Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Osama Laden Meninggal Hanya Super Impose
Berita

Osama Laden Meninggal Hanya Super Impose

sham 18 Comments

Kerajaan Amerika Syarikat dikecam kerana gagal menamatkan perang dengan Al-Qaeda yang kononnya dipimpin oleh Osama bin Laden. Bertahun tahun Amerika cuba mencari dan menjejakinya. Hari ini Amerika mendakwa mereka berjaya membunuh Osama. Namun, cuba bandingkan gambar dibawah:

osama laden

osama laden

 

Ia hanya gambar super impose yang diedit dan dihasilkan mengunakan photoshop. Amerika nampaknya terdesak dengan kegagalan mereka bertahun tahun menjejaki Osama. Jadi mereka mengambil keputusan untuk reka satu cerita dengan gambar Osama 10 tahun lepas dan editnya gambar. Ini adalah kerana mereka tiada gambar terbaru Osama Laden. Malu betul…

Cuba anda perhatikan betul-betul…

Bukaan mulut sama…uban pada janggut pun sama.. malah ia kelihatan lebih hitam berbanding gambar sebelumnya.

Itu adalah gambar lebih dari 10 tahun lepas. Takkan tiada perubahan pada uban pada janggut Osama.

Terbaru saya diberitahu akan kewujudan gambar super impose ini.

osama super impose

gambar super impose osama

Ini menguatkan lagi hujah bahawa gambar kematian osama hanya direka reka oleh Amerika Syarikat. Terdapat persamaan yang cukup ketara diantara gambar tersebut.

Dalam berita terbaru oleh Berita Harian;

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.

Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. – AP

Sumber : Bharian Harian

Yang ni lagi pelik. Sejak bila Amerika Syarikat menghormati orang Islam. Biasanya apabila membunuh mana mana orang yang mereka kehendaki. Pasti banyak benda yang dilakukan. Post motem la apa la. Dalam kes ini, mereka “tak berlengah” untuk menguruskan “mayat” Osama. Mereka sebenarnya seperti tidak memiliki “mayat” osama tersebut.

Kenapa tergesa gesa? Takut kantoi?

Mereka mendakwa mayat tersebut diuruskan mengikut tradisi dan amalan Islam. Betul ke? Orang Islam yang masih hidup diuruskan seperti anjing. Buktinya lihat saya apa yang mereka lakukan di Iraq dan Penjara Guantanamo Bay. Hak mereka dinafikan.

Mereka sebenarnya tidak pasti akan status Osama. Mereka hanya guna gambar untuk memberika motivasi kepada tentera mereka yang berjuang dalam perang mendapatkan minyak di negara negara Arab dan Afrika. Di Iraq dan Afghanistan, mereka kini rakus menyedut hasil minyaknya. Kini Libya menjadi sasaran Amerika Syarikat untuk mendapatkan emas hitam daripada bumi Libya.

Pada awal serangan mereka di Libya, mereka kononnya ingin membantu mengelakkan daripada Gaddafi membunuh penentang. Kini niat mereka semakin terserlah apabila membedil kedudukan Gaddafi sehingga membunuh 2 orang daripada anak Gaddafi dan cucu-cucu beliau.

Inilah penjajahan secara terbuka. Negara Islam lain semuanya membisu dan mengiakan tindakan penjajahan oleh Barat ini. Perkara yang sama berlaku apabila mereka menceroboh Iraq. Negara Iraq masih bergelut walaupun sudah lama regim Saddam Hussein digulingkan.

Revolusi rakyat ini pernah dicuba di Iran tetapi Presiden Ahmadenejad berjaya mengekang taktik barat ini untuk menguasai negara Iran. Mereka melihat Iran adalah ancaman terbesar mereka. Taktik ini berjaya di Mesir. Ia kini merebak ke Syria. Salah sebuah lagi negara yang kaya dengan minyak.

Mereka nampaknya semakin kuat berbohong. Kini mengatakan osama laden terbunuh tetapi ia penuh dengan keraguan.

Artikel Berkaitan
  • Benarkah Osama Dalang Serangan WTC 911?
    Sampai sekarang saya masih meragui osama atau Al-Qaeda menjadi dalang serangan terhadap World Trade ...
  • Panduan Perniagaan Produk Fizikal Secara Online
    Shuth iaitu pemilik WangCyber.com telah melancarkan ebook pertama beliau dari genre perniagaan inter...
  • Takziah Buat Keluarga Taqiyudin
    Hari saya agak terkejut apabila mengetahui salah seorang sahabat IM yang meninggal dunia di WangCybe...
  • Sekitar Seminar JomSeminar
  • Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • superimpose
Post Views: 533
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:osama laden osama laden mati osama mati

Related Articles

Ni gambar ketika di Terengganu pada 17hb baru ni. Saya …

Gambar Perkahwinan Di Terengganu

Singapura nampaknya akan bertambah luas apabila Pulau Batu Putih dapat …

Oh..Pulau Batu Putih Dapat Kat Singapura!

