Hohoho..”dah terantuk, baru la tengadah” bak kata orang tua tua.Akhirnya kerajaan baru nak ambil kisah tentang kuasa blogger dalam menentukan hala tuju negara. Inilah sebenarnya mata pena..eh..keyboard la pada zaman sekarang ni..Penulisan sebenarnya lebih tajam daripada mata pedang..
Saya tengok kat Berita Hairan Harian kejap tadi yang Menteri Penerangan yang baru iaitu Datok Shabery nak jumpa para blogger nak bincang isu “bina negara”. Ni keratan artikel berkanaan:
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.
Beliau berkata, Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.
“Contohnya, ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lalu. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.
“Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini, hari ini. Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu Selasa lalu, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Ini kerana katanya, Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain. – Bernama
sumber: Berita Harian
Di negara seperti US, Blogger dipandang tinggi.Malah jika ada sebarang program,blogger adalah antara mereka yang akan mereka jemput. Ini adalah kerana blogger membawa pengaruh yang besar kepada dunia hari ini. Tak percaya? BN kalah teruk kerana internet. Ya.Sebab internet yang dipelori oleh para blogger.
Matlamat dan perjuangan blogger disampaikan melalui blog mereka. Masyarakat hari ini sememang belum sedar akan pengaruh blogger.Nampaknya selepas PRU 12,para blogger akan mula mendapat tempat di hati mana mana parti politik. Saya bukanlah blogger politik,tetapi kadang kadang saya pun menulis tentang politik.
Ini adalah kerana di blog ini saya, tak terikat tentang topik apa setelah mengasingkan Blog Usahawan dan juag blog personal saya. Saya lebih suka begini. Saya akan mengubah suai balik MalaysiaStory.net. Malam ni saya akan bermain dengan coding & etc untuk memperbaiki kembali laman web tersebut yang masih mengalami masalah database.
Susah betul la.Saya akan back up terlebih dahulu la kot. Rasanya saya akan membeli satu lagi template WordPress untuk MalaysiaStory.net. Ia adalah untuk ruangan berita Malaysia Story. Saya sedang memikirkan untuk menjadikan ia satu blog berita.Itulah matlamat asalnya MalaysiaStory ketika saya membeli domain berkenaan pada tahun 2006.
Dah lama dah tu.Kebanyakan laman web saya akan berusia 2 tahun tidak lama lagi. Kebanyakan daripadanya adalah blog…hidup blogger..
Jualan ebook baru saya pun agak memberansangkan. Belum all out lagi.Rasa nak test seminggu pada bulan ni sebelum iklan selama sebulan di Harian Metro.Insyallah.

zuhairy
hahaha…dulu ada sorang menteri kata kat blogger ni goblok. ada yg kata beruk pun ye jugak. Ai, tak kan menteri nak jumpa goblok dan beruk ni?hohohohoho
sham
diorang kena telan balik ludah diorang..yek…:p
emet
Tahniah kepada diri aku sendir 😀
Kerana aku seorang Blogger! hehe
Betul tu Sham, kenalah telan balik ludah2 yang dah kering tu… ahaks 🙂
titan
tak mustahil nanti antara diorang yang pak menteri nih pun join google adsense nak tambahkan pendapatan. hhoho..:D
smartzul
Berita terkini:
Menteri tu nak jumpa penulis ebook Kit Blogger..
.
.
.
.
Tettttt.. Masa tamat.
Acah jer. Hehe.. 😉
——————————–
Pihak menteri BN perlulah ada blog jugak sepertimana yg pihak pembangkang guna mcm kit siang, anwar ibrahim & lain2 lagi. Takkan takut nak layan politik terbuka kot. Kalau takut, close je ruangan komen. Hehe..
DAP bijak tarik Jeff Ooi join diaorang. Dengan kuasa rangkaian blog yg dia ada tu, bergegar satu Malaya ni. Tu yg bagi sikit faktor kemenangan DAP tu. 🙂
sham
Jeff Oii memang blogger politik yang ada banyak influence.. takde ke yang boleh jadi blogger politik yang setanding dengan dia?
hohohoh
Thinkerich
Sham,
Sebab tu lah Jeff Oii pun menang kerusi yang beliau tandingi…