Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Pekerja Jepun Cepat Mati Kerana Stress Mengikut Kajian
Berita

Pekerja Jepun Cepat Mati Kerana Stress Mengikut Kajian

sham No Comments

Negara jepun merupakan antara negara maju yang mempunyai pekerja yang workaholic. Mereka sangat tekankan kerja yang terbaik dalam segenap sudut walaupun sekecil mana jawatan mereka. Tiada istilah mengelat dalam budaya Jepun. Dalam satu artikel di Utusan  mengatakan kajian dibuat oleh kerajaan jepun, pekerja mereka cepat mati!

TOKYO 8 Okt. – Setiap lima pekerja di Jepun menghadapi risiko untuk mati akibat kerja berlebihan, menurut kajian terbaharu tentang budaya kerja negara ini.

Kajian yang dilakukan oleh kerajaan Jepun itu melaporkan, beratus-ratus kematian berlaku setiap tahun di negara ini membabitkan kerja berlebihan yang mengakibatkan angin ahmar, serangan jantung dan bunuh diri.

Selain itu, pekerja turut menghadapi masalah kesihatan serius yang membawa kepada kes saman di mahkamah.

pekerja-jepun

Kredit imej: Utusan Malaysia

Kajian itu merupakan sebahagian daripada kertas putih pertama negara ini terhadap ‘karoshi’ atau kematian akibat kerja berlebihan yang dikuatkuasakan oleh kabinet Perdana Menteri, Shinzo Abe, semalam.

Walaupun imej pekerja Jepun yang bekerja dalam tempoh berjam-jam setiap hari sebelum menaiki kereta api terakhir untuk pulang ke rumah semakin berubah, tetapi masih ramai yang menghabiskan masa berjam-jam di pejabat berbanding pekerja negara lain.

Menurut laporan kertas itu, sebanyak 22.7 peratus syarikat antara Disember tahun lalu dan Januari ini memaklumkan, pekerja mereka bekerja lebih masa selama 80 jam setiap bulan sekali gus memperlihatkan risiko kematian akibat kerja semakin serius.

Laporan itu menambah, kira-kira 21.3 peratus pekerja Jepun bekerja selama 49 jam atau lebih setiap minggu berbanding 16.4 peratus di Amerika Syarikat (AS), Britain (12.5 peratus) dan 10.4 peratus di Perancis.

Rumusan daripada kajian itu menyatakan, pekerja Jepun mengalami tekanan paling tinggi akibat kerja sekali gus mencetuskan gesaan agar syarikat-syarikat terlibat meningkatkan persekitaran kerja yang lebih baik. – AFP

Memang hebat budaya kerja Jepun. Mereka cukup berdisiplin dalam bekerja. Harap di negara kita diterap budaya yang sama dengan penambahbaikan dengan persekitaran kerja yang baik. Bukan senang nak mencapai status negara maju. Jika negara maju, minda tak maju. Ke laut semuanya.

Contoh terbaik keadaan tandas awam kita. Kebanyakannya kurang terjaga dan memalukan kepada pelancong yang datang ke negara kita. Mungkin banyak perkara yang perlu belajar daripada negara yang lumpuh dalam perang dunia kedua, kini menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.

Belum terlambat untuk kita belajar.

Artikel Berkaitan
  • Cara Paksa Pokok Berbuah
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini post saya pertama dalam blog ini pada tahun 2019 ni. Lama b...
  • Takziah Buat Keluarga Taqiyudin
    Hari saya agak terkejut apabila mengetahui salah seorang sahabat IM yang meninggal dunia di WangCybe...
  • Bagaimana Majikan Memilih Pekerja Menerusi Sikap di Media Sosial
    Saya tertarik tulisan Tuan Khairul Hakimin Mohammad  berkenaan bagaimana majikan menilai bakal peke...
  • Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?
  • AUKU,Pelajar dan Politik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 3,154
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:budaya kerja jepun jepun

Related Articles

Singapura nampaknya akan bertambah luas apabila Pulau Batu Putih dapat …

Oh..Pulau Batu Putih Dapat Kat Singapura!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Topik hari ini berkaitan dengan peluang …

Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akaun Facebook Saya Dibatalkan Sementara

Sekejap tadi saya menerima emel yang menyatakan akaun personal Facebook saya dib…

Gambar Perkahwinan Di Terengganu

Ni gambar ketika di Terengganu pada 17hb baru ni. Saya lupa nak ambik gambar sua…

Mawi Nak Kawin,Sponsor Berjuta

Nampaknya mawi dah nak kawin dah. 20 Disember 2008. Pertengahan cuti sekolah,sen…