Semua cerita dalam surat khabar hari ini adalah berkenaan pemilihan UMNO dan parti komponen BN yang seperti MCA,Gerakan dan sebagainya. Pemilihan UMNO telah ditunda pada Mac 2009, berita tentang pemilihan ini akan berterusan sampai selesai.
Situasi politik negara masih terumbang ambing. Disamping krisis 3F iaitu financial,food & fuel. Ia menambahkan kepanasan hati rakyat dan situasi politik. BN diserang bertubi tubi daripada pembangkang. Kadang kadang pelik reaksi BN terhadap PR ni, over reacted!.
Ya..politik itu kotor. Tak dinafikan… Ia digunakan sepenuhnya oleh kedua dua pihak samada pemerintah mahupun pembangkang. Dua dua guna cara kotor untuk melemahkan antara satu sama lain. Apa pun kita memerlukan kerajaan yang kuat untuk memerintah dan memulihkan keadaan yang agak “kacau” sekarang ni.
Majlis Raja Raja telah selesai bersidang di negeri tercinta iaitu Terengganu. Raja Raja Melayu mengingatkan jangan mempersoalkan hak istimewa bumiputera atau kontrak sosial yang menjadi asas pembinaan negara ni 51 tahun yang lepas.
Pastu tetiba pulak MB Selangor, Khalid Ibrahim berkata “rakyat berhak mempersoalkan kontrak sosial”. Saya pun pelik dengan dia ni. Kenyataannya seringkali menimbulkan kontroversi. Dulu isu UITM, “ternak kerbau pendek secara moden”, air percuma dan banyak isu lain yang dibisingkan di media.
Dia mengamalkan pentadbiran cara korporat kot. Caranya tak elok untuk orang politik, tapi bagus untuk korporat. Beri peluang kepada mereka memerintah. Membangkang senang je dulu, bila dah jadi pemerintah baru la tahu bagaimana susahnya memerintah.:P
Apa yang saya harapkan ialah negara terus stabil. Tiada lagi yang menimbulkan isu yang mencucuk hati antara kaum di Malaysia. 50 tahun kita boleh bertolak ansur, tahun 51 ia menjadi haru biru. Entah la apa nak jadi..
Dunia..Dunia..

zGreat
Sham, tolong check website nie. mcm ala-ala monsun jer nie.
http://grandvirtualresources.com/
sham
yup sama…just tukar nama syarikat ,lepas syarikat dulu dah kantoi..
Rizal KomenEbook
(salam) Sham
saya pun heran dengan MB Selangor ni, gunakan statement yang konterversi untuk menarik perhatian.
Politik secara asasnya adalah bersih dan antaranya bertujuan untuk kepentingan komuniti sosial dan sahiah yang berpanjangan, tapi telah dikotorkan oleh mereka2 yang berkepentingan, tak kiralah dari golongan kerajaan dan pembangkang…
saya pun harap pasni, tiada lagi sebarang isu berkaitan kontrak sosial disebutkan…mereka ni spatutnya berfikir sebelum bertindak melulu
Madmi
Alah, biasa la orang PKR ni ikut kepala (ketua) diorang la.
Bila nak bagi org dengar ckp diorang, cakap jer sesuatu yang kontroversi, melalut pun takpa.
Diorang sebenarnya nak tutup kelemahan diorang-“Tak reti buat kerja!”
Yang pelik tu pengikut2 taksub btul dengar 🙄
bertz
BN tak pernak ketandusan pemimpin..caya la.
abdfatah
blogstarz tu apa kebenda hehh???