Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau Pinang.
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.
DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.
Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.
Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.
“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.
Kenyataan cukup berani Lim Guan Eng. Saya rasa ia pasti akan menimbulkan banyak isu yang kerajaan cuba elakkan iaitu survival orang melayu…
Dasar DEB dibuat untuk memelihara hak hak orang melayu. Tetapi apabila tak dilaksanakan, orang melayu akan terasa kesan yang cukup perit di Pulau Pinang. Kronisme bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak melaksanakan DEB. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang agak ketinggalan saya kira. Mereka hanya tinggal di pinggir bandar.
Nampaknya DAP dah menunjukkan belangnya. Bukan masanya untuk DEB tidak dilaksanakan dengan keadaan Bumiputera masih mundur. Tidak dinafikan masyarakat Cina menguasai ekonomi di Pulau Pinang. Kedai kedai dibandar telah dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina.
Jika orang Melayu meniaga di bandar pun pasti orang melayu tak menyokong perniagaan bangsa sendiri. Ia mungkin kelemahan yang perlu orang melayu ubah demi survival Bangsa Melayu. Ini telah cuba diubah sejak dari merdeka, namun hingga kini orang melayu masih dalam keadaan yang sama.
Kenyataan DAP yang memansuhkan DEB di Pulau Pinang akan menimbulkan reaksi daripada pemimpin Melayu di Malaysia. Mungkin sebab itulah orang Melayu mesti menjadi PM,MB dan Yang Di Pertua Negeri. Di Perak,nasib agak baik kerana Undang Undang Badan Perak yang menwajibkan MB mestilah orang Melayu dan Islam. Jika di Perak pun dimansuhkan DEB, nasib orang orang melayu di Perak akan diperjudikan.
Ia mungkin satu ingatan kepada orang Melayu agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Ia sudah sampai masanya untuk kita belajar berdikari. Tiada orang yang akan memelihara hak Melayu jika kita sendiri tidak memperjuangkannya. Inilah demokrasi di Malaysia. Anda telah memilih pemimpin anda…Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tersalah Undi Buruk Padahnya…hehehe
Untuk mendapatkan kontrak kerajaan di Pulau Pinang adalah mustahil dan kerana kita tiada kuasa wang untuk kita “bermain”. Kaum Cina mempunyai kuasa wang. Namun, anda masih boleh mencuba.Lagipun ia adalah terbuka bukan? Siapa yang akan menjadi “hero” di Pulau Pinang nanti ye?
Banyak betul kejutan yang berlaku dalam minggu ni. BA menang besar. BN menang cukup cukup makan dalam PRU 12. Namun, ia adalah bukti bahawa tiada manipulasi SPR. Kalo ada manipulasi, BN tak la kalah seteruk ini dalam sejarah 50 tahun negara merdeka.
Orang meninggal pun ramai selepas pilihanraya ni. Terkejut agaknya. Ia adalah sekadar pendapat saya. Saya cuba berharap semua pemimpin Melayu bersatu tidak kira la mereka UMNO,PAS atau PKR. Jika kita bersatu, kita mampu menguasai ekonomi…Lagi satu jangan sampai kita hilang kuasa politik.
“Ya ALLAH, Kau satukanlah Bangsa Melayu untuk menjadi Bangsa yang gemilang dan terbilang. Janganlah KAU pecah belahkan kami sehingga menjadikan kami bangsa yang lemah. Eratkan hubungan diantara pemimpin peminpin Melayu untuk memperjuangkan nasib Bangsa kami. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambamu yang lemah ini” – Amin
ramzy0
well, secara positive’nya org melayu kenela berusaha kuat lagi, keluar dari comfort zone.
smartzul
Bila kita cuba mempertahankan bangsa Melayu, ada orang kata kita nak jadi hero Melayu.
Bila kita cuba mengkritik usaha orang Melayu, kita dikata dengki.
Bila kita berusaha-niaga dengan bangsa lain, kita dikata mahu merosakkan bangsa sendiri.
Bila…
Semuanya pasti tak kena apa yang kita buat. 🙂
.
.
Nah sekarang, sudah tiba masanya bangsa Melayu belajar survive. Sampai bila lagi mahu bergantung harap kepada kerajaan? 1000 tahun lagi ke? Dah tiba masanya..
Sahut apa sahaja cabaran sebaik mungkin. Jangan cepat patah semangat dan jangan hanya kuat melaung “takbir” sahaja. Usaha kena buat juga. Usaha kuat! 🙂
Muax
Bro tak da isu lain ker? DEB dah lapok lah .
