pulau redang tidak jauh daripada pulau Bidong.
PENGARAH, Yusuf Kelana akui berdepan cabaran menyiapkan filem Bidong The Boat People di Terengganu selepas beberapa kru lari meninggalkan set penggambaran kerana terlalu tertekan dengan gangguan mistik.
“Empat kru melarikan diri membawa bersama peralatan dan van penggambaran sehingga saya terpaksa membuat laporan polis.
“Selepas dipujuk, hanya dua kembali bekerja manakala dua lagi terpaksa diganti dengan kru baru,” katanya pada tayangan filem itu di Damansara, baru baru ini.
Beliau selaku penerbit filem mendakwa set jeti pelabuhan lama terletak di Kijal, Terengganu digunakan dalam penggambaran juga dipercayai ‘keras’ dan kru kerap mendakwa mereka mengalami gangguan mistik.
Mereka turut berdepan masalah sama sewaktu penggambaran di Pulau Bidong sehingga terpanggil untuk mendapatkan khidmat seorang ustaz.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, produksi terpaksa mengubah waktu penggambaran di pulau pada sebelah siang sahaja.
Filem mengisahkan seorang bekas pelarian Perang Vietnam 1978 yang pernah ditransit ke Pulau Bidong selama tiga tahun sebelum kembali semula ke pulau itu selepas tiga puluh tahun untuk melawat kubur suaminya.
Sumber : Harian Metro
Di pulau berkenaan menjadi tempat perkuburan ribuan pelarian yang melarikan diri ketika Perang Vietnam. Dengan keadaan pulau yang kecil dengan puluhan ribu pelarian. Kerajaan menawarkan pulau berkenaan untuk dijadikan sebagai pusat pelarian bagi melindungi rakyat Vietnam yang melarikan diri daripada dibunuh atau dibom oleh bom Amerika Syarikat atau daripada Viet-cong sendiri.
Kepada penerbit filem ini, tabah lah. Ini adalah salah satu sebab kenapa pulau bidong masih terbiar walaupun ada cadangan untuk membangunkannya menjadi pusat pelancongan seperti pulau redang yang bersebelahan dengannya. Sehingga kini cadangan berkenaan tinggal cadangan kerana kesukaran untuk membangunkan kawasan berkenaan disamping dengan gangguan makhluk halus yang sangat hebat di pulau berkenaan.
Saya pernah melintasi pulau berkenaan ketika menjalani latihan praktikal bersama Pihak Kastam Diraja Malaysia Terengganu suatu masa dahulu. Ia sehingga kini masih ditinggalkan. Bangunan bekas tinggal pelarian perang masih ada tetapi banyak sudah rebah ke bumi.
Saya harap tiada yang histeria menonton filem ini nanti.
