Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Segmen Blogger di RTM1
Berita

Segmen Blogger di RTM1

sham 1 Comment

RTM nak buat segmen khas untuk blogger kat TV..hmm..memang manarik. Harap ia mencakupi semua bidang blogging bukan hanya politik semata mata. Ni keratan artikel berkenaan:

Segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan. – Bernama

Sumber: BH 

Dalam bidang blogging terdapat banyak niche atau topik yang menjadi fokus kepada blogger. Ada yang topik keusahawan,motivasi,kewangan,politik,kereta dan banyak lagi niche blogging. Nampaknya kerajaan mula mengiktiraf blogger sebagai pencetus revolusi politik negara.

Penulisan blog sebenarnya juga memerlukan kemahiran. Ia mengambil masa untuk seseorang blogger melatih diri untuk menulis. Ia bukan satu kerja yang mudah. Beratus ratus blog post yang perlu mereka tulis untuk mencari tune dan gaya penulisan.

Setiap blogger mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.

Artikel Berkaitan
  • Blogger Kena GST? Habislah Blogger Mantop Sekalian
    Dalam Sinar Harian hari ini ada menyatakan Blogger akan dikenakan GST bermula April tahun depan. Tap...
  • Kod Etika Blogger
    Hari ini dalam Utusan Malaysia, Perdana Menteri memberi cadangan Kod Etika Blogger. Ianya diambil da...
  • Kenapa disalahkan Blogger?
    Saya pelik kenapa kerajaan salahkan blogger bila kerajaaan dihentam. Kenapa kerajaan tidak mengunaka...
  • Statistik Pelawat Shamsuriyadi.com Jan-Mei 2014
  • Buat Duit Dengan Blog Adakah Mudah Seperti Yang Disangka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 2,638
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:blog blogger Blogging gaya penulisan menteri penerangan penulis blog rtm segmen blogger shabery

Related Articles

Sekarang ni zaman siber.Internet banyak digunakan untuk urusan.Hacker dari Turki; …

Perang Gaza cetus perang siber

pakej rangsangan ekonomi
Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej …

Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah

One Response

  1. Muaz

    Kita sama-sama tengok cuma tindakan RTM adalah menjilat ludah sendiri 😀 . Yerlah dulu blogger nih penipu skang masuk tv ……… kan dah tak betul tu…… tak per lah orang dah bukak mata cuma ….. adakah kebebasan media masih lagi terkongkong???

    Saya nak tau juga blogger pro mana yang akan ditemuramah nanti sebab , nak masuk tv3 pun kena orang UMNO . Apa tah lagi RTM .

    Kalau RTM still mengamalkan diskriminasi …………… buat lah apa program pun still rakyat menyampah……

    Sebenarnya saya pun terkejut sebab dr khir yang kata blogger penipu pun jadi blogger skang hahahaha .

    Niche politik memang hot tapi ada risiko khas …….. mungkin saya nak buat satu blog pasal politik tapi tengok lah dulu ………

    Skang lebih selesa buat blog perniagaan >> review . khas review sahaja.

Leave a Reply

Cancel reply

Entri Terbaru

  • Sudah Hampir Kehabisan Duit? Ini Peluang Baru Untuk Tambah Duit
  • Jangan Beli Lubuk Murah China Jika Anda
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
  • Air Tasik Tiberias Meningkat Pada Mac 2020. Mengejutkan!
  • Awas Penipuan Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2021 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

RM2.65 Juta Untuk Blog Bahasa Malaysia

RM2.65 Juta Pengambilalihan 3 Blog Bahasa Malaysia Popular

RM2.65 juta untuk blog bahasa malaysia. Semalam ada berita dimana 3 blog berbaha…

Buku Google Adsense Pertama- Blog + Google Adsense = Duit

Buku pertama saya telah pun diterbitkan dan mula berada di pasaran pada 22hb Apr…

Owh…Ranking Alexa ku masih 1 juta lebih lagi

Ada apa pada alexa ranking? Banyak jugak la..Ia adalah penunjuk betapa famousnya…