Nampaknya shuhaimy aka Shuth dah tukar status kepada usahawan internet sepenuh masa. Kerjayanya sebagai webmaster di NIOSH telah berakhir hari ini. Beliau menulis blog dalam keadaan ghairah berkain pelikat sahaja pada hari ini.
Tidak lagi perlu bergegas untuk ke pejabat. Bersesak dalam traffic jam. Semuanya aman sahaja dirumah. Tengok isteri & anak anak. Seronok kan shuth? Rasanya dah beberapa tahun shuth menunggu saat tersebut. Tiada hutang atau financially free dah tercapai.
Apa yang perlu dilakukan ialah relax & buat apa yang kita suka. Walau bagaimana pun perjuangan sebagai usahawan internet sepenuh masa baru sahaja bermula. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dikala pengawai kerajaan susah hati gaji tak cukup, shuth berhenti kerja..hohoho
Selamat maju jaya buat shuth & keluarga… sebab isterinya juga adalah usahawan internet! Mungkin anak shuth nanti pun akan mengikut jejak langkah mereka. Jadi keluarga Usahawan Internet la lepas ni. 🙂
Mereka dah mempunyai rangkaian perniagaan yang agak mantap dalam niche berbeza. Seronok kalo sehati sejiwa macam tu..

shuth
ho! ho! ho!.. thanks sham..
jangan terkejut jika seleaps ini, jumpa saya, berat badan saya sudah bertambah dan bilangan anak saya juga bertambah.. oh!
sham
hehehe.. takpe shuth..tambah umat islam..
Jadi IM full time memang best dari segi masa untuk keluarga. Tak jadi IM full time dah “sihat”, lepas ni makin sihat la..
saya pun kena diet dah ni..huhuhuhu
Fai
Hehehe.. Tergelak besar saya baca komen shuth.. 😆
PS: Ala.. Tak lama lagi Sham pun dan kahwin.. Boleh tambah lagi berat badan tu.. 🙂
Din Beramboi
Hoho…anak jer ker yg bertambah Shuth? Isteri tak bertambah? hehe.. 😀
sham
pedih komen tu…pasangan bahagia, sorang pun dah cukup dah..betul tak shuth…
jangan tambah bala..bukan pahala..:p
Din Beramboi
Hehe…gurau2 jer tu Sham… =) Hope bahagia selalu la Shuth..