Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel Ditangkap Kerana Menipu


Pengasas Skim Mecca Islamic Hotel telah ditangkap atas dakwaan menipu. Beliau bersama Isteri, Anak dan Pembantu beliau telah ditahan di sebuah hotel di Kuantan iaitu tempat persembunyian mereka. Siasatan awal polis, semua akaun bank di dalam negara telah ditutup dan duit telah dipindahkan ke luar negara.

pengasas mecca islamic hotel

Nampak tak permainannya kat situ kan? Sebelum mereka buat skim, sudah ada exit plan untuk mereka melarikan diri. Jika ditangkap sekalipun, setelah hukuman penjara 2,3 tahun. Mereka keluar dengan duit yang banyak hasil penipuan skim mereka sebelum ini. Bagi mereka yang tak tahu tentang skim ini, anda boleh baca di:

Mecca Islamic Hotel Adalah Mecca Fund Global

Berikut adalah artikel daripada Harian Metro berkenaan penangkapan ini.

Kuala Lumpur: Empat suspek utama skim pelaburan Islamic Fund termasuk seorang wanita ditahan di dua lokasi, kira-kira 5 petang tadi.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga suspek ditahan di hotel di Kuantan, Pahang, yang dijadikan tempat persembunyian mereka manakala suspek wanita terbabit ditahan di rumah di Kuching, Sarawak.

Katanya, semua suspek berusia lingkungan 19 hingga 43 tahun menjalankan kegiatan pelaburan yang menawarkan pulangan keuntungan 10 hingga 30 peratus sebulan melalui perniagaan pajakan di beberapa hotel di Makkah.

“Antara yang ditahan adalah pengasas skim pelaburan, isteri dan anak lelakinya serta seorang pembantu kanan.

“Sejumlah 37 laporan polis diterima dan 8 kes dibuka membabitkan nilai kerugian RM3.8 juta. Hasil risikan mendapati skim ini berjaya menarik ramai pelabur,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati masih ramai lagi pelabur yang enggan atau tidak mahu membuat laporan polis kerana masih berharap untuk mendapat semula wang pelaburan mereka

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek utama sudah menutup semua akaun bank dalam negara dan polis sedang berusaha untuk mengesan sejumlah wang yang dibawa keluar oleh suspek menerusi akaun luar negara.

“Turut dirampas kenderaan mewah milik suspek antaranya Toyota Land Cruiser, Hyundai Starex, VolkswagenPolo, Mitsubishi Triton, Toyota Vellfire dan Toyota Estima.

“Semua suspek yang ditahan akan direman untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, Acryl Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan berhati-hati dengan sebarang bentuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Sekarang kes untuk MIH atau Mecca Islamic Hotel ini boleh tutup buku. Duit dah lebur dah. Nak melabur, tapi lebur. Semua duit pelabur telahpun dilarikan ke luar negara. Jadi kena penjara pun, keluar nanti kaya raya. Senangnya buat skim cepat kaya kan?

Jadi apa yang boleh diambil iktibar daripada kes ini. Jangan mudah percaya

Berikut keratan akhbar Harian Metro 27 Oktober 2016

mih-cabut-lari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • makkah fund hotel
  • cikgu amir ditangkap
  • mekah islamic hotel scams
  • penagkapan skim dinar
  • pengarah urusan Islamic Hotel ditangkap
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. Carian Semasa October 27, 2016
  2. Hanis October 6, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!