Sekarang tengah viral berkenaan ada yang menjual sambal dengan branding yang hampir sama. Ia dikata menunggang sambal viral Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Berapi. Jadi saya nak mengulas sikit la pasal benda ni.
Adakah KA boleh saman?
Sebelum ni pernah ada kes dimana yang mengunakan design dan nama yang sama dengan Sambal Nyet Berapi keluaran Khairul Aming. Ia berlaku dengan mengunakan nama dan rekabentuk yang sama. Jadi KA ada hak untuk menghalang penjualan sambal orang lain mengunakan nama dan label yang sama dengan beliau.
Bagaimana pula dengan Sambal Nyet Khairi ini?
Tindakan undang-undang boleh diambil jika Khairul Aming mendaftarkan nama Sambal Nyet sebagai pemilik hakcipta di MyIPO. Jika tidak didaftarkan, memang tak boleh buat apa sebab rekabentuk label hampir sama tetapi tidak sama. Kedua duanya rekabentuk yang minimalist. Simple tetapi sampai maksudnya.
Update: KA telah mendaftarkan Sambal Nyet Berapi di MyIPO. Jadi tindakan undang-undang boleh diambil jika penjual berkenaan enggan menarik balik penjualan di Shopee dan Tiktok.
Jadi penting untuk mendaftar brand yang kita bangunkan dengan MyIPO jika nak melindungi daripada plagiat sebegini. Hanya ubah sedikit warna, logo dan berbeza mereka yang meniru boleh teruskan perniagaan.
Jadi tindakan undang-undang memang sukar. Jika diteliti daripada rekabentuk label. Ia berbeza jika Khairul Aming daftarkan nama Sambal Nyet sebagai cap dagang beliau. Sekarang dah macam label tin sardin dimana semuanya hampir sama dengan warna merah.
Dari sudut pemasaran, pemilik sambal nyet khairi ini bijak menunggang brand dan pemasaran orang lain. Daripada jualan pun dalam masa yang singkat sudah beribu botol sudah berjaya dijual. Malah strategi Khairul Aming yang menyertakan kad bersama sambal juga sama. Cuma muka orang lain.
Malah ada yang keliru dengan Sambal Nyet Berapi dengan Sambal Nyet Khairi ini menerusi komen pembeli di Shopee. Sambal Nyet Khairi rasanya kurang pedas berbanding dengan keluaran Khairul Aming yang telah terjual lebih daripada 2.3 juta botol di Shopee.
Daripada sudut etika, cubaan ini cuba untuk hijack market Sambal Nyet Berapi dengan rekabentuk label yang hampir sama. Malah harga pun berbeza 5sen sahaja. Memang tidak jauh beza, cuma dari segi rasa pedas dan kurang pedas. Itu sahaja.
Apa Yang Khairul Aming Boleh Buat?
KA boleh daftarkan trademark untukĀ katakunci “sambal nyet“. Jadi orang lain tidak boleh guna nama tu dalam branding mereka. Jika sudah daftar, boleh keluarkan surat amaran atau surat saman terus. Biasanya amaran dah cukup untuk penjual tu tarik balik rekabentuk tu daripada label mereka. Jika orang lain nak guna, perlu bayar royalti. Lagipun proses undang-undang akan melibatkan kos yang tinggi.
Tak salah nak jual sambal, tapi jangan sampai meniru brand orang lain. Hasil daripada pemerhatian saya di Shopee, Sambal Nyet Khairi sudah tidak ada dalam marketplace shopee ketika artikel ini ditulis. Mungkin pihak KA sudah memberikan amaran kepada penjual berkenaan.
Penjual ni boleh menjual balik selepas ubah balik label mereka kepada rekabentuk mereka sendiri. Senang je. Jangan cuba untuk meniru orang lain. Silap langkah, surat lawyer pun sampai.
Tapi daripada sikap Khairul Aming, beliau hanya akan keluarkan amaran dulu. Jika berdegil, barulah tindakan undang-undang boleh dilakukan.
Semoga bermanfaat.