Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Program Amal: Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Berita

Program Amal: Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

sham 1 Comment

Sempena ramadhan, ada satu pertubuhan amal yang mengumpul baju baju untuk diserahkan kepada anak anak yatim. Program ini dinamakan Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Ia mensasarkan sehelai baju hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada anak anak yatim.

Rumah Anak Yatim As-Solihin Jalan Aman Kanchong Darat, Banting, Selangor

Rumah Anak Yatim As-Solihin Jalan Aman Kanchong Darat, Banting, Selangor

Hanya baju baru tau. Baju terpakai tidak diterima ya. Sebabnya ia untuk berlaku adil kepada anak anak yatim. Mungkin ada yang menerima baju terpakai dan ada yang menerima baju baru nanti. Jadi pihak penganjur program ini hanya mahukan sumbangan baju baru sahaja.Setakat ini mereka menerima Baju Melayu dan Baju kurung sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari  http://sehelaibaju.com.

Sumbangan wang tunai tidak diterima. Hanya pakaian sahaja diterima. Anda boleh layari laman web berkenaan untuk memilih rumah anak yatim yang ingin anda berikan sumbangan. Anda boleh lihat saiz-saiz baju anak anak yatim di rumah anak yatim berkenaan. Mereka ini berumur diantara 7 hingga 18 tahun.

Pada tahun ini, pihak penganjur mensasarkan 10,000 helai baju raya untuk anak-anak yatim diseluruh Malaysia. Jika anda ingin menyumbang, beli pakaian di tempat anda. Kemudian poskannya kepada pihak penganjur. Mereka akan edarkannya sebelum hari raya menjelang.

Insyallah, saya bagi pihak Shamsuriyadi.com akan turut membantu mengumpul lebih banyak baju untuk anak anak yatim berhari raya dengan gembira pada tahun ini. Pada tahun lepas, mereka berjaya mengumpul lebih 3500 pasang baju. Tahun ini sasaran lebih besar dan lebih ramai anak yatim akan menerima sehelai baju untuk berhari raya.

Saya mendapat tahu program ini daripada sahabat saya JimieyRay yang merupakan salah seorang pengerak program amal ini.

Pusat Pengumpulan:

SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

D/A: Ahmad bin Sa’abun No. 12,

Jalan Platinum 7/44,

Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor,

Darul Ehsan H/P: 016-2151192

Kempen ini sebelum ini berlangsung menerusi Facebook sahaja untuk mengumpul pakaian sumbangan orang ramai.

Penuhkan ramadhan kali dengan sedekah dan amal jariah. Bagi yang menyumbang, semoga Allah membalas jasa anda dengan syurga di akhirat kelak.

Artikel Berkaitan
  • Cara Jadi Kaya Tanpa Menang Loteri
    Hebat betul tajuk ebook ini. Ia merupakan ebook Team Penang yang digunakan untuk jualan amal. Anda b...
  • Panduan Bisnes Baju Kurung & Senarai Supplier
    Panduan Bisnes Baju Kurung Bisnes pakaian adalah antara bisnes yang tidak akan malap. Ia akan terus...
  • Idea Bisnes Untuk Raya, Bulan Ramadhan Hampir Tiba
    Raya Hampir Tiba Lagi Rasanya tidak lama lagi mula la iklan raya kat TV. Biasanya sebulan sebelum...
  • Anda Wajib Tahu Sebelum Membangunkan Kedai Online Amazon
  • Keburukan Program Berkonsepkan Head Hunting
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • sedekah baju terpakai
  • tempat sedekah baju
  • pusat pengumpulan pakaian terpakai shah alam
  • tempat sedekah pakaian
Post Views: 984
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:program amal

Related Articles

Anda Ingin Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video? Berada di …

Buat Duit Dengan Clickbank Menerusi Video

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya
Semalam saya tunggu sampai pukul 3. Nampaknya 5 negeri akan …

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya

One Response

  1. siege

    Alhamdulillah, semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada setiap bulan ramadhan.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Geran Percuma Dalam Ternakan Kelulut
  • Kawan Online Bagi Hadiah Tapi Suruh Bayar Kurier? Scam ke?
  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya

Recent Comments

  • sham on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Nadia on Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Fatimah on Kos Membersihkan Kebun
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • NORAZLEN BINTI MOHAMAD SALIN on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Iman nazihah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Perhatian Untuk Stokis Magic Water

Seperti yang saya tulis berkenaan dengan Magic Water yang dijual oleh Nora &…

harga minyak masak

Harga Terkini Minyak Masak dan Bahan Api

Mencabar betul pada bulan November ini, 2 jenis minyak yang menjadi nadi kehidup…

MECD Dimansuhkan,Nasib Usahawan Bumiputera Bagaimana?

PM Baru Malaysia, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan kabinet baru beliau. …