Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Sekilas Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter
Berita

Sekilas Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

sham 4 Comments

Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Alhamdulillah sempat juga ke seminar Sifu FB Ads Missing Chapter 2014 pada 17hb Mei 2014 lepas. Ada ada kursus pada 14 hingga 16hb Mei 2014. Habis kursus saya balik rumah sekejap untuk mandi dan bersiap. Kemudian ke stesen Keretapi Ipoh untuk beli tiket keretapi. Memang sudah kepenatan untuk memandu. Jadi saya ambil mudah dengan naik train je pada pukul 2.49 pagi dan sampai ke KL Sentral pada jam 6.00 pagi.

sifu fb ads

Saya jenis jarang keluar pada waktu malam. Rupanya di dataran hadapan Stesen Keretapi ada banyak aktiviti malam. Dari pukul 8.00 malam ke 12.00 malam ada pertunjukan air pancut berwarna warni. Saya baru tahu. Disekitar dataran juga ada beberapa pertunjukan oleh artis jalanan seperti pertujukan semburan api, menyanyi, break dance dan banyak lagi kot yang saya tak tengok.

Ramai yang bawa family untuk bersantai di sana pada waktu malam. Seriusly saya memang tak tahu. Orang Ipoh tahu la kot.

air pancut

Memang happening betul aktiviti disana… Tidak kurang juga anak-anak muda yang bercouple berhimpit di sana sini. Itu yang tak best skit. Cabaran yang cukup besar buat ibu bapa zaman sekarang. Bila tengok keadaan ini, saya teringatkan anak-anak perempuan saya. Mampukah seorang ayah membimbing anak perempuan ke jalan yang diredhai Allah. Saya kurang keluar malam cuci mata sedemikian. Jadi saya tengok saya jadi takut pulak.

Keretapi Senandung Langkawi dari Ipoh Ke KL Sentral akan sampai pada pukul 2.49 pagi. Bila sampai masa tu, masih ramai lagi anak-anak muda yang sedang bermain-main di dataran. Ramai budak perempuan berkepit dengan beberapa orang lelaki… dalam hati, mak bapak diorang tak marah ke?

Sekitar Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Pertama sekali saya tak ambil gambar sekitar seminar berkenaan. Dalam ramai-ramai peserta ada seorang Artis daripada Akademi Fantasia 1 yang turut hadir. Yang tak tahu mana satu..Artis ni:

Hmm..Ada artis yang datang belajar marketing. Bagus juga si Jamal ni boleh tarik artis buat bisnes. Menurut Khai, dia buat bisnes jual produk kesihatan. Memang sesuai untuk seorang artis yang dikenali ramai untuk membuat bisnes produk kesihatan dan kecantikan.

Kandungan Seminar Sifu FB Ads Missing Chapter

Dalam seminar ini ada 7 missing chapter. Cuma 6 berkenaan FB Ads. Kandungan yang bagus dan penuh teknikal. Bagi yang tak pernah buat FB Ads, comfirm pening tingtong. Kandungannya seminar ini memang padat. Namun, ia dikendalikan dengan baik oleh tim Sifu Fb Ads.

Ada banyak juga saya belajar daripada Jamal dalam seminar ini. Memang banyak kalau mereka yang nak belajar tentang FB Ads, seminar ini memang bagus untuk anda.

Seminar ini tamat pada kira-kira pukul 5 petang lebih. Kemudian 2 orang perunding hartanah buat preview seminar hartanah mereka.

Saya balik ke Ipoh dengan ETS pada jam 9.00 malam dan sampai di stesen keretapi Ipoh pada pukul 11.30 malam. Kemudian tak boleh balik lagi ke Kuala Kangsar sebab ada kereta yang blok kereta di parking. Dekat 1/2 jam tunggu barulah kereta berkenaan di alihkan. Kemudian balik ke rumah dengan keadaan kepenatan.

Ia satu seminar yang berbaloi untuk belajar FB Ads. Cuma sebelum anda ke sana, pastikan anda pernah guna FB Ads dulu. Ke sana untuk belajar mantopkan lagi kempen FB Ads anda sebab ia bukan seminar basic. Ia seminar khas untuk mereka yang sudah ada akaun FB Ads dan pernah beriklan di FB.

Seminar akan datang tak pasti bila lagi. Jadi tunggu jelah pihak Sifu FB Ads Sdn Bhd nak buat bila lagi. Apa pun saya berikan 5 bintang untuk seminar ini.

p/s: Saya pergi atas tiket percuma dalam Cabaran Affiliate Tim Infokerjaya. Ke sana memang tak kenal orang sangat sebab IM yang seangkatan dengan saya takde. Yang saya kenal cuma Jamal sorang kot.. 🙁

Artikel Berkaitan
  • Gambar Seminar JomSeminar
    Seperti yang dijanjikan. Saya akan masukkan gambar gambar yang saya ambil ketika seminar jomseminar....
  • Kaya dengan Seminar?
    Saya sering mendengar sesetengah yang cukup anti dengan orang seminar.Malah ada orang dengan lantang...
  • Rahsia Ebay Kini Terbongkar Oleh Sifu Lan
    Saya dah beberapa kali khatam ebook sifulan iaitu Panduan & Teknik Rahsia Ebay. Ia memang sesuai...
  • Seminar Harta Intelek dan EDX di UTP
  • Rahsia Sulit Bisnes Trading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 617
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:seminar missing chapter seminar sifu fb ads seminar sifu fb ads missing chapter sifu fb ads sifu jamal

Related Articles

Rumah Anak Yatim As-Solihin Jalan Aman Kanchong Darat, Banting, Selangor
Sempena ramadhan, ada satu pertubuhan amal yang mengumpul baju baju …

Program Amal: Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Selepas MIRSB, Kini Grand Virtual Resources (GVR) Pulak
Selepas bungkusnya MIRSB yang disita baru baru ni. Kini mungkin …

Selepas MIRSB, Kini Grand Virtual Resources (GVR) Pulak

4 Comments

  1. najmi ahmad

    Masih belum berkesempatan nak join seminar Missing Chapter Jamal..
    Harap lepas ni ada dvd 😉

  2. Wartini Junaidi Mohni

    Minta sesiapa yang tahu dimanamereka ini pada saya

  3. sani sini sana

    Kalau dah pandai mudah aje buat fb ada ni.. Untung saper yang pergi seminar fb ads missing chapter f…

  4. Halim Nadzeri

    Memang bagus guna fb ads. Kalau betul belajarnya.. Berdesup pergi bisnes.

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata
  • Youtuber Indonesia Ditahan, Harta Disita Berikutan Penipuan Judi Online

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Rahsia Amazon : Panduan Buat Duit Amazon Cara Automatik

Amazon.com merupakan laman web e-dagang terbesar di dunia. Pada suku 3 tahun 201…

harga pos laju prepaid

Harga Terkini Pos Laju Prepaid

Pihak Pos Malaysia telah membuat rasionalisasi harga pos laju pada 15 Oktober le…

Debat Anuar Ibrahim & Shabery

Hari ini menjadi satu fenomena yang ditunggu tunggu iaitu debat diantara menteri…