18 Comments

  1. hanafi

    sebijik plak dengan gambo yg lama tuh.. propa aje ni…

  2. Zhafran

    Mungkin gambar ini lebih jelas menunjukkan super impose yang dilakukan – http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/221742_1786634619387_1045184363_31548349_4876269_n.jpg

  3. Zainol Rashid

    Real punya super impose. Nak cong pun berpada-pada lah.. Huhuhu..

  4. sham

    Tu la pasal… Jap nak tulis untuk Berita Harian jap. Hopefully sempat sent sebelum diorang finalized tajuk berita esok.

  5. bob

    sebelum super impose http://i.imgur.com/mRTSZ.jpg

  6. sham

    Osama jadi Obama…hehehe

  7. Afiffuddin

    Propaganda Barat. Ada tujuan tertentu.

  8. Thoha

    Banyak betul agenda barat ni..kita umat islam perlu sentiasa berwaspada..

  9. PakCik

    Saya rasa gambar diatas ini bukan hasil kerja AS. Mula-mula saya lihat gambar muka ditembak tu kat berita harian pun dah tau itu adalah superimpose… AS bukan sebodoh itu… Saya berpendapat ianya adalah hasil kerja blogger atau pihak yang hanya nak tarik perhatian orang ramai.

    Mana mungkin hasil kerja mereka dapat di-kantoikan dlm masa sehari. Mereka ada kepakaran yang jauh lebih baik drpd ini.

  10. sham

    mungkin jugak sebab berdasarkan berita, gambar ini dah lama iaitu sejak 2009..Cuma ada agensi berita mengunakannya tetapi menarik balik pengunaan gambar tersebut. Agensi berita Malaysia, main ambik je…

  11. alamonline

    saya pun susah nak percaya dengan berita ni…US ni suka bikin propaganda.

  12. sham

    ia merupakan propaganda yahudi sahaja… osama laden terlalu diperbesarkan oleh US.. mereka mencari kambing hitam untuk setiap kegagalan dan konspirasi mereka.. mereka nak serang negara tertentu..mereka akan buat satu alasan..

    Iraq- Saddam Hussein
    Afghanistan – Osama Laden
    Libya- nak lindungi penentang bagi menegakkan demokrasi (konon). Kambing hitamnya ialah Muammar Gaddafi.

  13. yeeei

    Gambar lama ngan gambar mati…same je kedudukannya.
    Tak real langsung,

  14. mimiDm

    minta share ye dalam FB.
    thank you

  15. sham

    silakan..

  16. che manap ishak

    Saya rasa kagum dengan usaha kalian mengorek isu ini sampai begitu sekali… Harapan saya semoga osama masih hidup dan tidak lama lagi akan kembali bersuara.. Biar satu dunia tahu semua propaganda mereka terkantoi…..

  17. SHAARI BIN KARIM

    salam! guna teknologi terkini…super impose untuk menunjukkan realiti gambar sebenar dan kejadian yang telah berlaku tiada mustahil….tetapi penipuan media terkini telah berlaku didunia dengan tersebarnya maklumat rekaan manusia yang berniat jahat seperti syaitan……boleh dibuat seperti rekaan kes liwat dan video seks…ALLAH sahaja yang lebih mengetahuinya…..percayalah diakhir zaman ini ada lagi…..yang lebih teruk akan berlaku!

  18. sham

    ramai masih meragui siapakah sebenarnya osama? adakah beliau hanya seorang ajen CIA yang ditugaskan untuk memporak perandakan negara Islam? Jika tidak masalah US, masih bersembunyi.

    Malah pembabitan eksremis islam dalam pengemboman WTC juga meragukan. Tiada bukti langsung. Malah bukti yang ada lebih cenderung kepada Israel. Tiada warga israel yang berkerja di WTC terkorban seolah olah sudah tahu akan apa yang akan terjadi kepada WTC.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Kos Membersihkan Kebun
  • Radi Soberi on Kos Membersihkan Kebun
  • Hanie on Jualan Ebook Lebih RM300 Ribu Dalam Masa 10 Hari,Bestnya Jual Ebook
  • Nazeera on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Benarkah Osama Dalang Serangan WTC 911?

Sampai sekarang saya masih meragui osama atau Al-Qaeda menjadi dalang serangan t…