Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Berita
Something Wrong Dengan Perintah Kawalan Pergerakan?
Berita

Something Wrong Dengan Perintah Kawalan Pergerakan?

sham No Comments

Pesakit yang telah disahkan positif Covid 19 kini mencecah 900 orang dengan 2 kematian. Hari ni merupakan hari ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia. Namun, masih ada yang ingkar. Di kedah, siap ada kenduri kahwin dengan ramai orang yang masih berkunjung. Walhal boleh je tangguhkan dulu.

perintah kawalan pergerakan

Hal ini melibatkan nyawa ramai orang. Dengan jumlah pesakit yang mencecah 100o orang dengan peningkatan lebih 100 orang sejak perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Jumlah ini mungkin akan terus meningkat jika rakyat terus ingkar dengan perintah larangan ini.

Mungkin ramai yang masih blur dengan perintah ini. Tidak kurang juga yang tahu tapi buat buat tak tahu pun ada. Memang akan menyusahkan orang jika jumlah jangkitan ini terus meningkat. Tempoh larangan ini akan diteruskan lagi.

Ramai Masih Ingkar Dengan Perintah Larangan Pergerakan (PKP)

Ramai rakyat yang kini kehilangan mata pencarian berikutan tempoh larangan ini terutamanya peniaga kecil yang bergantung kepada jualan setiap hari. Pihak kerajaan perlu mengambil perhatian dengan hal ini. Saya risau ada yang tidak dapat makan beberapa hari kerana tiada duit untuk membeli makanan.

Gerobok Rezeki perlu diwujudkan setiap daerah. Jika ada yang kehabisan duit, masih ada peluang untuk mereka mendapatkan bantuan makanan menerusi gerobok rezeki. Semua orang sedang mengalami kesusahan sekarang. Duduk saja di rumah. Tak perlu balik kampung sebab ada cuti panjang selama 14 hari.

Ini yang akan menyebabkan penyebaran Covid 19 akan berterusan tidak dapat dibendung kerana ada migrasi daripada rakyat sendiri yang sesuka hati balik kampung sempena larangan kawalan perintah pergerakan ini.

Malah tadi Menteri Pertahanan membayangkan akan mengunakan khidmat tentera jika rakyat terus ingkar dengan bersiar siar di jalan yang lapang. Kita masih boleh keluar untuk membeli barangan keperluan harian. Tak perlu keluar rumah jika tidak perlu. Duduk sahaja di rumah tengok tv, netflix dan sebagainya. Main lah internet sepuasnya selama tempoh di larangan ini.

Ia semuanya untuk kebaikan semua orang. Kurangkan jangkitan. Malah di China ada yang telah sembuh kini dijangkiti semula. Jadi langkah berjaga jaga ini perlu dilakukan secara berterusan. Jangan jadi selfish atau pentingkan diri sendiri. Jika ada anda ada petanda dijangkiti Covid 19, sila ke Hospital atau hubungi hotline KKM yang membolehkan saringan dilakukan di rumah anda.

Kita hentikan rantaian jangkitan Covid 19 ini. Terus duduk dirumah. Tolong KKM membendung Pandemik ini daripada terus tersebar. Malah kakitangan KKM yang terlibat dengan kes Covid 19 kini sudah keletihan. Jangan susahkan orang lagi.

Sokong Perintah Kawalan Pergerakan

Berkhidmat untuk negara. Teruskan berada dirumah sepanjang tempoh Perintah Larangan Pergerakan ini. Tolong hentikan wabak ini terus tersebar. Tak susah pun. Duduk rumah je. Keluar apabila perlu sahaja.

Beli barang keperluan jangan berlebihan, orang lain juga perlukannya. Jika anda borong terlalu banyak, orang lain nak beli apa. Larangan ini hanya 14 hari, cukup la 2 kampit beras. Ini ada yang beli sampai 10 kampit beras, nak buat apa. Macamana orang lain nak beli untuk keperluan keluarga mereka kalau anda beli terlalu banyak?

Fikirkan juga orang lain.

Sentiasa jaga kebersihan. Kerap basuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer jika anda keluar dari rumah.

Stay safe everyone.

p/s: Masa cuti ni, saya gunakan untuk berkebun di sekitar rumah. Anda bagaimana?

Pakej Rangsangan Ekonomi telah diumumkan untuk menangani kelembapan ekonomi akibat Covid 19.

Artikel Berkaitan
  • HantaVirus Meragut 1 Nyawa Di China Cetus Panik Baru
    Selepas wabak coronavirus kini hantavirus menyerang. Kini sudah mencatatkan 1 kematian di China. Vir...
  • Peranan Masjid Untuk Membantu Kariah Ketika Covid 19 Melanda
    Perintah Kawalan Pergerakan kini di fasa kedua. Jumlah kes baru masih tinggi. Malah pada hari ini, m...
  • Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Terbaik Dalam Sejarah
    Petang tadi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang tel...
  • Buat Duit Online Tanpa Perlu Menjual Hanya Dari Rumah
  • FCPO Out Right – Lubuk Duit Trading Yang Patuh Syariah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 22
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:lockdown mco perintah kawalan pergerakan perintah larangan pergerakan pkp

Related Articles

Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books Bagi mereka yang ingin …

Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books

Buat Duit Dengan Nuffnang
Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan yang cukup berjaya di Malaysia. …

Buat Duit Dengan Nuffnang

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact
  • johari on Contact
  • sham on Kos Membersihkan Kebun

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Buat Duit Dengan Nuffnang

Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan yang cukup berjaya di Malaysia. S…

Perhatian Untuk Stokis Magic Water

Seperti yang saya tulis berkenaan dengan Magic Water yang dijual oleh Nora &…

Tips Panduan Temuduga KPLI SR j-Qaf 2011-2012

Panduan Temuduga KPLI SR j-Qaf 2011-2012 Update 2012: Ia dikenali sebagai DPLI S…