Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Panduan Buat Coklat Buatan Tangan
Berita

Panduan Buat Coklat Buatan Tangan

sham 22 Comments

Bila sebut tentang coklat pastinya ramai peminat. Malah saya sendiri merupakan salah seorang peminat coklat. Dulu kalau ke pasaraya, pasti beli vochell almond. Saya tak berapa suka coklat milk tapi dark coklat saya memang suka. Kadang kadang sambil buat kerja, coklat mesti kat sebelah.

Sekarang tak beli dah sebab wife dah pandai buat sendiri coklat buatan tangan. Memang sedap. Kalau yang berperisa, saya suka perisa honey dew dan juga mint.

Hari isteri saya lancarkan produk perniagaan internet pertama beliau iaitu Rahsia Coklat Buatan Tangan.

Anda boleh layari laman web Rahsia Coklat Buatan Tangan untuk maklumat lanjut.

Coklat sebenarnya:

1. Bukan penyebab kegemukan.

2. Baik untuk jantung.

3. Baik Untuk Kulit.

4. Boleh menghalang jerawat & parut.

5. Mengelakkan berlakunya kerosakan gigi.

6. Mengawal tekanan darah tinggi

dan banyak lagi la khasiatnya. Ramai yang tersalah anggap tentang coklat terutamanya penyebab kegemukan & masalah gigi. Sekarang ni ada ubat gigi berasaskan koko.

Diharap penghasilan produk ini akan meransang beliau untuk menghasilkan produk lain pulak. Mungkin beliau teruja dengan cara perniagaan internet saya buat di rumah. Saya dah pun minta dia siapkan produk kedua pulak lepas ni.

Kepada anda semua, ebook tidak semestinya berkenaan dengan perniagaan internet semata mata. Ada banyak niche lain yang boleh diterokai dan dijadikan ebook. Buka minda..

Artikel Berkaitan
  • Masalah Paypal: Temporary Hold Pending Investigation
    Kes sebegini saya pernah beberapa kali kena disebabkan akaun Paypal telah dihack atau mangsa Phising...
  • Belajar Buat Cupcake Tanpa Perlu Menghadiri Kursus Bakeri
    Saya tak tipu. Anda memang boleh belajar buat cupcake dari rumah anda. Ia adalah produk terbaru yang...
  • Panduan Buat Kek Kukus
    Panduan Buat Kek Kukus Kami baru sahaja menerbitkan satu lagi DVD berkenaan dengan bakeri iaitu Pan...
  • Terokai Internet Untuk Menjana Wang Untuk Keluarga
  • Panduan Perniagaan Produk Fizikal Secara Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • coklat buatan tangan
  • coklat buatan sendiri
  • coklat homemade tahan berapa lama
  • cara membuat coklat buatan tangan
  • coklat homemade boleh tahan berapa lama
  • resepi coklat buatan sendiri
  • cara buat coklat buatan tangan
  • resepi coklat buatan tangan
Post Views: 1,549
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:cara buat coklat coklat coklat buatan tangan panduan buat coklat

Related Articles

Semalam ada orang emailkan saya satu print screen yang dia …

Monsun Biz Kena Hack?

Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air
Saya pasti ramai yang tertunggu tunggu keputusan pilihanraya kecil di …

Keputusan Pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air

22 Comments

  1. mitacorp

    Salam…saya berminat untuk memulakan perniagaan internet…tp masih tercari2 macamana nak buat web/ page / kaedah utk hasilkan page menarik macam web buatcoklat tersebut… ada ke templatenya di mana2? harap dapat beri tunjuk ajar….tq

  2. sham

    mitacorp, untuk site tu design saya upah designer yang buatkan template dia.

  3. seri

    saya nak tanya, klu coklat ni kita nak bg untuk doorgift majlis perkahwinan, berapa lama ketahanan dia daripada cair ye. terima kasih

  4. sham

    kalau suhu bilik, tak cair…kalau letak tengah panas, cair la. Lagi satu, masa pembuatannya jugak penting…kalau silap masa buat, coklat takkan keras.