Majority daripada kami adalah chinese , DEB memang tak relevan dengan Penang.
BN kata bila DAP hapus DEB , maka orang melayu akan tertindas, ini satu penipaun orang melayu Pulau Pinang sendiri jual tanah mereka pada MCA , then susah, dulu pun masa MCA perintah pun susah jugak , samalah bro,
Dulu MCA memerintah orang melayu terbela ker? DEB hanya untuk KRONI MELAYU sahaja? berjayakah DEB? Berjayakah DEB membantu melayu? dah tak da orang lain ker nak dapat kontrak kerajaan? tak da melayu lain ker yang lebih baik?
Be professional bro .
melayu baru
tanahair ini tempat tumpah darah kita.. bukan setakat survival tapi hak melayu dipertahankan kerana ini tanah kita..pusaka bangsa..bangunlah kita untuk majukan diri dan bangsa..insyaAllah
sham
ramzy0, kita memang kena usaha kuat untuk survive sebab akan datang cabaran akan lebih hebat..
muax, emosional nampak..:p.
awak kena fahamkan overall tu post tu…apa yang saya harapkan semua pemimpin melayu bersatu..itu yang akan buatkan bangsa kita kuat.. saya tahu masa MCA pun kurang terbela.Presiden BN & PKR pun kat penang kan?
DEB untuk menolong bumiputera,apa yang salah sekarang pelaksanaannya. Betulkanlah pelaksanaannya..itu je..
peace..
titan
Apa yang pasti, kita tengok tahun pertama DAP jaga Penang. Biasanya, kita leh nampak perubahan sikit demi sedikit. So, hope they can do something better..
beduz
teringat lagu ‘warisan’ yg selalu di nyanyikan masa kat MRSM dulu. dimana mesej lagu tu menceritakan persengketaan antara bangsa sendiri akan menyebabkan hilangnya maruah bangsa dan juga harta benda di bumi sendiri. bumiputra ‘mengemis’ di tanah mereka sendiri. saya pergi pasar malam di sg nibong(penang) pd hari ahad. dimana peniaga melayu dan india muslim menyuarakan kebimbangan mereka. adakah mereka terus dapat mencari rezeki di tempat itu lagi selepas ini?
RizalHardy
sedikit pembetulan… parti GERAKAN, bukan MCA yg memerintah penang sblm nih….
sebetulnya org melayu penang merasakan DEB yang menyelamatkan mereka selama ini,walhal hanya segelintir saja yg mendapat manfaat daripadanya…’ehm’…(kroni)
Saya merasakan pelaksanaan DEB masih relevan, cuma cara ianya dijalankan perlulah lebih telus….
memandangkan CM penang dah umum penang negeri bebas DEB….tunggu dan lihat apa bakal terjadi pada melayu penang….
sham
kita tengok dan lihat jela DAP memerintah selama 5 tahun.nilai bagaimana mereka pimpin PP..kita tak tau kalo tak bagi dia cuba perintah…perkara sama terjadi di Terengganu dulu pada 1999..
abdfatah
hahaha… meh laa kita pakat2 cuba try tengok perkembangan yang setrusnya dan terhangat masa kini…
deb biar kena caranya baru laa ngetop kalo tidaknya… di mana2 jua takkan ke mana insan yang bernama melayu… walhal dah ramai contoh yang telah berjaya berdikari…
smartzul
Di samping kita tunggu dan lihat, marilah bersama-sama kita semua usaha betul-betul dalam bisnes. Cakap banyak pun tak ke mana jugak. Hehe.. 😉
Bagi saya, teramat sukar untuk kita buat rumusan sebab baru je beberapa hari DAP memegang tampuk pemerintahan di Penang. Kalau ada kontra dgn penghapusan DEB, kita tengok apa pelan tindakan DAP kepada semua bangsa. Kita bagi masa.
ahib0205
hm.. tunggu dan lihat je la ek. apa2 pun nk puaskan hati semua org memang tak dpt lah. sesapa pun kalo pegang kuat dgn konsep AGAMA masing, segala tindakan akan releven! WAduh kena byk sbr dunia la ni…
Muax
Saya emo? tak hanya barisan perkataan yang agak “mempersoal” dan isu DEB tak relaven .
Saya harap dan doa supaya DAP memerintah dengan baik , adil dan saksama.
Satu jer beza , kita orang islam ada Allah , tuhan sekalian alam , anytime Allah boleh buat keputusan .
