Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Penganjur Skim Mekah Islamik Hotel Cabut Lari
Berita

Penganjur Skim Mekah Islamik Hotel Cabut Lari

sham No Comments

Mekah Islamik Hotel yang kononnya nak membantu orang melayu kini telah terkubur. Penganjur skim ini dikatakan telah melarikan diri apabila para pelabur mencarinya di rumah. Saya tak nak cakap apa. Dalam artikel saya sebelum ni pun dah mengingatkan tentang kemungkinan ini.

mekah-islamic-hotel

Skim Mekah Islamik Hotel ini yang kononya menawarkan keuntungan bagi sewaan hotel di Mekah. Mereka mendakwa memajak hotel di Mekah dan menawarkan pulangan pulangan tetap kepada pelabur mereka. Tindakan mengunakan nama mekah dan islamik telah memburukkan nama islam itu sendiri.

Semoga dalang skim ini ditangkap dan dihukum diatas tindakan menghina islam dan tempat suci orang Islam dengan membuat skim cepat kaya untuk menarik orang melayu islam di Malaysia, Thailand dan beberapa negara lagi. Ia amat menyedihkan kerana membabitkan agama dalam skim mereka.

Mungkin didunia mereka boleh lari, tapi akhirat nanti dapatlah balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Skim cepat kaya secara asasnya mengunakan wang kemasukan ahli baru untuk membayar ahli lama. Apabila kehabisan duit untuk rolling skim ini, ia akan terkubur sebagaimana kebanyakan skit yang tumbuh selepas hujan.

Ustaz, tok imam dan lebai pun ramai yang menyertai skim ini. Mereka meletakkan flier mereka di masjid-masjid untuk mencari mangsa. Pada permulaan mereka membayar dengan duit kemasukan ahli baru. Jadi itu yang mereka jadikan testimoni untuk menarik pelabur baru.

Akhirnya menyontot seperti yang dijangka.

Apa yang boleh dikatakan ialah takziah keatas kehilangan duit simpanan anda. Harap tiada yang membuat pinjaman semata mata untuk menyertai skim ini. Jenuh nak membayor hutang tu oi..

Jika ingin menyertai sebarang pelaburan pastikan ia mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia lebih selamat dan terjamin. Jangan terlalu teruja walaupun dikatakan ada artis atau menteri datang membuat perasmian program skim tertentu. Jika artis mereka dibayar untuk membuat penampilan di dalam program yang dianjurkan skim tertentu.

Buat sedikit kajian di internet kerana mungkin ada yang akan membuat analisa berkenaan sebarang skim sebelum ia mula menyontot. Beringat sebelum kena.

Sekali lagi takziah buat mangsa skim MIH ini.

Artikel Berkaitan
  • Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel Ditangkap Kerana Menipu
    Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel telah ditangkap atas dakwaan menipu. Beliau bersama Isteri, Anak d...
  • Mecca Islamic Hotel Adalah Mecca Fund Global
    Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa skim yang dibawa Mecca Fund Global adalah ha...
  • Buat Duit Dengan Agoda
    Agoda.com merupakan antara laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dari seluruh dunia....
  • Skim Abunur Memperguna Rumah Anak Yatim
  • Kenapa Kami Larang Join Skim Cepat Kaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 49
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:mecca islamic hotel mekah islamik hotel mih

Related Articles

Teknik Bijak Tetapi Kotor Syarikat ISP China
Saya baru menerima email daripada satu syarikat registrar dari China. …

Teknik Bijak Tetapi Kotor Syarikat ISP China

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya
Semalam saya tunggu sampai pukul 3. Nampaknya 5 negeri akan …

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

pengasas mecca islamic hotel

Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel Ditangkap Kerana Menipu

Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel telah ditangkap atas dakwaan menipu. Beliau be…

Mecca Islamic Hotel Adalah Mecca Fund Global

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa skim yang dibawa Mecca F…