  5. beritacikgu

    hoho..dah lama tak buat coklat nih..

  6. fariza

    sy mmg pencinta coklat dan dh cuba wt sendiri coklat tu slps g kursus. tp sy nk tau btl ke ada bahan tertentu yg kne letak lam coklat tu utk bg dia x mudah cair dan tahan lama.

  7. sham

    Ia bergantung kepada cara buat coklat. Coklat sangat sensitif kepada suhu. Pastikan coklat dah sejuk bila nak masukkan dalam acuan. itulah yang isteri saya cakap bila saya nak reply komen Puan.

  8. azah

    kalau coklat dah sejuk baru masukkan dalam acuan …coklat tu tak keras ke?

  9. sham

    coklat yang sejuk masih cair. Dapatkan ebook buat coklat tu sebab dalam tu ada banyak soal jawab tentang cara buat coklat ni termasuk macamana nak pasarkan coklat yang dibuat.

  10. KomenEbook

    Ebook nukilan isteri Sham ini memang bagus dan ada tarikannya yang tersendiri. Tak rugi dibeli dan berbaloi untuk dimanfaatkan. Betul cakap sham, kita kena buka minda, niche sebegini pun, memang boleh datangkan pendapatan sampingan jika fokus dan bersungguh-sungguh. Di satu masa yang sesuai, produk ini akan saya review di blog utama saya 😀

  11. sham

    Terima kasih Rizal. Beliau adalah antara pelanggan kami yang telah memulakan bisnes coklat. Kat Terengganu, semakin berkembang maju.

  12. Arliana Kamal

    Salam. ERR nak tanya, kalau nak buat coklat homemade nie sesuai guna coklat apa eh? TQ

  13. sham

    Guna coklat kompaun dan coklat couveruture. Coklat masakan tidak sesuai kerana ia agak pahit dan tidak sedap.

  14. zue

    boleh berikan tips cara nak buat coklat dengan betul??

  15. sham

    Yang saya tahu daripada isteri saya:

    1. Coklat mestilah sudah sejuk apabila masuk dalam coklat.
    2. Coklat yang sudah siap, simpan kat luar peti sejuk.
    3. Tak boleh basuh acuan dengan sabun, gunakan sahaja air suam untuk membasuh. Kemudian keringkan.

    Untuk banyak lagi tips, kena dapatkanlah di http://www.buatcoklat.com

  16. shah

    Salam,

    Gagaimana cara untuk keringkan coklat yang kekadang berair (wap air) setelah dikeluarkan dari peti sejuk?
    Adakah dengan memadai dengan mengunakan kipas angin atau air drayer atau ada cara yang lain….

  17. sham

    letak je kat luar. air tu akan hilang dengan sendiri. letak bawah kipas pun boleh. tapi jangan guna dryer. Cair lah coklat tu nanti.

  18. bukit gambang

    bestnyer kalau dapat coklat percuma..hehe

  19. shamthecoklatwrapper

    lega rasanya dapat buat coklat sendiri dan jadi affiliate Puan Shida…
    jom lawat…

    terima kasih

  20. Ayu

    Boleh tak bagaimana caranya agar coklat tidak berpeloh setelah dikeluarkan dari mould setelah dikeluarkan dari peti sejuk.

  21. Ayu

    Boleh tak bagaimana caranya agar coklat tidak berpeloh setelah dikeluarkan dari mould setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
    Pembetulan email address.

  22. sham

    Letak je kat luar. Peluh akan hilang lepas tu. Coklat yang dah siap boleh simpan kat luar je dalam bekas kedap udara.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online
  • Panggilan Telefon Dari LHDN – Scam atau Betul?

Recent Comments

  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Lisa Che Aziz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Az on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • mdz on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • AZURA AHMAD on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • MOHD ROZIE BIN MASRIKIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?

Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kit…

Panduan Ebay Percuma

Raya dah semakin dekat. Saya sempat untuk update ebook percuma lama saya iaitu P…

Seemore pun adalah Malware!

Sebelum ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!…