Menjadi tanggungjawab kita supaya tak buat dajjal , tingkatkan amal , moga2 orang islam diberkati dan dilindungi.
zuhairy
saya juga sependapat dengan Muax.
Tapi bukanlah saya tak sayangkan Melayu dan sokong DAP 100%! Kita kena lihat semula kebelakang. Sebelum ni, siapa yang memerintah Penang?Ya, Gerakan-BN. Nyatanya Melayu di sana tetap terpinggir.
Saya rasa kita kena bagi peluang kepada DAP kotakan janji-janjinya dahulu. Bukan membuat telahan awal.
Tidak dapat dinafi, usaha Tun Razak memperkenalkan DEB satu langkah yang bijak dalam ertikata jika dilakukan dengan cara yang telus. Malangnya, perlaksanaannya mengalami banyak ‘kebocoran’ dan akhirnya merugikan bangsa Melayu sendiri.
Melayu yang baik dengan pemimpin, kroni dan kaki ampu akan jadi kaya. Rakyat biasa?! Maka hasilnya, Melayu Pulau Pinang sendiri ‘bertempiaran’ lari apa bila pembangunan datang. Persoalannya, sapa yang perintah Pulau Pinang?
Mengajak bersatu memang baik. Tapi biarlah bersatu dengan nama keadilan untuk semua. Bukan bersatu atas nama bangsa sahaja! Itu assabiyyah namanya. Kita dituntut bersatu dan berlaku adil kepada semua orang tak kira parti, agama dan bangsa.
sham
Lim Guan Eng pegang portfolio tanah dan pembangunan tanah…Jangan pulak orang melayu kat penang, jual tanah pusakan yang ada.. Hanya tu yang orang Melayu penang ada…
Simpan la utk anak cucu nanti..
Muax
Bro , dah nak habis tanah kat Penang tu dijual.
Kita ada akta ketuanan melayu tapi kita tak pandai guna.
Tak per lah esok lusa adalah nanti Allah hantar orang melayu cerdik amik balik tanah2 tu .
sham
ohh..yeke..sayangnye..dah la rumah kat penang mahal…tanah takde.. yang tinggal tu jangan dijual la..
zuhairy
betul cakap muax tu bro,
saya orang kedah, duduk kat sg petani, selalu ke penang..ekuiti bumiputera kat penang ciputtttttt jer. tu pun sebab ada mamak nasi kandar. kalau tak, memang 0% ekuiti bumiputera kat penang. tu kisahnya bermula dari zaman BN-Gerakan lagi!
KA'AB
Sham:
Merujuk kepada perenggan empat tulisan anda, saya adalah salah seorang dari ‘mangsa’ yang anda maksudkan. Saya berniaga di tengah-tengah komuniti Islam, menjual keperluan asas ummat Islam, yang tanggungjawab Fardhu Kifayah. Namun orang orang-orang Islam di sekitar saya, yang solat berjamaah satu saf dengan saya, lebih rela membeli di kedai-kedai orang yang tidak seagama dengan saya.
Tetapi apabila di dalam soal DEB, wajarkah kita merasa terancam dan bakal terpinggir ? Di manakah rasionalnya ?
Kekuatan ekonomi ummat Islam tidak sekadar di tangan ahli perniagaan. Tetapi golongan yang lebih menentukan keutuhannya ialah pengguna.
(Saya lebih suka menggunakan istilah ‘Ummat Islam’ berbanding ‘Melayu)
Pendekar
DAP?
Berilah peluang,belum apa lagi dah byk komplen.Inilah Melayu.Bunyi banyak….keja belum tentu buat.
“Aku tidak mahu tahu berapa banyak masa kau bekerja,aku cuma nak tahu berapa banyak kerja yang kau siapkan”
-ahli falsafah- nama tak ingat lah pulak…
Fiker2 kan…
Siti
Dan kini 2017…. Di mana melayu… Peluang pekerjaan besar, perniagaan besar dimonopoli oleh kaum DAP.. Contoh, lihat dlm Jobstreet saja sudah, 99% syarat kelayakan adalah degree dan fasih Chinese… Anak2 Melayu, graduan2 bumiputera hanya mampu pegang jawatan bawahan, kalau ada pun dlm organisasi chart,itu cuma nak cantikkan chart. Wahai bangsa Melayu dan muslim, bangunlah,jangan leka dan tertindas lagi.. Bkn salah pemerintahan 100% tapi dari kelemahan bangsa melayu sendiri juga..